Salam readers!!!
Mari kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Alhamdulillah, akhirnya skuad kebangsaan bawah 23 tahun kita berjaya merampas Piala Suzuki. Saya juga turut tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan tersebut. Tapi hanya di rumah sajalah. Nak gi stadium memang tak dapek lew. Kalau ada kat Shah Alam da lama saya gi. Peminat fanatik bola sepak katanya. Nasib lew skarang berada di Ipoh.:(
Berbalik kepada cerita Piala Suzuki, terlalu banyak sangat isu yang dibangkitkan.Selak jew surat khabar ada jew la yang tak puas hatinya. Laser la, Rumput gatal la, gune bomoh la..*aisyhhh*macam-macam.. sungguh tidak bertamadun pemikiran mereka. Ternyata jelas bahawa skuad Indonesia sangat tidak rasional. Lebih-lebih lagi penjaga gol mereka. Kene laser sket, kecoh jew lebih padahal warga negara mereka yang main kasar dahulu. Nah, lihat sahaja akhbar metro penjaga gol Malaysia Mohd Khairul Fahmi terlebih dahulu terkene pancaran laser dari warga Indonesia. Tapi sket pon dia tak kecoh. Puji sikap si penjaga gol nie.
Bercerita pasal penjaga gol yang sorang nie, tangkap cintan saya dibuatnya. Manakan tidak mukanya sahaja sudah hensem.Bukan saya sahaja yang tangkap cintan, rakan-rakan lain juga turut sama maengatakan sedemikian. Tapi nak bagtau disini, beliau sudah pun berpunya. Punah la harapan korang-koarang di luar sana.hahahaha. Orang hensem katakan. Mestilah sudah berpunya..Tak gituuuuu????Papepun saya tetap puji beliau.Tidak sangka Negara kita mempunyai seorang penjaga gol yang berkebolehan. Setakat 2 gol bolos tak der hal la.Cayalah kamu!!!
Habis cerita pasal penjaga gol.Kini giliran Safee Sali pula. Si Mamat sorang nie pula tak kurang hebatnya. Lincah mengawal bola, menyerang tak payah cakap la kan. Kalau tidak masakan K.Rajagobal bagi kepercayaan kat beliau kat posisi penyerang. Perlawanan semalam antara gol menarik dari beliau. Pantas!.Tak hairan la penjaring terbanyak beliau yang dapat. 5 gol youuu olllsss!Bukan calang-calang gol tau.Taniah Safee Sali!!!!You are da best!!!Wira Malaysia!!:)Opppss! Tak lupa juga kepada NorShahrul Idlan Talaha dan rakan skuad yang lain.. Anda juga membantu Safee Sali menyaringkan gol. Saya puji dengan sikap kerjasama yang anda semua tonjolkan..
Kepada skuad Malaysia, Terima Kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Kemenangan yang kita miliki dengan usaha keras anda semua akhirnya Piala Suzuki itu berada di bumi Malaysia!Tak cukup dengan itu, dengan kemenangan yang kita miliki seluruh rakyat Malaysia di beri cuti sempena kemenangan tersebut.
Kepada skuad Indonesia pula, mantapkan pemikiran anda, berfikir dengan waras jangan cipta alasan kerna segala alasan tersebut memakan diri anda sendiri!.Berfikir dahulu sebelum berkata apa-apa. Segala cerita dongeng anda memalukan Negara anda sendiri.
Majulah sukan untuk Negara!!!!Tahniah Harimau Malaysia!!!!!

No comments:
Post a Comment