Kamu paling mulia di antara yang lain...
Kamu juga mendidik umat islam di dunia ini..
Erti sabar,merendah diri,tidak membazir dan lain-lain lagi..
Seluruh pelusuk dunia yang bernama umat islam pasti akan menyambut kehadiran mu..
Tapi apakan daya,kamu juga sering menjadi bahan penghinaan...
Seolah-olah mereka akan mati bila bertemu dengan kamu..
Istilah tidak makan dan minum pada siang hari,menjaga hawa nafsu,tingkah laku dan sewaktu dengan nya menjadi beban kepada mereka...
Tapi pernahkah mereka terfikir apa istimewanya kamu berbanding kawan-kawan kamu yang lain???
Di sini saya mahu berkongsi sepotong hadis..
Saya bukan nya arif dalam bab-bab agama..
Tapi sebagai umat manusia rasanya tidak salah jika saya mahu berkongsi kan..
Sabda Rasulullah:
"Apabila datangnya bulan Ramadhan dibukankan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"..
Sabda Rasulullah:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya di ampunkan segala dosa-dosanya yang lalu"...
Di sini sudah jelas,terang dan nyata kamu sangatlah istimewa..
Sya tidak pasti kenapa umat islam masih mempersoalkan tentang kekurangan kamu..
Moga Ramadhan kali ini di berkati olehnya..
Berpesan kepada diri sendiri...
Menjadi yang lebih baik dari sedia kala...
Moga amalan kita semua di berkati oleh nya...
p/s: Entry paling skema dari saya::

