Berkesempatan menghabiskan sisa-sisa cuti semester yang ada apa lagi kalau bukan merayau mencuci mata. Lokasi kali ini hanya di Ipoh Perak saja. Bagi warga sejati Ipoh confirm korang tau Little India dan Gerbang Malam nie kan? Bagi perantau macam saya nie agak teruja lebih skit la gi tempat macam nie. Ha,warga Ipoh sekalian sila jangan cakap saya jakun yew. Al maklumla, bukan selalu saya ke sini. Sebulan sekali pown payah kot!
Meh nak kongsi sket pengalaman berada di dua lokasi yang berbeza. Ekceli Little India dan Gerbang Malam nie sama jew yang ada kat area Keyell dan Selangor tu ha. Little India kat Ipoh nie kira adik beradik sepupu sepapat dengan Little India yang dekat ngan stesen Kl Sentral tu. Tapi kat cini tak berapa nak besh la, aura tak sehebat lokasi di Keyell. Kedai-kedai di sini agak banyak tapi kebanyakan mereka menjual barang yang hampir sama. Paling menarik perhatian , sari serta punjabi suite! Masyaallah, sangat cantik. Nafsu melonjak riang menyuruh saya membelinya tapi apakan daya, jodoh tiada!hehehe...Hanya pandang serta pegang sahaja.Rezeki saya pergi time office hours,.harussla tak ramai orang. Lain la gi weekand kan mau sesak nafas dengan bau-bauan yang tak diundang . So lebih selamat la saya gi time-time camnie. Untung-untung dapat elak hidung nie meragam. Money dapat diselamatkan disini,tak tahu mahu membazir dimana, mau membazir budget pula tiada.
-Pintu Gerbang 'Little India'-
............................................................................................................................................................
Kini tiba dilokasi kedua, Gerbang Malam diberi nama. Tak pasti nape nama sedemikian diberi. Tapi apa yang pasti ianya seperti uptown,downtown serta yang sewaktu dengannya. Kalau korang tegar dengan barang-barang bundle, boleh la ke sini. Kiranya ganti uptown,downtown yang ada kat area Keyell dan Selangor la. Nama jew yang lain. Korang jangan pikit Ipoh nie kolot sangat yew, dorang pown nak gak merasa ada tempat-tempat macam nie. Yang penting nama tempat ‘Gerbang Malam’ nie yang style. Kat Keyell dan Selangor rata-rata tak der nama yang specific. Jadi warga Ipoh, sila la bangga dengan apa yang negeri korang ada. Negeri lain? Non Ado!! Sama seperti di Little India, hanya sekadar berjalan menghabiskan tenaga saja, sekali lagi money dapat diselamatkan!
-Gerbang Malam!-
-Singgah ke.......Macam-Macam Ada!-
Tuk pengetahuan korang ada satu lagi tempat yang menarik. ‘Memory Lane’!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Chopppp! Chooop! Korang jangan nak pikir ‘Memory Lane’ yang kat shopping complex tu tau. ‘ Memory Lane’ kat cini agak unik sket. Namanya pown da jelas,terang lagi nyata. Kat cini dijual barang-barang yang antik dan unik. Senang cite barang-barang lama la. Saya tak berkesempatan lagi untuk ke sini. Jadinya saya tak boley la nak bercerita panjang lebar la nampaknya. Hanya boley bagitau saya. Kang korang cakap saya tipu pulak kan..*aishhhhhh*!
Setakat ini saya yang saya dapat kongsi tentang dua lokasi nie, walaupun ianya tak berapa nak menarik at least korang ada gak la info pasal dua tempat nie kan. Boley lew korang belagak cam tahu pasal tempat nie lau der orang tanye nant kan. Ha, kan da selamat korang kat citu. Kalau korang berkesempatan turun/naik ke Ipoh jangan lupa try gi tempat-tempat nie yew.Sekian saja entry kali ini..

No comments:
Post a Comment