Alhamdulillah Syukur!Pejam celik pejam celik sudah sebulan bergelar orang bekerjaya.Bekerjaya maksudya disini berpraktikal ya.Yeah!baru sebulan da bangga kan.Harussslaaa.Sebelum nie puas la dok pikir,mana lagi penat.Belajar ke Bekerja?Sampai satu tahap siap tanya setiap abang-abang serta akak-akak hampir setiap hari.Al-Maklumla orang tak penah bekerja.Part time?Memang tak la.Cuti sem hanya top-up tido,makan serta tengok tv.Itu jew la kejenye pown.Istilah Part Time memang tak masuk dalam list la.Penyakit malas agak menebal dalam diri.Seminggu sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan sangat heksited rasanya.Ya,agak jakun disitu.
Berbalik kepada cerita asal,Mana lagi penat?Belajar atau Bekerja.Ternyata Kerja lagi penat!Kerja tak pernah habis.Rasanya itu istilah yang paling sesuai.Manakan tidak,gigih datang awal dengan harapan kertas-kertas serta fail-fail yang serupa gunung tu dapat disiapkan pada hari itu juga.Siap mindset pikir yang positif saya boley siapkan punye.Alih-alih,harapan tinggal harapan la der.Kau bukan robot dapat siapkan dalam masa satu hari.Kan?Mana tak penat,pagi-pagi da kena bangun.Pukul 8 sudah masuk keje.Lambat kang dapat kaler merah pulak kat kad tu.Setakat nie,tak der lagi kaler merah nak melekat kat kad saya tu.Kira boley dapat award la sebab Cemerlang,Gemilang lagi Terbilang datang awal kan.Baru sebulan,ko tengok lagi duatigaempat bulan camna.Cemerlang,Gemilang lagi Terbilang ke tidak.Nak kata best memang la best.Akak-akak,abang-abang serta bos besar sangat la mulia.Terima kasih la sebab kerana anda semua telah berjaya membesarkan saya.Oh Terharunya!Siapa kata kerja kerajaan tak banyak keje.Kau ingat boley duduk relaks macam kau ada share kat syarikat tu kew?Tidak mungkin sama sekali.Walaupun saya hanya budak praktikal tetapi saya bekerja sama saja seperti mereka.Bukan mahu membuli tetapi itulah realitinya.Kau tak boley nak suka-suka demand tak tentu hala.Tak mau buat itu dan ini.Penat tak payah nak cerita.Hari pertama jew kau boley cuci mata pandang sini sana.Hari berikut dan seterusnya memang tak ada masa nak melayan kerenah nafsu kau tu semua.Pew yang penting,kerja kerja dan kerja.Cukup pukul 5 tutup semua kerja pulang dengan jayanya.Esok pagi buat aktiviti yang sama.Istilah nak skip keje, nanti buat memang merana la jiwa.Penat otak melayan kerenah manusia.Oh.itu agak janggal bagi saya tapi sekarang sudah boley menerima nya.Apakan daya,hanya mampu bersabar sahaja.
Tapi bila Belajar lain pula kisahnya.Misal kata,due date assignment lagi sehari.Time tu boley lagi dok gatal kaki jejak JJ Bukit Raja,Sunway Pyramid,Lepak-lepak Mamak sampai ke pagi.Assignment tolak tepi,tak pikir sikit pown due date lagi sehari.Apa da hal,assignment jew pown.Sehari punye keje pon boley siap.Ye dak?Tapi hasilnya tak la gempak mana.Keje last minute la katakan.Tapi memang selalu buat macamtu pown.Kadang-kadang keje last minute nie berhasil jugak.Tapi tak disarankan la.Risiko tinggi.Buatnya printer tak nak bagi kerjasama kat kau.Tak kew parah,nak pulak kau nie pemalas nak jejak CC.Memang bahaya. Time belajar boley demand lebey-lebey.Paling best boley siap nego ngan lect.Macam beli barang kat pasar lambak tu la.Kita tengok siapa yang kalah.Assignment diberi,dengan senang hati bertanya bila due date nya.lect pown berkata lagi seminggu submit.Seminggu?Mana sempat Puan,kami banyak test,quiz lagi camna nak buat assignmnet nie.Tak der masa la Puan.Apa kata hanta before final?Before final terus.Kalau hantar sebulan selepas tu kira ok la kan.Ah,time tu tak terpikir camtu pown.Janji lepas diri sendiri.Perasaan lect tolak tepi.Sekarang sudah bekerja,tak dapat nak demand lebey-lebey.Bos bagi keje sampai tak cukup meja, senyum tak perlu kata apa-apa.Harapan nak bernego memang tipis.
Ha,nie yang paling best.Majoriti semua orang pernah buat termaksukla saya.Tipu kalau korang tak penah buat.Aktiviti melepak dimalam hari sampai terskip kelas.Normal la.Agak-agak malas nak dengar lect membebel, dengan suka hati tak mau datang kelas.Da tu pulak siap text member yang lain suruh signkan kehadiran korang tu.Da la kau tak datang suka-suka tanpa sebab dan tanpa rasa segan silu kau suruh member signkan kehadiran.Style sungguh.Penah buat kan?Tak payah la nak jadi budak baik sangat.Rugi rasanya kalau tak tolong backup member kan.Padahal dengan kerja kau yang berisiko nie boley memakan diri kau sendiri.Tapi masa kerja?Tak boley nak terskip-skip!Mau kene skip balik dengan boss kang.Istilah nak tolong member tak wujud sama sekali.Melainkan korang sama tempat kerja.Rasanya boley diteruskan aktiviti camtu.Tak salah tolong menolong backup membackup kan.Janji kene pada tempatnya.
*Sekian*
p/s: Tak mau keje nak belajar sampai bila-bila.Kalau la boley,alangkah bagusnya!
:Sumpah rindu nak pegi kelas lepak-lepak kat kedai abang mat makan nasi lemak sambil bergossip!
