Friday, February 17, 2012

Sudah tersurat Jodoh mereka.

Assalamualaikum.

Minggu lepas telah selamat seorang rakan menamatkan zaman bujang.Alhamdulillah,serunya sudah sampai.Moga dia menjadi seorang isteri yang solehah,taat kepada suami,bahagia didunia dan diakhirat.AMIN.
Semalam,dapat pulak SMS dari seorang rakan.Rakan yang menjadi teman gaduh ketika zaman sekolah.Sehari kalau tak bertekak memang tak sah.Ada saja bende yang tak kena dengan kami berdua.Biasala budak-budak kan.Kalau tak bergaduh tak chill la.hehe.Berbalik kepada SMS tu,aku dengan rasa gembira nak meloncat-loncat rasanya bila dapat tahu dia bakal menamatkan zaman bujang.Syukurrrr.*Perlu ke nak meloncat-loncat segala*?Macam kau pulak yang nak kawin kan.hahaha.

Sebenarnya bukan kawan baik nie je yang bakal menamatkan zaman bujang.Tahun lepas masing-masing pakat dok bertunang secara berjemaah.Aku saja yang chill dok mengadap buku-buku tebal.Nak buat cam na,aku sorang saja yang semangat berkobar-kobar study.Yang lain sume pakat lepas SPM terus cari keje.Tak pew-tak pew,aku kan muda lagi.Bagi yang kakak-kakak jalan dulu.....Choppp,umur sebaya kan?da tu perasan yang kau tu muda pulak?.:)

So dengan status aku yang masih mencari,entah bila seru akan sampai maka dengan sukacitanya aku menyibukkan diri dengan bender-bender berfaedah.Soal jodoh aku serahkan kepada yang MAHA ESA.Bukan tidak mahu mencari tetapi belum bersedia sampai ke tahap itu lagi.

Kepada rakan karib yang bakal menamatkan zaman bujang taun ni.Ucapan tahniah aku berikan.Korang memang cool sebab dapat harung zaman bertunang dengan jayanya.Harap korang semua bahagia dengan pasangan masing-masing didunia dan diakhirat!Ingat,korang da tak bolay curang-curang lagi tau!Janji kita...........Kawan Sampai Mati!!!.....


Hari Bahagia Mereka!Kau pula?*Sama-sama la kita berdoa ye.*




 -Alin-
 -Lydia-
-Kak Long!-

p/s:Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh-UAI-:)

Sunday, January 22, 2012

THESISICK!

Salam Reader's..

Perasaan BENCI aku thadap Thesis kian mmbuak !! Pastu, duk mikir dpt ehek ehem yg mcm Gampang !! Perkataan "Thesis" ni patut dinaik taraf jadi salah satu perkataan paling menakutkan dlm dunia.. Kalau atuk nenek dulu slalu kata "Jgn, ada hantu.. Jgn, ada Ju-On.. Jgn, ada penunggu.." Kali ni, dia kata , "Jangan nakal2!! Kene bwat Thesis nanti !!" Gerenti anak pinak cuak sampai lari btengpiar, balik umah nangis & bertaubat kepada ilahi. Insyaallh. Sekian..-SZ (2012)-

I am a free man.. Lega..akhirnya aku bebas dr cengkaman ko...puas hati aku..aku dah x peduli lagi..janji aku bebas..-HR (2012)-
Tudiaaa.luahan hati budak-budak semester akhir yang sangat seronok buat thesis.....(seronok kew?)hahaha.

Masih ingat lagi semasa di semester lima,selalu sangat dok IM dengan senior dok tanya apa itu thesis.Susah ke tidak,advisor and examiner sporting ke tak.Ah,macam-macam lagi la.Konon nak prepare awal la.Konon jew la yang mampu kan.Padahal keje last minit jugak la yang kau dok kejar.hohoho.Peragai yang tak patut berlaku dan sangat bahaya ye kawan-kawan.

Kini baru ku tahu bahawasanya ‘Thesis’ nie sangat la mencabar aku dari segala segi. Sudahla tajuk kau kene cari sendiri,tu belom kes kene ‘REJECT’ dan cari tajuk yang lain.*(cam tuju kat diri sendiri jew.hahaha.rasakan.)*Tajuk memainkan peranan yang penting okay.Tapi kan, journal lagi penting.Buatnya tajuk kau gile gempak tapi sekali kau belek-belek journal dengan penuh kasih sayang tapi tarak.Satu pown tak kene.Ha,nak tukar tajuk lagi kew???Nampaknya sampai tahun depan la kau tak siap.Pada pandangan aku,nak tak nak paksa rela kau kene jugak baca journal tu.Tajuk tak gempak pown tak pew.Tajuk tu kau bolay tukar-tukar sikit.Journal tu yang penting.Dari situ la kau nak goreng dan gabung-gabung dari kesemua journal yang ko baca.Terus terang cakap,lagi banyak journal yang kau baca,lagi banyak la dia akan membantu kau nanti. Bosan tu tak payah nak cakap la kan.Tapi kene kuatkan semangat jugak la walaupun masa tu kau dipaksa baca bende tu.


Tajuk APPROVE,journal pown da dibelek dengan penuh kasih sayang ,soalan-soalan yang diedarkan telah dikembaikan, tiba pula masa untuk bergurau senda dengan SPSS. Okay,nie lagi satu hal.Tak tahu la sapa yang cipta sistem macam sumpah selalu mintak dimaki. Kesabaran diuji,sampaikan empat lima kali buat bende yang sama. Sampai satu tahap aku sudah give up dan terpaksa mintak tolong orang lain yang buat.*kantoi*.
Akhirnya,SIAPPPPPPPPP!!!!Satu tips,kesabaran sangatla diperlukan dan lebih-lebih lagi jangan berlagak yang kau bolay hidup sorang dengan buat SPSS nie.Melainkan kau memang terer gile bergurau senda dengan data.Bagi budak macam aku yang bukan amik bender yang berkaitan dengan kira-kira nie memang berani cakap aku tak bolay buat sorang-sorang.Memang mati kutu seterusnya bolay dikelaskan dapat sakit jiwa kelas satu.

Seterusnya, siap semua satu tajuk.Sesi berjumpa dengan advisor dan examiner. Penilaian terakhir sebelum kau ditembak bertubi-tubi dengan soalan cepumas.Kalah soalan 1 juta Money Drop!*(ok tipuuu!!)*.Alhamdulillah,advisor lepas.Tapi examiner?Oh,muka scary macam nak telan orang. Cool lah Puan.Viva belom lagi kot.Bagi warm up dulu bolay.haihhhh.Dapat advisor sumpah macam angel,dapat examiner sumpah macam devil!!!!Apakan daya.Hadap jugak la kan.Yew,hidup dan mati aku semester nie semua bergantung kat tangan hangpa berdua.Nak tak nak kene layan kehendak hangpa la.Aku da tak sanggup nak hadap semua nie la.Cukup la sekali.Tobat-tobat.



VIVA LA VIDA!Sesi cabut undi bermula.Agak lucky sebab dapat no 4 dari 6.Lucky la sangat padahal nak habis cepat adelah.Sambil tggu turn sempat lagi mintak tips dr orang sekeliling dengan harapan dapat kurangkan rasa gugup serta cuak dihati.Akhirnya,Syukur....Alhamdulillah,hanya sepuluh minit sahaja merasa berdiri dalam bilik sejuk tu.Soalan cepumas pula berjaya dijawab walaupun ada unsur kekelentongan disitu.Pusing punya pusing jawapan,akhirnya mereka berdua berpuas hati.YAHOOOOOOOOO!Legaaaaaaaa...Selesai sudah azab semester akhir nie.
ALHAMDULILLAH sekali lagi.......









-Hasil Semester Akhir-Legaaaaaaaaaa:)



Wednesday, January 4, 2012

Monday, January 2, 2012

BACKPACKING –VIETNAM

#Entryniediperamsampaidajadijerukmempelam!#
 
Salam.Akibat bermanja dengan journal serta SPSS maka hari nie baru dapat mengupdate entry yang gojes lagi fabulous!Makan angin,cuci mata,cuci tangan yang gatal pantang tengok bende cantik serta bermesra dengan warga vietnam yang kecik molek pinggang macam kerengga.Oh jeles!.Malas nak cerita banyak.Cantik, Menarik,Tertarik,VIETNAM memang kebabommmmmmm!:)

 -Sebelum terbang.Air Asia!*Now Everyone Can Fly*#katanya-

-Selamat sampai-Three of Us!-


#Gojes Friends# Dari Kiri ke Kanan-Syafa,Aliya,Liza,saya,Fariza-

 -Helmet paling cool-janji pakai-

-Lunch Tyme-Such a great experience with them!-

-Done backpacking-Next trip?Kemana kita?heeee:)

Walaupun hanya ke Vietnam dan semestinya bukan ke Europe.Tiada kata seindah Syukur Alhamdulillah.Sangat berbangga menjadi rakyat MALAYSIA.Kadang-kadang melawat ke negara yang baru nak membangun nie lebih banyak mengajar kita betapa bertuahnya menjadi anak MALAYSIA!!!!!.


p/s:Selamat Tahun Baru 2012!pahit manis suka duka 2011 akan tersemat di lubuk sanubari.Belajar dari pengalaman lagi bagus dari tak belajar apa-apa.daaaaaa.




Monday, October 31, 2011

♥Sharing the Same Month,October Twothousandeleven♥


A birthday is just the first day of another 365-day journey around the sun. Enjoy the trip.


24 Oktober 2011.Tak tahu nak call die name apa.Di sebabkan die fanatik habis dengan Liverpool,rasa cam best kalau nak call die sbg hencik Liverpool.Sesuai kot.heeee.Okay,date 24 Oktober da nak dekat,tak tahu nak bg apa and nak celebrate cara cam na untuk si hencik sorang nie.Siyesly,memang tak plan pape sebelum nie.Da dekat due date baru terhegeh-hegeh idea datang.Belek-belek muka buku,terjumpa pulak dengan cupcake yang kecik lagi comel.Tak pikir panjang terus saja call and make an order.Settle!.Tapi perasaan dalam hati cuak tak terkata,tak tahu sedap or tidak.Bab rupa tu memang da boley buat saya cair la.Ahhhhhh,tolak tepi semua tu dulu.Cupcake settle.Bab hadiah pulak jadi sasaran.Deyyyy,hadiah apa mau bagi pown tak tau la.Apa lagi,mintak tolong si bijak pandai google la.Tak sampai sejam,terpikir nak bagi hadiah nie.Rasanya sesuai kot.Aim saya hanya satu.Mahu die gune bila hari formal saja.Kira nak budjet macam hadiah ini die pakai tuk hari-hari ekslusif sajala.Haaaa.style tak?heeee.Finally,cupcake settle,hadiah pown settle!Weeeeehoooo!jerit kuat-kuat!;)


Semua sudah settle.Tempat nak celebrate pulak tak tahu kat mana.Sebenarnya hencik Liverpool tak tahu yang kami plan nak celebrate bufday dia.Nasib ada dua orang soulmate tukang cover.Sorok cupcake baik punya,siap kene balut dengan sweater!Memang tak perasan la kan.Pusing punye pusing akhirnya kedai artis Bandi Amuk menjadi sarasan.Sampai saja ,dengan gigih mencari tempat.Borak-borak sambil order maknan dan tetiba saya yang berpura-pura kononnya tertinggal barang kat dalam kereta.Tanpa rasa bersalah terus amik cupcake dan terus bagi kat hencik Liverpool.huuuuuuuuuu.Muka merah padam okay.Nak cover konon nmpak lebih macho.Percubaan anda tak jadi la.Tapi bab muka selumba tu memang jadi la.hehehe.Suasana memang superb best tyme tu.Nak pulak ada live band dok nyanyi lagu cintan cintun.Cam tau-tau jew kan.Sempat la jugak jadi backup singer menyumbangkan lagu.Bahagiaaaanya hidup.Stop membebel,layan gambar pulak;)

 -Superb Cupcake!-


 -Soulmate,Thanx Darl!-


 -Seni halus dari Soulmate-


-Bufday Boy!See,he's wearing Liverpool t-shirt!-

To hencik Liverpool:)

Thinking of you with love on your birthday and wishing you everything that brings you happiness today and always.Happy Birthday!May Allah Bless You






........................................................................................................


30 Oktober 2011.See,same month kan.Date jew yang lain.hehe.Kalau tadi hencik Liverpool punye cerita.Kali ini tuan tanah kedaung pulak punya cerita.Sebelum tu nak jerit lagi sekali!Weeehooooo!Umur saya da genap 23 tahun.Muda lagi.sukaaaaanyaaaa.Tak perlu nak gusar pasal angka 23 tu.Muda lagi plus tak cecah 3 series.Naik satu angka tak bermakna jiwa tak boley nak maintain muda.Ye dak?So,cool lah!

Jika tadi hanya celebrate di Malaysia,tapi kali ini kami berdua sempat menjejakkan kaki ke Seoul!Seoul,Korea!Yey!!!hanya mimpi semata-mata.Havoc sangat sampai nak celebrate kat Korea segala kan.Okay la,tak dapat Seoul Korea,Seoul Garden One Utama pon jadi la.Tak payah nak stress pikir nak booking tiket semua.Ayuh,mulakan pengembaraan di Seoul Garden!Owh ya,kali ini hanya kami berdua saja,soulmate tidak termasuk dalam cerita kali ini.

 -Nice Cupcake-

 -Introduction Stage-


 -Maturing Stage-



 -Couple Set!-

-Final Stage-



 -Thanx You So Much Dear!-



-Happy moment with you!-
:Thank you for the wonderful day.Thank you for being a part of my special day and making it even more special. I am so fortunate to have someone like you in my life. I had a brilliant birthday because of you:


Last Quotes!
♥♥Birthday are incomplete without the ones who love and care for you. Thank you for making my birthday so memorable.Thank you guys!♥♥

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday

Sunday, September 18, 2011

Sahabat Selamanya-AL-FATIHAH-

Salam Reader's.

Entry agak berat kali ini.Air mata mengalir tak henti-henti tatkala menerima berita paling sedih yang berlaku beberapa hari ini.Tahun 2006 bermula cerita perkenalan kami.Perkenalan bermula semasa di dalam kelas muzik anjuran kolej.Saya yang berperwatakan selamba menggelakkan dia kerana dia di tegur oleh tenaga pengajar muzik ketika itu.Kelas pertama sudah buat perangai,tak ikut peraturan.Peraturan menyuruh memakai kasut,T-Shirt dan seluar trek.Tetapi dia dengan selamba memakai selipar.Bukan dia saja,saya juga turut sama.Tapi,dia saja yang di tegur.Saya tidak.Oh,istimewanya saya ketika itu.Selesai kelas muzik,saya tidak lagi nampak kelibat si dia.Tetapi rakan-rakan dia yang lain selalu sangat bersua muka.Seminggu selepas kelas muzik berlangsung,pada sebelah malamnya saya telah di sapa oleh rakan serumah bahawa ada seorang lelaki mahu berkenalan dan jikalau saya bersetuju,si dia ingin mengenali saya dengan lebih lanjut.Secara kebetulan rakan serumah adalah satu kelas dengan rakan si dia.Si dia menggunakan orang tengah untuk menjayakan misinya.Malas mahu berfikir siapa dan kenapa saya terus memberikan nombor telefon kepada rakan serumah.

Malam sehari selepas nombor telefon diberi.Ketika sedang study,handphone kesayangan telah berbunyi.Oh.hnya msg saja.Pendek dan ringkas.:-

Si Dia:Hi,boley berkenalan
Saya:Siapa nie ya
Si Dia:I'm Pink Panther!
Saya.Pink Panther?(dalam hati berkata mamat nie la kot.)okay.malas layan.orang tanya baik-baik dia main-main pulak.*adengan msg terhenti

selang beberapa minit..

Si Dia:Awak mara kat saya kew?Saya nak berkenalan nie.Boley ke tidak?Ke ada yang punya.
Saya:Tak mara,suka jew.*tapi dalam hati?*Boley,nak kenal,kenal jew la.tak kisah.
Si Dia:Okay,thanx awk.
Saya:Sama-sama.Nanti msg boley?Esok saya ada Test.Saya nak stdy kejab.
Si Dia:Owh,sory ganggu.Gud Luck ya.
Saya:X pew,okay,thanx.
*Selesai sesi bertegur sapa

Ketika di kelas muzik hari berikutnya.Dia yang saya tidak kenali telah mencuri pandang ke arah saya.Seperti biasa,saya dengan gelagat saya tersendiri.Tidak menghiraukan orang lain.Maklum saja lah.Dia senior,saya hanya junior(ketika itu saya berada di Pra Diploma manakala die Diploma)*itu kata hati.tapi mata?*Saya juga turut mencuri pandang ke arah dia.Nasib saya baik sebab tiada siapa pown yang perasan ketika itu.Tapi dia tidak.Kawan sebilik telah perasan bahawasanya dia asyik memandang gelagat saya.Perkenalan selama dua minggu,hanya berjumpa di kelas muzik dan tak pernah terserempak di tempat lain.Dia telah memberanikan diri meminta kapel daripada saya.Sumpah terkejut sebab tak berapa nak kenal sangat ketika ini.Saya dengan rasa rendah diri untuk tidak menerima pelawaan si dia serta merta dan meminta tempoh sehingga saya bersedia.

Tiga bulan berlalu,akhirnya saya bersetuju.Saya dapat rasakan yang die ikhlas mahu berkawan dengan saya setelah beberapa kali menguji diri si dia.Kali pertama bersua muka secara rasminya.Lepak makan malam di kedai bersebelahan dengan kolej saya.Saya dengan selamba menghantar msg ringkas yang saya tidak akan jumpe berseorangan untuk pertama kalinya.Dia bersetuju,saya bertiga dan dia lagi ramai.Fine!memang buat saya malu.Selesai makan,saya mahu bayar bg pihak saya dan kawan.Masa makan memang tak cover apa-apa.redah saja.yang penting perut kenyang.Yew,saya makan saya la yang bayar.Baru nak bayar,abang tokay kedai cakap sume da di bayar.Sesi bersoal jawab dengan abang tokay kedai sampai abg tokay kedai malas nak layan.Kembali ke tempat duduk dan dia menjawab saya da bayar semua.Okay,tunjuk macho depan aku*kata dalam hati*.Nak balas jasa member-membe yang da tolong dia letewwww*.Selesai makan-makan dia hantar saya dan kawan sampai ke pintu pagar.Memang la tak jauh,sebelah jew.Tapi itu dah memang trend budak-budak yang kapel kat kolej nie.Da pandai ajak keluar pandai la hantar balik.

30 Julai 2006.Secara rasminya saya dan dia sebagai kapel.Tiap hari dilalui bersama-sama.Port berjumpa hanya la di kerusi batu.Port wajib kapel tunggu kapel masing-masing.Agenda wajib selepas dinner lepak sampai pagar kolej nak tutup.Kadang-kadang sampai terlajak akibatnya panjat pagar belakang dan menyuruh rakan serumah membuka pintu.Lebih-lebih lagi bila game MU.Mesti lepak sama-sama tengok game sampai habis.Itu belum cerita jalan kaki pusing 1 taman sambil makan cadbury black forest,twisties dan air mineral dan lepak kat taman bullion.Padahal esoknya ada test.*kenangan*

Dari bulan ke bulan.Acara wajib,mesti ada hadiah setiap kali tanggal 30.Hadiah sebagai tanda persahabatan kami.Tak perlu mahal,janji ada.Student kan.Mana ada duit nak bender mahal-mahal.Tapi pantang ada duit lebey sikit,mula la peragai tak senonoh sampai.Sedekah jariah dekat Mid Valley.(tempat wajib keluar).Beli itu dan ini.Sampai satu tahap saya terpaksa menyimpankan duit untuk dia.

Tibanya bulan puasa.Akibat dia terlebey belanja makanya duit tak sampai cukup bulan da habis.Kenangan makan nasi bujang bersama dia dan rakan-rakan yang lain.Yang menjadi kenangan semua bersatu hati susah dan senang bersama-sama.Jika sorang makan nasi bujang,yang lain akan turut sama.*Sangat indah*.

Setiap hari kami akan bersms antara satu sama lain.Saya akui saya yang selalu bermasalah.Pantang ada quiz or test tak score.Mula la mengeluh dan putus asa.Dia jenis yang kuat semangat,suka tolong kawan-kawan tengah susah dan dia tak pernah cakap satu bende tu susah.Usaha-usaha dan terus usaha.Kalau terus mengeluh macam mana nak berjaya.Saya tau awak boleh buat.*antara bait-bait kata si dia*.Sebagai perangsang dia akan bg hadiah jikalau saya mencapai target yang saya idamkan.Hadiahnya simple saja tetapi bermakna.Pernah sekali die membuat suprise.Dia telah keluar senyap-senyap dan nak cover dia dengan selamba berkata die tengah melepak kat hostel.Bila ajak jumpe dia tak mahu.*Pelik*.Selalu bila ajak jumpe mau jew.Okay,merajuk.Malam menjelma,si dia mahu berjumpa.Mood merajuk tak hilang.Bila saya ajak x mau,bila saya tak nak dia mau.Setelah sesi pujuk memujuk selesai akhirnya saya bersetuju untuk berjumpa.Kebetulan  malam itu adalah hari lahir saya.Si dia dengan selamba dan tanpa muka rasa bersalah menghulurkan sesuatu.Tanpa berkata apa-apa.Terus menangis.Suprise menjadi.*kenangan*

Gembira tak sampai ke penghujungnya.Baru sahaja satu semesta si dia diminta berpindah ke kampung halaman.Sedih,sebak tak terkata.Atas permintaan keluarganya,dia menyambung pengajian di POLIMAS.Kenangan satu semesta kongsi suka duka bersama tersimpan rapi.Dia berjanji akan meneruskan perhubungan ini walaupun jarak memisahkan kami berdua.Bulan demi bulan silih berganti jarak memisahkan kami berdua.SMS,MMS dan call sebagai alternatif untuk kami mengeratkan hubungan ini.Setiap kali cuti semesta ada cara agenda kami berdua.Kalau dia tidak turun ke Kuala Lumpur maka saya pula akan turun ke sana(Kedah).Tetapi dia banyak menghabiskan masa,tenaga dan sebagainya untuk turun ke Kuala Lumpur semata-mata untuk berjumpa dengan saya.Oh!Terharunya.Barangan wajib dan tidak pernah dia tinggal apabila berjumpa dengan saya.*Cadbury Black Forest dan Ferrero Rocher* dan tidak lupa juga barangan sampingan menjadi kenangan kami berdua.

Tiga tahun mengenali si dia bermula zaman diploma saya sehingga tamat dengan jayanya.Terima kasih di atas segalanya.Terima kasih dengan essei panjang berjela yang direka khas untuk menolong saya tatkala mahu membuat pinjaman MARA,Terima Kasih atas nasihat dan dorongan yang diberi,dan Terima kasih kerana mengajar saya erti bahagia,Terima Kasih kerana memarahi saya ketika saya malas untuk belajar dan tidak mendengar kata,Terima Kasih kerana banyak bersabar dengan kerenah saya yang tak tentu masa,Terima Kasih diatas segalanya.Atas semua itu saya berjaya  menggenggam segulung diploma.

Zaman diploma diakhiri dengan gembira.Kini tiba pula zaman yang kedua.Zaman yang pahit serta menguji perhubungan kami berdua.Pada awalnya kami mesra seperti biasa.Akibat saya terlampau sibuk dengan pengajian,hubungan kami mulai renggang.Kami sudah mula menyalahkan antara satu sama lain dan sering berkelahi dengan hal yang remeh temeh.Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.
Saya mula mensyaki si dia sudah tidak mahu meneruskan perhubungan ini dan seperti yang disangka saya telah di beri petunjuk di depan mata yang si dia ada hubungan dengan gadis lain.Tidak mahu berpikir panjang,saya dengan rela hati memtuskan perhubungan ini.Saya tidak sanggup berkongsi kasih dan tidak mahu menanggung risiko dengan lebih berat lagi.Bukan tidak sayang tetapi tidak mahu di kecewakan lagi.

Walaupun saya tidak lagi berkasih sayang dengannya tetapi hubungan kami tetap baik.Saya banyak merujuk hal-hal pengajian dengannya kerana saya sudah selesa untuk menceritakan hal berkenaan kepadanya.Kami tetap berkawan cuma tidak rapat seperti dahulu.Saya menghormati dia yang sudah berpunya.Saya juga redha bahawasanya dia bukan la jodoh saya.

Hari demi hari dan sehingga saat ini,saya merasakan kehilangan seorang sahabat yang saya sayangi.Saya redha dengan pemergian dia untuk selama-lamanya.Ketahuila,saya telah menghalalkan dan memaafkan kesalahan kamu.Segala kenangan akan terpahat dalam ingatan saya buat selama-lamanya.Terus terang,kenangan yang tercipta di zaman diploma amat berharga bagi saya.

Saya berdoa semoga kamu ditempatkan dikalangan para mukmin yang beriman dan beramal soleh.Semoga roh kamu dicucuri rahmat.-AL-FATIHAH-;(

p/s:Terima kasih kerana hargai setiap kenangan yang ada.