Friday, February 17, 2012

Sudah tersurat Jodoh mereka.

Assalamualaikum.

Minggu lepas telah selamat seorang rakan menamatkan zaman bujang.Alhamdulillah,serunya sudah sampai.Moga dia menjadi seorang isteri yang solehah,taat kepada suami,bahagia didunia dan diakhirat.AMIN.
Semalam,dapat pulak SMS dari seorang rakan.Rakan yang menjadi teman gaduh ketika zaman sekolah.Sehari kalau tak bertekak memang tak sah.Ada saja bende yang tak kena dengan kami berdua.Biasala budak-budak kan.Kalau tak bergaduh tak chill la.hehe.Berbalik kepada SMS tu,aku dengan rasa gembira nak meloncat-loncat rasanya bila dapat tahu dia bakal menamatkan zaman bujang.Syukurrrr.*Perlu ke nak meloncat-loncat segala*?Macam kau pulak yang nak kawin kan.hahaha.

Sebenarnya bukan kawan baik nie je yang bakal menamatkan zaman bujang.Tahun lepas masing-masing pakat dok bertunang secara berjemaah.Aku saja yang chill dok mengadap buku-buku tebal.Nak buat cam na,aku sorang saja yang semangat berkobar-kobar study.Yang lain sume pakat lepas SPM terus cari keje.Tak pew-tak pew,aku kan muda lagi.Bagi yang kakak-kakak jalan dulu.....Choppp,umur sebaya kan?da tu perasan yang kau tu muda pulak?.:)

So dengan status aku yang masih mencari,entah bila seru akan sampai maka dengan sukacitanya aku menyibukkan diri dengan bender-bender berfaedah.Soal jodoh aku serahkan kepada yang MAHA ESA.Bukan tidak mahu mencari tetapi belum bersedia sampai ke tahap itu lagi.

Kepada rakan karib yang bakal menamatkan zaman bujang taun ni.Ucapan tahniah aku berikan.Korang memang cool sebab dapat harung zaman bertunang dengan jayanya.Harap korang semua bahagia dengan pasangan masing-masing didunia dan diakhirat!Ingat,korang da tak bolay curang-curang lagi tau!Janji kita...........Kawan Sampai Mati!!!.....


Hari Bahagia Mereka!Kau pula?*Sama-sama la kita berdoa ye.*




 -Alin-
 -Lydia-
-Kak Long!-

p/s:Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh-UAI-:)

No comments:

Post a Comment