Thursday, January 6, 2011

::Special Entry To Both Of You!::

Salam semua!


Bersambung dengan entry sebelum ini.Nikah sudah,kini tiba pula Majlis Persandingan.Tetibe mood nak berpantun plak kali nie.Nah!

Buah pauh si bunga rampai

Kilauan bintang sunnguh mengasyikkan

Orang jauh sudahlah sampai

Selamat datang kami ucapkan.

Orang jauh berkirim surat

Berkali-kali dibaca jua

Ikan dilaut asam di darat

Dalam kuali bertemu jua.

Okey.cukup dua rangkap pantun,nak banyak tak dapat lew.Nak mengarang ayat punyala susah.Mau amik masa berminggu-minggu.;)

Tanggal 1/1/2011 nak plak hantaran RM11,111.11sen,mas kawin plak RM 1,111.11sen!cantik plus cun sangatla kan?*ha,beragan tak habis-habis saya nie*heeee...1/1/2011,pandai mereka berdua nie pilih date kan.Hari ini dalam sejarah juga bagi saya.Jangan ngat hari bersejarah mereka berdua saja tetapi saya juga nak menepek sama.Mana boley saya takde dalam list!VVIP katanya..Yes,beragan lagi!

Tepat 11 pagi saya sudah bersiap sedia menjadi orang penting dalam majlis nie.Mana tak nya bende yang saya paling tak nak,sekali lagi saya ulang,tak nak hokeyh. Tapi nak wat camna,saya paling layak agakya.Sabar jew la.Kerja saya sangatla simple,hanya perlu tacap muka kasi cun sket then berdiri sambil pegang kipas,berdiri sebelah pengantin!mesti korang dapat agak kan??Apa,PENGAPIT??Ha,betol sangat la tu.Pentingkan pengapit nie,mau berkuah lodeh ketiak pengantin kalau pengapit tak der. kan??Nak sangat mengelak akhirnya hambik dapat jugak keje nie.*huhu*.Redha saja,tadah muka.

Ok fine.Maharani,confirm kamu gelak kat saya kan?mulut kamu memang bley ternak garam la.sangat masin!aisyhhhhh.Sejam menadah muka,cukup lemas saya dibuatnya.Giliran saya untuk memerah tenaga mengipas mereka.Naik lenguh dua tangan.Mana taknya,kanan pegang payung,kiri pegang kipas pula.Nasib pegang payung sekejab saja,kalau berejam wajib ‘krem’!

Pengalaman pertama menjadi pengapit,dapat pula package pengapit yang macho!ha,semangat den!hihihi..Cukup merepek,mari lihat koleksi bergambar pula.

*layan!*


-amik berkat!-
*sila abaikan bentuk badan yang gemuk serta seliper yang buruk itu!*


-Adik!-
-Sedondon Gold Kaler!-
*Bro Sham & Sis Liza!* 
-Candid tyme bersama si photograper!-
*comel!*

 -Sama cantik sama padan!-


 -Kakak!-
-Sedondon Red Kaler!-
*Bro Nasry & Sis Ura!*

-Hitam Putih!-
*Classic Style!*

-Selesai sudah semuanya!-
-To both of you!-
-Hepy Wedding Days!-
:)


-Learn,Live and Hope-














Monday, January 3, 2011

::Edisi Khas Majlis Pernikahan!!!!!::

Salam My Lovely Reader’s!

I’m so so so so sorry !!!!!!Lately bizi sangat nak menghapdate blog kesayangan nie. Diam-diam berisi nampaknya.Nah,baca terang-terang tajuk entry kali nie. Edisi Khas tau.Tak dapat nak cari kat mana-mana.Cari le kat Giant,Tesco mahupun Maple,gerenti tak kan dapat jumpe Edisi Khas nie.!hahaha.

Saat yang di tunggu telah pon tiba.Setiap hari dok kira hari kat kelender kuda bila la nak jadi isteri orang nie.Ha,tengok betapa heksaitednye saya.Tidur tak lena,mandi tak basah makan lagi lew tak lalu.hehehe.Chop,Chop.Cukup merapu meraban setakat nie saja.Kembali kepada tajuk entry kat atas..Ekeceli bukan majlis pernikahan saya.Tapi kalau majlis pernikahan saya pown pew salahnya kan???hehe.*ade hati nak menikah an.Calon pon tarak,blaja pown tak habis da nak menggatal!*aisyhhh!okey.Kali nie memang menguji kesabaran saya. Mana tak nye,dua pasangan sekaligus. Maksudnya disini,ada dua pasang pengantin la.

Sekali harung Si Kakak ngan Si Adiknya mau kawin.Save sket budgetnya.Penat pown dapat package sekali la kan.Double terus dia bagi.Tak dan single dah.hehe.Yew la,da sekali harung an,tak kan lew penat nak asing-asing plak..kan?hehe.Seperti bese,Si Kakak terlebih dahulu sah menjadi isteri orang. Manakala hari berikutnya Si Adik pula menyusul ikut jejak langkah Si Kakak.Haruslah Si Adik bagi peluang kepada Si Kakak dulu.Nak elak melangkah bendul katanya.Alhamdulilllah selamat kedua-duanya.

Tamatla riwayat Majlis Pernikahan.Majlis Bersanding pula mengambil tempat.Bab Majlis Bersanding nie agak kelam kabut sket.Pasangan pengantin berebutkan saya.Next entry saya cerita panjang lebar okeyh!
Setakat ini saja Edisi Khas kali nie!Jom cuci mata sambil berangan tengok bende bawah nie...:)*daaaa...

*Saat-saat mereka disatukan*


-Hati berdebar!-
-Ijab dan Qabul!-

-Kami amik berkat!-
-Si Tudung oren bakal mewarisi Si Baju Hijau!-:)

-Si Kakak bersama Si Jantung Hati!-
-Pasangan serba Putih!-

 -Si Adik pula bersama Si Jantung Hatinya!-
-Berdua Si Baju Hijau!-


-Duduk sama tinggi berdiri sama rendah!-*wink!*

p/s:*tenet lembam cam siput,tak larat nak tggu lama sangat!next extry kaya ngan pixture!*


*Learn,Life,and Hope*

Thursday, December 30, 2010

:Garuda kene telan dengan Harimau Malaysia!::

Salam readers!!!

Mari kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Alhamdulillah, akhirnya skuad kebangsaan bawah 23 tahun kita berjaya merampas Piala Suzuki. Saya juga turut tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan tersebut. Tapi hanya di rumah sajalah. Nak gi stadium memang tak dapek lew. Kalau ada kat Shah Alam da lama saya gi. Peminat fanatik bola sepak katanya. Nasib lew skarang berada di Ipoh.:(

Berbalik kepada cerita Piala Suzuki, terlalu banyak sangat isu yang dibangkitkan.Selak jew surat khabar ada jew la yang tak puas hatinya. Laser la, Rumput gatal la, gune bomoh la..*aisyhhh*macam-macam.. sungguh tidak bertamadun pemikiran mereka. Ternyata jelas bahawa skuad Indonesia sangat tidak rasional. Lebih-lebih lagi penjaga gol mereka. Kene laser sket, kecoh jew lebih padahal warga negara mereka yang main kasar dahulu. Nah, lihat sahaja akhbar metro penjaga gol Malaysia Mohd Khairul Fahmi terlebih dahulu terkene pancaran laser dari warga Indonesia. Tapi sket pon dia tak kecoh. Puji sikap si penjaga gol nie.

Bercerita pasal penjaga gol yang sorang nie, tangkap cintan saya dibuatnya. Manakan tidak mukanya sahaja sudah hensem.Bukan saya sahaja yang tangkap cintan, rakan-rakan lain juga turut sama maengatakan sedemikian. Tapi nak bagtau disini, beliau sudah pun berpunya. Punah la harapan korang-koarang di luar sana.hahahaha. Orang hensem katakan. Mestilah sudah berpunya..Tak gituuuuu????Papepun saya tetap puji beliau.Tidak sangka Negara kita mempunyai seorang penjaga gol yang berkebolehan. Setakat 2 gol bolos tak der hal la.Cayalah kamu!!!

Habis cerita pasal penjaga gol.Kini giliran Safee Sali pula. Si Mamat sorang nie pula tak kurang hebatnya. Lincah mengawal bola, menyerang tak payah cakap la kan. Kalau tidak masakan K.Rajagobal bagi kepercayaan kat beliau kat posisi penyerang. Perlawanan semalam antara gol menarik dari beliau. Pantas!.Tak hairan la penjaring terbanyak beliau yang dapat. 5 gol youuu olllsss!Bukan calang-calang gol tau.Taniah Safee Sali!!!!You are da best!!!Wira Malaysia!!:)Opppss! Tak lupa juga kepada NorShahrul Idlan Talaha dan rakan skuad yang lain.. Anda juga membantu Safee Sali menyaringkan gol. Saya puji dengan sikap kerjasama yang anda semua tonjolkan..

Kepada skuad Malaysia, Terima Kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Kemenangan yang kita miliki dengan usaha keras anda semua akhirnya Piala Suzuki itu berada di bumi Malaysia!Tak cukup dengan itu, dengan kemenangan yang kita miliki seluruh rakyat Malaysia di beri cuti sempena kemenangan tersebut.

Kepada skuad Indonesia pula, mantapkan pemikiran anda, berfikir dengan waras jangan cipta alasan kerna segala alasan tersebut memakan diri anda sendiri!.Berfikir dahulu sebelum berkata apa-apa. Segala cerita dongeng anda memalukan Negara anda sendiri.


Majulah sukan untuk Negara!!!!Tahniah Harimau Malaysia!!!!!


Monday, December 20, 2010

Little India VS Gerbang Malam

Salam Reader’s & Silent followers!


Berkesempatan menghabiskan sisa-sisa cuti semester yang ada apa lagi kalau bukan merayau mencuci mata. Lokasi kali ini hanya di Ipoh Perak saja. Bagi warga sejati Ipoh confirm korang tau Little India dan Gerbang Malam nie kan? Bagi perantau macam saya nie agak teruja lebih skit la gi tempat macam nie. Ha,warga Ipoh sekalian sila jangan cakap saya jakun yew. Al maklumla, bukan selalu saya ke sini. Sebulan sekali pown payah kot!

Meh nak kongsi sket pengalaman berada di dua lokasi yang berbeza. Ekceli Little India dan Gerbang Malam nie sama jew yang ada kat area Keyell dan Selangor tu ha. Little India kat Ipoh nie kira adik beradik sepupu sepapat dengan Little India yang dekat ngan stesen Kl Sentral tu. Tapi kat cini tak berapa nak besh la, aura tak sehebat lokasi di Keyell. Kedai-kedai di sini agak banyak tapi kebanyakan mereka menjual barang yang hampir sama. Paling menarik perhatian , sari serta punjabi suite! Masyaallah, sangat cantik. Nafsu melonjak riang menyuruh saya membelinya tapi apakan daya, jodoh tiada!hehehe...Hanya pandang serta pegang sahaja.Rezeki saya pergi time office hours,.harussla tak ramai orang. Lain la gi weekand kan mau sesak nafas dengan bau-bauan yang tak diundang . So lebih selamat la saya gi time-time camnie. Untung-untung dapat elak hidung nie meragam. Money dapat diselamatkan disini,tak tahu mahu membazir dimana, mau membazir budget pula tiada.
-Pintu Gerbang 'Little India'-

............................................................................................................................................................

Kini tiba dilokasi kedua, Gerbang Malam diberi nama. Tak pasti nape nama sedemikian diberi. Tapi apa yang pasti ianya seperti uptown,downtown serta yang sewaktu dengannya. Kalau korang tegar dengan barang-barang bundle, boleh la ke sini. Kiranya ganti uptown,downtown yang ada kat area Keyell dan Selangor la. Nama jew yang lain. Korang jangan pikit Ipoh nie kolot sangat yew, dorang pown nak gak merasa ada tempat-tempat macam nie. Yang penting nama tempat ‘Gerbang Malam’ nie yang style. Kat Keyell dan Selangor rata-rata tak der nama yang specific. Jadi warga Ipoh, sila la bangga dengan apa yang negeri korang ada. Negeri lain? Non Ado!! Sama seperti di Little India, hanya sekadar berjalan menghabiskan tenaga saja, sekali lagi money dapat diselamatkan!

-Gerbang Malam!-
-Singgah ke.......Macam-Macam Ada!-
Tuk pengetahuan korang ada satu lagi tempat yang menarik. ‘Memory Lane’!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Chopppp! Chooop! Korang jangan nak pikir ‘Memory Lane’ yang kat shopping complex tu tau. ‘     Memory Lane’ kat cini agak unik sket. Namanya pown da jelas,terang lagi nyata. Kat cini dijual barang-barang yang antik dan unik. Senang cite barang-barang lama la. Saya tak berkesempatan lagi untuk ke sini. Jadinya saya tak boley la nak bercerita panjang lebar la nampaknya. Hanya boley bagitau saya. Kang korang cakap saya tipu pulak kan..*aishhhhhh*!

Setakat ini saya yang saya dapat kongsi tentang dua lokasi nie, walaupun ianya tak berapa nak menarik at least korang ada gak la info pasal dua tempat nie kan. Boley lew korang belagak cam tahu pasal tempat nie lau der orang tanye nant kan. Ha, kan da selamat korang kat citu. Kalau korang berkesempatan turun/naik ke Ipoh jangan lupa try gi tempat-tempat nie yew.Sekian saja entry kali ini..



Sunday, December 12, 2010

::Dua Jam Bersama ETS!::

Salam Reader's Sekalian!


Entry kali ini mahu bercerita pengalaman menaiki ETS!
ETS??Apakah???
Mesti korang tertanya-tanya kan.

-Electric Train Services!-

Untuk pengetahuan korang yang tak tahu ETS ini apa meh sini nak saya nak bagitau.
 ETS nie salah satu kereta api yang menggunakan kuasa elektrik atau dalam bahasa jawanya Electric Train Services(ETS).
Ha,sekarang korang da tau kan.
Sekarang saya nak cerita serba sedikit pasal ETS nie.

-Pamplet given by crew!-


Kita start dengan tambang perjalanan dulu yew. Bercerita mengenai tambang ETS nie korang toksah la nak pening-pening pala pikir pasal harganya. Di jamin korang mampu punyala. Hanya RM30 akan dikenakan bagi perjalanan dari Ipoh-KL Sentral dan begitu juga sebaliknya. Kalau korang dari Ipoh nak terus pegi ke Seremban pon boley. Korang tambah duit korang sikit jew la. Nak free tak dapat la beb! Ala, tambah lapan hengget jew korang sampai terus kat Seremban tu ha. Mudah bukan?

-Ipoh-Seremban!-


Nak share jugak kat korang, dengan nilai yang korang bayar tu tempat dijamin selesa, tandas dan kantin juga disediakan. Sungguh saya tak tipu. Kelajuan ETS nie tak payah nak cakap la, pantas lagi cekap! Berbeza sangat dengan KTM yang biasa tu ha, lambat lagi lembab!Bagi korang yang nak try naik ETS nie dipersilakan. Tapi ingat pesanan nie yew, korang tak boley lambat seminit pon.ETS nie tak kuasa nak menunggu korang yang lambat apatah lagi belas kasihan kat korang. Lambat tinggal!Hye-Hye Bye-Bye la jawabnya!So,Be Pantual okeyh!:]

Krew-krew kabin ETS nie juga peramah orangya.Sentiasa memberikan senyuman. Cara dorang serve makanan kat customer pon superb! Macam ala-ala dalam flight gitu. Beza nya ETS nie kat darat, flight tu kat udara. Di sebabkan ETS nie pantas lagi cekap, hanya dua jam sahaja masa di ambil untuk sampai dari Ipoh ke KL Sentral.
Rasanya nie jew la dapat saya share pengalaman bersama ETS!



-Bukti da naik ETS!-




*:)*

Saturday, December 11, 2010

~Alhamdulillah Syukur!~

:Mimpi ngeri repeat dua paper hanya mainan tidur semata-mata:


Padamu Ya Allah
Ku bersyukur atas apa yang engkau berikan


:)


Tuesday, December 7, 2010

*BFF BerGRADUASI*

Salam Readers!


Musim berkonvo sudah bermula.Bagi orang seperti saya yang tidak puas berkonvo perasaan seperti mahu berkonvo semula menebal dalam jiwa.Terasa diri macam tidak pernah berkonvo pun ada juga. Sampaikan orang yang sepatutnya berkonvo lebih relax dari saya.Buka apa,sumpah best berkonvo nie. Dijamin besh punye la. Tak ke korang rase heaven bila dapat pakai jubah yang panas dengan bender petak besar gajah atas pale tu? Lagi-lagi dapat bender pink yang bersilang kat atas jubah korang (student UiTM confirm tau bende pink nie*wajib tau okeyh!*)U lain saya tak pasti. Di tambah plak ada orang yang bagi korang hadiah masa korang berkonvo tu. Bukan satu dua tau, paling kurang lima enam. Ramai kuncu-kuncu korang, lagi banyak la korang akan dapat.Hadiah plak bukan sebarangan yew, anak patung pakai topi petak besar gajah tu wajib ada. Yew la kan, baru la betol meraikan orang berkonvo.Wah!Katanya!

Sempat juga meraikan BFF tersayang berkonvo kali ini. Sekali empat. Pandai korang ye.Sekali harung bagi den. Kopak den tau x! BFF punya pasal kan.Sekali sekala,dua kali dapat pahala.Fuhhhhh! Seperti biasa, saya menggila mencari hadiah.Satu dua tak de hal,ni sampai empat. Mau tak jadi gila dibuatnya. Nasib baik ada abg botak! Selesai masalah den dan yang penting dapat harga runtuh dari dia.Thanx abang botak!Meh nak promote sket,kedai abang botak nie.Kot la dia bagi saya royalti promote kedai da ni kan..hehehehe.. Kedai dia betol-betol depan pam minyak Esso Seksyen 7 Shah Alam. Depan tau, bukan belakang. Harga tak payah cita la sale gila-gila,mesra alam plak tu. Tak caya korang try la. Gerenti seratus dua percent tak menyesal punya.Saya yang berspesis cerewet benda-benda macam ni memang wajib tempah awal-awal. Paling besh siap suruh abg tu cari apa yang saya request tu smapai dapat dan tak sangka dia boley gubah lebih apa yang saya jangka kan..~sorry abg botak~ Saya tau abg mesti layan kerenah saya punya..hahahaha...*Kedai hanya di buka bila ada konvokesyen saja yew*Harap Maklum*.Penat sudah mahu bercerita,layan saja bende alah bawah ini yew.



*Hepy Graduation Day!*

*Families!*

*Nurul's Families!*

*Both of them!*

*Smile!*

*Syeera Yusree!*

*Syeera's Families!*


BFF!
Hepy Graduation Day!
Congrat's!
Luv all of you!





-Last but not least!-


*Peace!*
-Sekian-