Thursday, February 10, 2011

♥We're Local Going Global!♥

Wazzup My Lovely Reader's!!

First nak tnya,walaupon cuti da lama habis tetap gigih nak tanya jugak.haha..!Cam na ngn semester break korang sume arituuu?Maksudnya disini cuti CNY korang leww..best x?ke suam-suam kuku??ader x cuti korang sebest,segempak,sekecoh,dan sesengal saya???Ader x,ader x???Nah,kali nie entry panasssss dari seberang tambak!ala-ala obersea gituuu.Mari kita tengok sapa yang kene..heeee....

Okay,cerita bermula.Perjalanan dari Bandar Anggerik ke Singapura!Yeah,saya ke Singapura!Terbaikkkk takkk???Korang ader??Ader kew??*cakap gaya ala-ala berlagak!nie baru Singapura,tak lagi Korea!*da belagak kan?manusia-manusia.;)Nak citer disini,kami hanya pergi dengan menaiki bus saja!Nape tak naik flight??Sebabnya TAK DER orang yang bermurah hati menderma tiket flight laaa..Tuu pown nak tanya kew??Kami student kot,melampau sangat nak demand tinggi-tinggi naik flight.Bus sudah,janji dapat masuk Singapura!Tak gituu??Okey,settle di situu..Nie baru satu part settle,lain-lain part tak lagi..

Part nie yang paling havoc nak citer.Terbaikkkk!Sangat terbaikkkk...Meh cini,dok dekat-dekat skit,nak bisik..okey-okey..Jauh sket,dekat sangat plak ko nie ha.Tau la heksited!.haha..Syhhhh!Diam-diam nak cite niee..Ko tau,tak sampai setengah jam perjalanan bus sudah kondem!Tau tak kondem tuu ape??halahalah,rosak la beb..tau rosak tuu ape kan?ha,camtuu laaa...Kondem akibat si pemandu tlupe tuk menurunkan handbreak!terbakar tayar beb!Naseb baek perasan,lau tak mau dengan kami sume terbakar sekali..Fuhhhhhhhh!Selamat..Agak lama jugak la,Si Pemandu amik masa tuk baiki tayar yang terbakar tuu..So dengan peluang serta ruang yang ade di tepi lebuhraya yang angin sepoi-sepoi bahasa makanya aktiviti bergambar pown bermula!Yew laa kan,apa gune ader cameraman yang berkaliber!*Credit to Aaroon!Gua da puji lu beb!Jangan lupe blanje okeyh!:) 
-Di Tepi LebuhRaya!-


Setengah jam kemudian...

Alhamdulillah,selamat smpai di Ayer Keroh!Lambat lagi beb nak sampai Singapura!Jangan nak heksited sangat boley tak?Sabar-sabar,banyak ag nak citer nie..Bagi rehat jab kat Ayer Keroh nie yew..Chilllll!:)


-Gelagat Kanak-Kanak Riang!-

Empat Puluh Lima Minit bersuka ria.


Nah,kali nie korang da boley mula tukar ke mood heksited korang tu.Perjalanan diteruskan hingaa ke Singapura.Kami melalui Jalan ke YongPeng.Lebih dekat rasanya.Di ringkaskan cerita,plus minus 7 jam perjalanan menaiki bus,bukan berjalan kaki yew..Yey!!Singapura!!!Here We Come!!!!:)
Setelah meredah imegresen Malaysia dan Singapura,akhirnya kami tiba di Singapura!

Tiba di Singapura,Kami dibawa meronda tempat menarik disana.Antaranya,Merlion Park,ChinaTown dan Central Squre Mall!Rancangan ke Mustapha Centre terpaksa dibatalkan.Akibat terlalu ramai warga asing aka mamat bangla,nepal serta yang sewaktu dengan.Maka Central Square Mall menjadi mangsa!Relax ar beb!baru hari pertama,sket-sket dulu merondanya..Penat dok dalam bus berejam tak hilang lagi nie..Chill pulak gambar bawah nie yeww..Jangan jeles!:)

-BM2265A gegar Merlion Park!-

-Kami,calon model 2011!Boley??-

-Suka pabila camera terjah ke muka!-

-Melawat ChinaTown dimalam hari!-
Owh,bercakap tentang Centarl Square Mall tetibe t'ingat dua orang dara pingitan nie.Berani mati tak sepanjang jalan wa gelak tak henti-henti akibat mereka berdua nie?Begini,akibat hujan tak henti-henti dengan rasa bangga mereka berdua telah memalukan diri mereka sendiri.Nasib kat Singapura youu olllsss.Kalau Malaysia wa gerenti sumpah malu habissss!Okey,akibat hujan tak henti-henti dan untuk mengelakkan diri dari basah,mereka tanpa segan silu mengambil plastik yang disediakan oleh pihak pengurusan Central Square Mall tuu..Tanpa membaca function tersebut,lalu mereka membukanya.Nah,mereka mnyangka pihak pengurusan menyediakan 'raincoat'!Padahal plastik untuk meletakkan payung yang basah!!!See!Kat Malaysia NON ADOO nak sediakn bende alah cam gini..Ce korang try g Sunway Pyramid ke,Mid Valley kew.Der ke tak dorang sediakan plastik tuk korang letakkkan payung korang yang basah tuu??Setakat nie tak pernah nampak lagi,tak tahu la kalau da ader kan..hee..Dorang ngat kaya sangat laa kan nak bagi 'raincoat' sesuke hati..hahaha..sumpah lawak!Tak di nafikan,saya juga hampir terkene.Naseb baek salah sorang member bagitau..Lau tak,wa pown kene sekali beb!heeee...Bender pelik,tak dapat jumpe kat Malaysia!Moral of da story:Jangan main hambik sesuatu barang tanpa tau tujuan barang tersebut.To dua dara pingitan,kenangan anda sangat berharga bagi saya.Thanx Q and L!!

p/s:next entry lebih menarik dari biasa!stay tuneeeeee..:)


-Learn,Live And Hope-

Saturday, February 5, 2011

♥‿♥Dari Bandar Ke Desa Episode 2♥‿♥


Salam Lovely Reader’s!

Fistly nak say sory dulu la yew coz lambat mengupdate sambungan entry Dari Bandar ke Desa ni.Bukan apa,cuti CNY nie agak bz ngan aktiviti bersama ngan bebudak klaz..Aktiviti baek punye!Ha,cte pasal cuti tuuu bagi saya peram lama sket.Peram lama-lama baru best!Baru ar rasa sesedap ikan pekasam kan!perghhhhhh!meleleh plak air liur niee!Sluruuupppppppp!NIKMAT!!!..:)

Okey.Sambungan entry sebelum nie,hari kedua bermula dengan lancarnya.Tepat jam 7.30pagi semua diwajibkan berkumpul.Macam biasa,janji melayu la kan.Janji 7.30 pagi,padahal 8.00pagi.Normal la,tak payah nak skema sangat nak tunggu awal-awal!Ko kan da besar,pandai-pandai lew pikir sendiri..Tak gitu?

Tepat 8.00 pagi,kami pown bertolak ke destinasi seterusnya.Oh ya,kami diagihkan kepada dua kumpulan.Satu ke UNISEL dan satu lagi ke Sek Keb Bukit Belimbing.Jadinya setiap orang kene pilih mana satu tempat yang nak di pegi.Dan dengan rasa bangga,saya memilih ke Sek Keb Bukit Belimbing.Ekceli kami pown tak tahu menahu motif sebenar ke sana.Ha,pelik kan?Sebabnya aktiviti tersebut dianjurkan oleh satu badan NGO!Kami hanya sertai saja.Setibanya disana.jeng,jeng,jeng!Sangat ramai belia dan orang kampung menyerbu ke sekolah tersebut!KAMI???secara tiba-tiba menjadi cuak tak tentu hala.Mana taknya,kami diberi tahu akan berentap permainan uji minda dengan mereka!Gile ke hape??Kami hanya 15 orang,mereka bawak geng sekampung?Tak kew letih nak berentap?okey-okey,kami cuba untuk cool kan diri dan pikir positif.Hey, ko jangan pikir orang kampung sume bengap-bengap belaka yew.Sila ubah pemikiran anda sekarang.Ko jangan ngat ko pegang tittle U tuuu ko da cukup pandai.Tolong la paham!

Setengah jam kemudian!


 Disebabkan mereka terlalu ramai,pihak penganjur terpaksa mencari alternative lain. Akhirnya kami digabungkan.Fuhhhh,selamat!Jadinya kami berentap bersama-bersama mereka.Tidak la hanya geng-geng mereka sahaja.Kami diberikan empat kumpulan.Merah,Biru,Hijau dan Kuning.Siyes best!Permainan 1 MALAYSIA di beri nama.Apa yang saya dapat dari permainan nie,tahu la serba sedikit pasal 1MALAYSIA nie,kira tak lew malu kalau negara lain tanya pe tu 1 MALAYSIA.Ceh!bangga secara tak langsung..hehe..Dua jam berentap,akhirnya Kumpulan Merah diumumkan sebagai pemenang.

-Pemenang:Kumpulan Merah-


-Warga UiTM DiHatiku-



-Junior Senior-

-Kenangan bersama Pihak Penganjur-

Acara pagi sudah berakhir!Petang pula menanti untuk direncana.Sebelah petang acara yang ditunggu-tunggu oleh semua.Sesi mendengar ceramah bersama Dato Dr Fazillah Kamsah!Kalau selalu dapat tengok kat tv,dgr suara kat radio jew.Kali nie,LIVE beb!Mata bertentang mata katanya!hoyehhhhh!Tajuk ceramah “IBU BAPA SEBAGAI MOTIVATOR!” agak menjurus kearah keibubapaan la jugak tapi sebagai pelajar tak salah kot kalau kau dengar.Sangat sesuai!Ye la,sebagai bekalan korang jadi ibu dan bapa kelak kan. At least ada la jugak ilmu kat dada ko tu kan.Tak lew maen redah jew nak didik anak nanti.Ko ngat senang ke nak didik anak sekarang nie?Lagipun bukan senang nak dapat ilmu dari orang hebat cam Dato nie.Best tak payah nak cakap la kan.Dengan loghat jawa halus nye kuar dari mulut die.Kisah benar kes-kes yang pernah beliau kendalikan dan macam-macam lagi la.Pendek kata,tak boring dan tak kering gusi la.

Tiga jam bersama beliau,banyak input yang saya dapat.Antaranya cara nak melembutkan hati anak-anak yang degil,cara ideal mendidik anak-anak,petua-petua doa dan banyak lagi.Paling saya ingat sampai sekarang dan akan ingat sampai bila-bila.*Insyaallah!* Pesanan beliau ‘Ibu Bapa kene berubah dahulu ,baru anak-anak akan berubah,jangan nak mengharap anak-anak akan berubah tetapi anda tidak!”"Cakap dengan anak-anak gunakan gambaran,jangan hanya berleter tanpa sebarang gambaran!"-Simple statement tapi penuh dengan makna-.Terima Kasih Dato.Ilmu anda sangat tak ternilai harganya.Akan di gunakan dengan sebaik mungkin.


-Idola@Mentor-


Selesai sudah ceramah.Malam pula menjelma.Ini bermakna kira dua tiga jam lagi sisa-sia pengalaman saya bersama keluarga angkat.Acara makan-makan kali terakhir bersama keluarga mengakhiri hari-hari saya bersama meraka.
Terima kasih Ibu Ayah Mama Papa kerana melayan kerenah saya.Berjanji akan datang ke sini lagi.Kenangan bersama kalian tidak mungkin dapat saya lupakan.Buat semua family disana,salam sayang serta jutaan terima kasih yang tak terhingga.Terima kasih juga dengan pemberian ole-ole sebagai kenangan saya disini.*mood sedey menguasai diri!*
♥-Keluarga Baru-♥



-Learn,Live And Hope-

Friday, January 28, 2011

♥‿♥Dari Bandar Ke Desa Episode 1♥‿♥

Hye Lovely Reader’s!

Terlebih dulu nak cakap yang entri kali ini sudah lama tersimpan lama dalam peti besi.So kalau la terbau something yang tak enak korang sume bau tu harap maklum la yew. Nak wat camno,den takde maso nak menghapdate. Asal niat nak menghapdate datang,mula la cik eksemen datang membawa gengnyer.huh!Kaco line betol!.Baru nak berfoya-foya..hehe..

Okey.Dari Bandar ke Desa,tiga hari dua malam.Perjalanan bermula dengan menaiki bus rengit!Rengit okey.(jangan tanye saya nape bus die nama rengit!)Sekali lagi,kami bukan menaiki bus UiTM yang kaler purple tu..Entah kenapa serta tak paham ape function bus kaler purple tu.Agak bengang jugak la kan,program under U tapi naik bus rengit!Padahal bus kaler purple tu bersepah kot.Adeiiii...

Settle pasal bus,kali ini time pula.Katanya bertolak 5.30 petang alih-alih 6.30 petang baru gerak!.Okey fine,janji melayu kan?normal la beb!layankan saja.Akhirnya plus minus 10 malam baru sampai.Ekceli tak jauh pon tempat nya tapi disebabkan sesat entah kemana jadinya begitu la.

Yeah!sampai sudah.Masa yang ditunggu-tunggu.Sesi penyerahan anak angkat!Perasaan time tu tak payah nak cakap kot.Cuak+Gelabah+Suka+Macam-macam lagi la.Kot la dapat family yang cam singa kan.Mau diam seribu bahasa dibuatnya.Nama sorang demi sorang dipanggil.Tunggu punye tunggu tiba giliran saya.Jeng,Jeng,Jeng...Dengan malu-malu kucing terus salam bakal ibu angkat!Ibu angkat okey,bukan ibu mertua.Sila jangan salah paham! Nah,nie Ibu angkat saya!Ibu sonok dapat ole-ole dari UiTM yew.Ehem-ehem!:)
:Keriangan Si Ibu terserlah!::

Bermula pula sesi menemu ramah,tak sempat sampai rumah dalam kete sudah disoal siasat.Cerita punye cerita tetibe Ibu berkata.’Ibu nak pegi latihan karok.Nak ikut tak?’setiap jumaat nie la aktiviti Ibu’.tanpa berfikir, laju saja saya menjawab ‘Boley gak bu,ley kenal ngan orang-orang kampung yang lain’.Ceh,padahal dalam hati ade niat tersembunyi.Kot la tersangkut dengan ehem-eham kan.Mane tau..hahaha...(*gelak jahat!)

Dua jam mendengar mereka karok!Akhirnya sampai juga di rumah.Dalam hati berkata kire hebat jugak la Ibu angkat saya nie.Opsss,bukan Ibu saja!Ayah juga turut karok bersama.Gile gempak laki bini nie. Sangat sempoi,gila-gila.Senang cite memang sekepala dengan saya.Sebelum tido Ibu bertanya,’besok punye program kene pegi kuliah subuh,nak pegi x?Lau nak gi nant Ibu kejutkan.’Reaksi saya hanya mampu sengih saja.Korang sure la dapat agak kan.hihi..Mana tak sengihnya,sampai rumah saja sudah 2 pagi.Mau kene bangun 5 pagi kalau pegi kuliah subuh tu..tido?hanya 3 jam sahaja.Oh Tidak!nampak sangat tak senonoh saya ketika ini. Lepas saja sengih plus buat muka letih,akhirnya Ibu berkata lagi’Tak pew,sok semayang kat rumah sajala,tapi 9 pagi wajib bangun.’Ikut Ibu tolong “REWANG!”.Wow!berbunga-bunga chenta hati saya.Sangat memahami Ibuku nie..~weeeeeeee~
:Superb View of Kampung Sg Gulang-Gulang!:

:See!Pokok Assam Jawa!:

Seperti yang dijanjikan,sebelum 9 pagi sudah heksited bersiap.Sifat selamber menebal dalam diri,hanya berseluar jeans,T-Shirt I Love Bandung serta tudung ala-ala ekin saja saya pakai.Tetibe merasakan sangat leceh mahu menyarung baju kurung!Susah mau bergerak.hihi..Sampai sudah tempat merewang.Nah!saya menjangkakan hanya saya sorang saja wakil dari U yang datang merewang di sini tapi ternyata silap.Rakan-rakan yang lain juga turut turun bersama. Tanpa duduk lama kami semua di berikan tugasan khas.Yeah,gudis beg!Memang terbaikkkk la kan,tiga ribu gudis beg.ulang suara,tiga ribu tau!Siyes rasa nak patah pinggang time tu.Rase cam di buli ngan orang-orang kampung nie pown ade juga.Oppssss!lupa plak nak cter,ekceli motif merewang nie sebab ade knduri kawin.Nak pulak anak sedara Herman Tino.Ha,kenal tak sape?Bagi yang tak tahu dia nie salah sorang Artis Veteran yang popular satu ketika dulu.Nak tau panjang lebar,rajin-rajinkan tangan tu google yew.Lemak la lau sume saya nak suap.kan? Tiga ribu siap!Sesi menjenguk ke dapur pula.Masih bnyak lagi kerja yang perlu disiapkan.Kali ini,kaum ibu pula mengambil tempat.Sesi membuat kuih tradisional masyarakat jawa. Kuih koci plus pulut hitam dan lemper!Kami?Tidak hanya duduk diam membisu saja,sesi soal jawab pon bermula dengan rancaknya.Tidak jemu si ibu menjawab soalan anak-anak mereka. Lepas satu soalan ke satu soalan ditanya.Akhirnya selesai juga. Masa yang ditunggu oleh semua!Penat berkerja keras maka kami di upah dengan makanan masyarakat mereka.Sangat shedappppp lemak berkrim,disukai ramai!Jujur saya katakan,nafsu makan sangat membuak-buak ketika disani.Terasa badan naik dengan jayanya.

:Dressup sempoi Kami!:

Selesai merewang,dengan senang hati pulang ke rumah.Tidak sampai sejam hati berdetik mahu meronda sekitar kampung..Maka adik angkat menjadi mangsa sebagai guide meronda sekitar kampung.Tempat yang dituju harussss la bendang!Oh!Nasib tak berapa nak baik,Rata-rata hanya tapak sawah saja yang ade.Fine,pulang dengan muka keciwa.
:Keringat Si Petani!:

Aktiviti malam pula. Sembahyang Maghrib dan Isyak berjemaah bersama serta sesi makan ‘Nasi Ambeng!’Sekali lagi, makanan tradisional masyarakat jawa menjadi menu kami.Selesai makan,kami diajak untuk memeriahkan Majlis Malam Berinai.Yeah!Makan dan makan lagi.Gemuk dan gemuk lagi.Menu special,cendol,satay serta roti canai..Oh!perut,sila bersabar.Tuan kamu perlu makan dan makan lagi.Sampai di rumah,rasa gembira di hati kerna hari ini dilalui dengan penuh beerti.
:"Nasi Ambeng in The Mosque!"


Kenyang perot satu hari.
Makan dari pagi tak henti-henti.
Hari kedua menanti pasti.
Sehingga bertemu lagi..

Tungguuuuu!

P/s:tamat sudah episode 1,nantikan episode seterusnya.*chill!





 -Learn, Live And Hope-

Thursday, January 6, 2011

::Special Entry To Both Of You!::

Salam semua!


Bersambung dengan entry sebelum ini.Nikah sudah,kini tiba pula Majlis Persandingan.Tetibe mood nak berpantun plak kali nie.Nah!

Buah pauh si bunga rampai

Kilauan bintang sunnguh mengasyikkan

Orang jauh sudahlah sampai

Selamat datang kami ucapkan.

Orang jauh berkirim surat

Berkali-kali dibaca jua

Ikan dilaut asam di darat

Dalam kuali bertemu jua.

Okey.cukup dua rangkap pantun,nak banyak tak dapat lew.Nak mengarang ayat punyala susah.Mau amik masa berminggu-minggu.;)

Tanggal 1/1/2011 nak plak hantaran RM11,111.11sen,mas kawin plak RM 1,111.11sen!cantik plus cun sangatla kan?*ha,beragan tak habis-habis saya nie*heeee...1/1/2011,pandai mereka berdua nie pilih date kan.Hari ini dalam sejarah juga bagi saya.Jangan ngat hari bersejarah mereka berdua saja tetapi saya juga nak menepek sama.Mana boley saya takde dalam list!VVIP katanya..Yes,beragan lagi!

Tepat 11 pagi saya sudah bersiap sedia menjadi orang penting dalam majlis nie.Mana tak nya bende yang saya paling tak nak,sekali lagi saya ulang,tak nak hokeyh. Tapi nak wat camna,saya paling layak agakya.Sabar jew la.Kerja saya sangatla simple,hanya perlu tacap muka kasi cun sket then berdiri sambil pegang kipas,berdiri sebelah pengantin!mesti korang dapat agak kan??Apa,PENGAPIT??Ha,betol sangat la tu.Pentingkan pengapit nie,mau berkuah lodeh ketiak pengantin kalau pengapit tak der. kan??Nak sangat mengelak akhirnya hambik dapat jugak keje nie.*huhu*.Redha saja,tadah muka.

Ok fine.Maharani,confirm kamu gelak kat saya kan?mulut kamu memang bley ternak garam la.sangat masin!aisyhhhhh.Sejam menadah muka,cukup lemas saya dibuatnya.Giliran saya untuk memerah tenaga mengipas mereka.Naik lenguh dua tangan.Mana taknya,kanan pegang payung,kiri pegang kipas pula.Nasib pegang payung sekejab saja,kalau berejam wajib ‘krem’!

Pengalaman pertama menjadi pengapit,dapat pula package pengapit yang macho!ha,semangat den!hihihi..Cukup merepek,mari lihat koleksi bergambar pula.

*layan!*


-amik berkat!-
*sila abaikan bentuk badan yang gemuk serta seliper yang buruk itu!*


-Adik!-
-Sedondon Gold Kaler!-
*Bro Sham & Sis Liza!* 
-Candid tyme bersama si photograper!-
*comel!*

 -Sama cantik sama padan!-


 -Kakak!-
-Sedondon Red Kaler!-
*Bro Nasry & Sis Ura!*

-Hitam Putih!-
*Classic Style!*

-Selesai sudah semuanya!-
-To both of you!-
-Hepy Wedding Days!-
:)


-Learn,Live and Hope-














Monday, January 3, 2011

::Edisi Khas Majlis Pernikahan!!!!!::

Salam My Lovely Reader’s!

I’m so so so so sorry !!!!!!Lately bizi sangat nak menghapdate blog kesayangan nie. Diam-diam berisi nampaknya.Nah,baca terang-terang tajuk entry kali nie. Edisi Khas tau.Tak dapat nak cari kat mana-mana.Cari le kat Giant,Tesco mahupun Maple,gerenti tak kan dapat jumpe Edisi Khas nie.!hahaha.

Saat yang di tunggu telah pon tiba.Setiap hari dok kira hari kat kelender kuda bila la nak jadi isteri orang nie.Ha,tengok betapa heksaitednye saya.Tidur tak lena,mandi tak basah makan lagi lew tak lalu.hehehe.Chop,Chop.Cukup merapu meraban setakat nie saja.Kembali kepada tajuk entry kat atas..Ekeceli bukan majlis pernikahan saya.Tapi kalau majlis pernikahan saya pown pew salahnya kan???hehe.*ade hati nak menikah an.Calon pon tarak,blaja pown tak habis da nak menggatal!*aisyhhh!okey.Kali nie memang menguji kesabaran saya. Mana tak nye,dua pasangan sekaligus. Maksudnya disini,ada dua pasang pengantin la.

Sekali harung Si Kakak ngan Si Adiknya mau kawin.Save sket budgetnya.Penat pown dapat package sekali la kan.Double terus dia bagi.Tak dan single dah.hehe.Yew la,da sekali harung an,tak kan lew penat nak asing-asing plak..kan?hehe.Seperti bese,Si Kakak terlebih dahulu sah menjadi isteri orang. Manakala hari berikutnya Si Adik pula menyusul ikut jejak langkah Si Kakak.Haruslah Si Adik bagi peluang kepada Si Kakak dulu.Nak elak melangkah bendul katanya.Alhamdulilllah selamat kedua-duanya.

Tamatla riwayat Majlis Pernikahan.Majlis Bersanding pula mengambil tempat.Bab Majlis Bersanding nie agak kelam kabut sket.Pasangan pengantin berebutkan saya.Next entry saya cerita panjang lebar okeyh!
Setakat ini saja Edisi Khas kali nie!Jom cuci mata sambil berangan tengok bende bawah nie...:)*daaaa...

*Saat-saat mereka disatukan*


-Hati berdebar!-
-Ijab dan Qabul!-

-Kami amik berkat!-
-Si Tudung oren bakal mewarisi Si Baju Hijau!-:)

-Si Kakak bersama Si Jantung Hati!-
-Pasangan serba Putih!-

 -Si Adik pula bersama Si Jantung Hatinya!-
-Berdua Si Baju Hijau!-


-Duduk sama tinggi berdiri sama rendah!-*wink!*

p/s:*tenet lembam cam siput,tak larat nak tggu lama sangat!next extry kaya ngan pixture!*


*Learn,Life,and Hope*

Thursday, December 30, 2010

:Garuda kene telan dengan Harimau Malaysia!::

Salam readers!!!

Mari kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Alhamdulillah, akhirnya skuad kebangsaan bawah 23 tahun kita berjaya merampas Piala Suzuki. Saya juga turut tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan tersebut. Tapi hanya di rumah sajalah. Nak gi stadium memang tak dapek lew. Kalau ada kat Shah Alam da lama saya gi. Peminat fanatik bola sepak katanya. Nasib lew skarang berada di Ipoh.:(

Berbalik kepada cerita Piala Suzuki, terlalu banyak sangat isu yang dibangkitkan.Selak jew surat khabar ada jew la yang tak puas hatinya. Laser la, Rumput gatal la, gune bomoh la..*aisyhhh*macam-macam.. sungguh tidak bertamadun pemikiran mereka. Ternyata jelas bahawa skuad Indonesia sangat tidak rasional. Lebih-lebih lagi penjaga gol mereka. Kene laser sket, kecoh jew lebih padahal warga negara mereka yang main kasar dahulu. Nah, lihat sahaja akhbar metro penjaga gol Malaysia Mohd Khairul Fahmi terlebih dahulu terkene pancaran laser dari warga Indonesia. Tapi sket pon dia tak kecoh. Puji sikap si penjaga gol nie.

Bercerita pasal penjaga gol yang sorang nie, tangkap cintan saya dibuatnya. Manakan tidak mukanya sahaja sudah hensem.Bukan saya sahaja yang tangkap cintan, rakan-rakan lain juga turut sama maengatakan sedemikian. Tapi nak bagtau disini, beliau sudah pun berpunya. Punah la harapan korang-koarang di luar sana.hahahaha. Orang hensem katakan. Mestilah sudah berpunya..Tak gituuuuu????Papepun saya tetap puji beliau.Tidak sangka Negara kita mempunyai seorang penjaga gol yang berkebolehan. Setakat 2 gol bolos tak der hal la.Cayalah kamu!!!

Habis cerita pasal penjaga gol.Kini giliran Safee Sali pula. Si Mamat sorang nie pula tak kurang hebatnya. Lincah mengawal bola, menyerang tak payah cakap la kan. Kalau tidak masakan K.Rajagobal bagi kepercayaan kat beliau kat posisi penyerang. Perlawanan semalam antara gol menarik dari beliau. Pantas!.Tak hairan la penjaring terbanyak beliau yang dapat. 5 gol youuu olllsss!Bukan calang-calang gol tau.Taniah Safee Sali!!!!You are da best!!!Wira Malaysia!!:)Opppss! Tak lupa juga kepada NorShahrul Idlan Talaha dan rakan skuad yang lain.. Anda juga membantu Safee Sali menyaringkan gol. Saya puji dengan sikap kerjasama yang anda semua tonjolkan..

Kepada skuad Malaysia, Terima Kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Kemenangan yang kita miliki dengan usaha keras anda semua akhirnya Piala Suzuki itu berada di bumi Malaysia!Tak cukup dengan itu, dengan kemenangan yang kita miliki seluruh rakyat Malaysia di beri cuti sempena kemenangan tersebut.

Kepada skuad Indonesia pula, mantapkan pemikiran anda, berfikir dengan waras jangan cipta alasan kerna segala alasan tersebut memakan diri anda sendiri!.Berfikir dahulu sebelum berkata apa-apa. Segala cerita dongeng anda memalukan Negara anda sendiri.


Majulah sukan untuk Negara!!!!Tahniah Harimau Malaysia!!!!!


Monday, December 20, 2010

Little India VS Gerbang Malam

Salam Reader’s & Silent followers!


Berkesempatan menghabiskan sisa-sisa cuti semester yang ada apa lagi kalau bukan merayau mencuci mata. Lokasi kali ini hanya di Ipoh Perak saja. Bagi warga sejati Ipoh confirm korang tau Little India dan Gerbang Malam nie kan? Bagi perantau macam saya nie agak teruja lebih skit la gi tempat macam nie. Ha,warga Ipoh sekalian sila jangan cakap saya jakun yew. Al maklumla, bukan selalu saya ke sini. Sebulan sekali pown payah kot!

Meh nak kongsi sket pengalaman berada di dua lokasi yang berbeza. Ekceli Little India dan Gerbang Malam nie sama jew yang ada kat area Keyell dan Selangor tu ha. Little India kat Ipoh nie kira adik beradik sepupu sepapat dengan Little India yang dekat ngan stesen Kl Sentral tu. Tapi kat cini tak berapa nak besh la, aura tak sehebat lokasi di Keyell. Kedai-kedai di sini agak banyak tapi kebanyakan mereka menjual barang yang hampir sama. Paling menarik perhatian , sari serta punjabi suite! Masyaallah, sangat cantik. Nafsu melonjak riang menyuruh saya membelinya tapi apakan daya, jodoh tiada!hehehe...Hanya pandang serta pegang sahaja.Rezeki saya pergi time office hours,.harussla tak ramai orang. Lain la gi weekand kan mau sesak nafas dengan bau-bauan yang tak diundang . So lebih selamat la saya gi time-time camnie. Untung-untung dapat elak hidung nie meragam. Money dapat diselamatkan disini,tak tahu mahu membazir dimana, mau membazir budget pula tiada.
-Pintu Gerbang 'Little India'-

............................................................................................................................................................

Kini tiba dilokasi kedua, Gerbang Malam diberi nama. Tak pasti nape nama sedemikian diberi. Tapi apa yang pasti ianya seperti uptown,downtown serta yang sewaktu dengannya. Kalau korang tegar dengan barang-barang bundle, boleh la ke sini. Kiranya ganti uptown,downtown yang ada kat area Keyell dan Selangor la. Nama jew yang lain. Korang jangan pikit Ipoh nie kolot sangat yew, dorang pown nak gak merasa ada tempat-tempat macam nie. Yang penting nama tempat ‘Gerbang Malam’ nie yang style. Kat Keyell dan Selangor rata-rata tak der nama yang specific. Jadi warga Ipoh, sila la bangga dengan apa yang negeri korang ada. Negeri lain? Non Ado!! Sama seperti di Little India, hanya sekadar berjalan menghabiskan tenaga saja, sekali lagi money dapat diselamatkan!

-Gerbang Malam!-
-Singgah ke.......Macam-Macam Ada!-
Tuk pengetahuan korang ada satu lagi tempat yang menarik. ‘Memory Lane’!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Chopppp! Chooop! Korang jangan nak pikir ‘Memory Lane’ yang kat shopping complex tu tau. ‘     Memory Lane’ kat cini agak unik sket. Namanya pown da jelas,terang lagi nyata. Kat cini dijual barang-barang yang antik dan unik. Senang cite barang-barang lama la. Saya tak berkesempatan lagi untuk ke sini. Jadinya saya tak boley la nak bercerita panjang lebar la nampaknya. Hanya boley bagitau saya. Kang korang cakap saya tipu pulak kan..*aishhhhhh*!

Setakat ini saya yang saya dapat kongsi tentang dua lokasi nie, walaupun ianya tak berapa nak menarik at least korang ada gak la info pasal dua tempat nie kan. Boley lew korang belagak cam tahu pasal tempat nie lau der orang tanye nant kan. Ha, kan da selamat korang kat citu. Kalau korang berkesempatan turun/naik ke Ipoh jangan lupa try gi tempat-tempat nie yew.Sekian saja entry kali ini..