Sunday, December 12, 2010

::Dua Jam Bersama ETS!::

Salam Reader's Sekalian!


Entry kali ini mahu bercerita pengalaman menaiki ETS!
ETS??Apakah???
Mesti korang tertanya-tanya kan.

-Electric Train Services!-

Untuk pengetahuan korang yang tak tahu ETS ini apa meh sini nak saya nak bagitau.
 ETS nie salah satu kereta api yang menggunakan kuasa elektrik atau dalam bahasa jawanya Electric Train Services(ETS).
Ha,sekarang korang da tau kan.
Sekarang saya nak cerita serba sedikit pasal ETS nie.

-Pamplet given by crew!-


Kita start dengan tambang perjalanan dulu yew. Bercerita mengenai tambang ETS nie korang toksah la nak pening-pening pala pikir pasal harganya. Di jamin korang mampu punyala. Hanya RM30 akan dikenakan bagi perjalanan dari Ipoh-KL Sentral dan begitu juga sebaliknya. Kalau korang dari Ipoh nak terus pegi ke Seremban pon boley. Korang tambah duit korang sikit jew la. Nak free tak dapat la beb! Ala, tambah lapan hengget jew korang sampai terus kat Seremban tu ha. Mudah bukan?

-Ipoh-Seremban!-


Nak share jugak kat korang, dengan nilai yang korang bayar tu tempat dijamin selesa, tandas dan kantin juga disediakan. Sungguh saya tak tipu. Kelajuan ETS nie tak payah nak cakap la, pantas lagi cekap! Berbeza sangat dengan KTM yang biasa tu ha, lambat lagi lembab!Bagi korang yang nak try naik ETS nie dipersilakan. Tapi ingat pesanan nie yew, korang tak boley lambat seminit pon.ETS nie tak kuasa nak menunggu korang yang lambat apatah lagi belas kasihan kat korang. Lambat tinggal!Hye-Hye Bye-Bye la jawabnya!So,Be Pantual okeyh!:]

Krew-krew kabin ETS nie juga peramah orangya.Sentiasa memberikan senyuman. Cara dorang serve makanan kat customer pon superb! Macam ala-ala dalam flight gitu. Beza nya ETS nie kat darat, flight tu kat udara. Di sebabkan ETS nie pantas lagi cekap, hanya dua jam sahaja masa di ambil untuk sampai dari Ipoh ke KL Sentral.
Rasanya nie jew la dapat saya share pengalaman bersama ETS!



-Bukti da naik ETS!-




*:)*

Saturday, December 11, 2010

~Alhamdulillah Syukur!~

:Mimpi ngeri repeat dua paper hanya mainan tidur semata-mata:


Padamu Ya Allah
Ku bersyukur atas apa yang engkau berikan


:)


Tuesday, December 7, 2010

*BFF BerGRADUASI*

Salam Readers!


Musim berkonvo sudah bermula.Bagi orang seperti saya yang tidak puas berkonvo perasaan seperti mahu berkonvo semula menebal dalam jiwa.Terasa diri macam tidak pernah berkonvo pun ada juga. Sampaikan orang yang sepatutnya berkonvo lebih relax dari saya.Buka apa,sumpah best berkonvo nie. Dijamin besh punye la. Tak ke korang rase heaven bila dapat pakai jubah yang panas dengan bender petak besar gajah atas pale tu? Lagi-lagi dapat bender pink yang bersilang kat atas jubah korang (student UiTM confirm tau bende pink nie*wajib tau okeyh!*)U lain saya tak pasti. Di tambah plak ada orang yang bagi korang hadiah masa korang berkonvo tu. Bukan satu dua tau, paling kurang lima enam. Ramai kuncu-kuncu korang, lagi banyak la korang akan dapat.Hadiah plak bukan sebarangan yew, anak patung pakai topi petak besar gajah tu wajib ada. Yew la kan, baru la betol meraikan orang berkonvo.Wah!Katanya!

Sempat juga meraikan BFF tersayang berkonvo kali ini. Sekali empat. Pandai korang ye.Sekali harung bagi den. Kopak den tau x! BFF punya pasal kan.Sekali sekala,dua kali dapat pahala.Fuhhhhh! Seperti biasa, saya menggila mencari hadiah.Satu dua tak de hal,ni sampai empat. Mau tak jadi gila dibuatnya. Nasib baik ada abg botak! Selesai masalah den dan yang penting dapat harga runtuh dari dia.Thanx abang botak!Meh nak promote sket,kedai abang botak nie.Kot la dia bagi saya royalti promote kedai da ni kan..hehehehe.. Kedai dia betol-betol depan pam minyak Esso Seksyen 7 Shah Alam. Depan tau, bukan belakang. Harga tak payah cita la sale gila-gila,mesra alam plak tu. Tak caya korang try la. Gerenti seratus dua percent tak menyesal punya.Saya yang berspesis cerewet benda-benda macam ni memang wajib tempah awal-awal. Paling besh siap suruh abg tu cari apa yang saya request tu smapai dapat dan tak sangka dia boley gubah lebih apa yang saya jangka kan..~sorry abg botak~ Saya tau abg mesti layan kerenah saya punya..hahahaha...*Kedai hanya di buka bila ada konvokesyen saja yew*Harap Maklum*.Penat sudah mahu bercerita,layan saja bende alah bawah ini yew.



*Hepy Graduation Day!*

*Families!*

*Nurul's Families!*

*Both of them!*

*Smile!*

*Syeera Yusree!*

*Syeera's Families!*


BFF!
Hepy Graduation Day!
Congrat's!
Luv all of you!





-Last but not least!-


*Peace!*
-Sekian-

Sunday, December 5, 2010

PRANKS are Not ALWAYZ FUNNY!

Hi Readers!

Kali nie nak share pasal 'Pranks!"
Alah yang cam korang selalu kenekan orang tu la.
Contoh cam korang sembunyi diri korang kat tepi pintu bilik air,then bila orang dari dalam blik tu kuar korang tekejut kan orang tu.
Ha,mesti korang selalu watkan,tipu la kalau tak penah..

Saya nak cakap sket kat cini,korang jangan nak suka suki wat keje budus tu ye, even niat korang hanya suka-suki tapi sebelum buat satu bnder wajib dipikir baik buruknya.
Video nie saya dapat dari sorang member.
Alang-alang saya juga pernah wat keje budus nie molek la saya berkongsi dengan anda semua.
Insap sekejap bila da tengok video nie.
Sekejap jew la.
Halah,janji insapkan dari tak de langsung..
Tak gitu?

Sila click sendiri,jangan segan nak click pulak!
Amaran: Banyak kan berselawat serta mengucap sebelum nengok!





P/S: Berpikir sebelum bertindak!!!Ingatla orang yang tersayang!!


*Sekian*

Thursday, December 2, 2010

-Sungai Gabai Empunya Cerita-

Di saatku membesarkan badan sempena cuti semester, ada juga si kaki berjalan mengganggu hidupku..Cetttt!!!Padahal memang saya penagih tegar bab-bab berjalan nie..Ajak saja,pasti mahu ikut sama.Itulah saya!!!

Ketika sedang sibuk melayan si Putera Katak lalu handphone kesayangan memberi isyarat meminta saya melayannya.Oh,mesej mengajak saya pergi bersuka ria menghabiskan masa rupanya. Tanpa banyak cerita serta menyoal pelbagai soalan yang panjang berjela dengan selamber saya berkata mahu turut serta.

Lokasi kali ini bukan di shopping complex menghabiskan wang serta tenaga tetapi hanya menghabiskan masa bersama alam sekitar sahaja. Melihat keindahan alam sekitar serta bunyi deruan air menenangkan jiwa.
Perjalanan ke sana mengambil masa sejam sahaja. Akibat kebuluran gara-gara tidak berbekpes pada paginya maka acara menyerbu bihun goreng serta sandwich menjadi mangsa pertama.Perut kenyang hati riang.

Tibalah masanya untuk berenang serta mencuci mata.
Pelbagai gelagat dapat dilihat disana.
Sudah penat mahu bercerita.
Lihat saja gambar-gambar yang ada.




-Pintu Masuk-
-*jangan lupa bagi salam dulu jew,barula beradab!wah!katenya.*-



-Antara yang gila kamera-

-Deq Teh yang chikedis!eh-eh cilap,Chikeding!!!!:)

-Air Terjunjun!-

-Sebelum pulang,wajib pose,si senipr ciap bagi peace lagiiiiii!-

*Tammat!*

Sunday, November 28, 2010

Tiba sudah Musim Kahwin!


*Pelikkan*
 bila org selalu tanya "umo ko dah brapa?bila nak kawen?xkan nak jd anak dara tua?" Padahal semua dah tahu itukan ketentuan Allah. Tak de plak orang tanya "Umo ko dah brapa? Bila ko nak mati?" Kan Ajal, Maut, Jodoh, Pertemuan di tangan Tuhan? So nape xtnya pasal ajal maut tu, kan dalam satu ayat ngn jodoh pertemuan.-Ayat dari pensyarah undang-undang saya!



Mesti korang sume da lali ngan statement kat atas tu kan? Tidak di nafikan saya juga sering terkena ngan ayat-ayat kat atas tu haaa....
Kadang-kadang rasa nak kasi pelempang pon ada juga..
Tak payah la kau nak jaga tepi kain orang tanya soalan-soalan cepumas cam tuu.Ye,saya tau memang tak salah kalau mahu bertanya soalan cam gitu dan saya tau polis kat Malaysia nie tak tangkap pon kalau ko tanye soalan cam tu kat dia,tapi kalau da asyik muka kau jugak yang tanya soalan yang sama, memang layak la kau dapat pelempang free tu kan?tak gitu?(*-*)
Kau sibuk menanya kat orang, yang kau tu pule bila?
Ha,tau plak terdiam tanpa seribu bahasa bila orang aju kat kau kan,aca-aca tukar topic lain plak ye. Pandai sungguh.*menci!*

Bercerita pasal kawin nie, nak share sket pasal kenduri semalam and tadi. Bukan kenduri saya yang kawin ye.. Kawan sekolej dan senior kadet saya yang kawin. Saya lambat lagi. Harap maklum!

Taniah Arewin dan Hanafi & Sis shela and Bro Ridzwan!



Kenduri Arewin Punyer Cerita!

Assam Jawa,27/11/2010- Perjalanan mengambil masa selama 2 jam dari Shah Alam.
Actually kenduri nya hari ahad tapi disebabkan ada kenduri di tempat lain jadinya kami terpaksa pergi pada hari sabtu. So tak dapatla nak bergambar dengan pengantin serta baju cantik beliau,hanya makan apa yang ada serta borak-borak kosong saja. Tidak kesahla yang penting kami datang juga.
*Suasana kampung! Terasa keseronokan nya..*


*Orange Theme*

*Both Sweet*
*By Mr H*

*With pengantin!*



Kenduri Sis Shela Punyer Cerita!

Bandar Botanic, 28/11/2010- Jemput melalui facebook saje..Cayalah facebook. Jimat tenaga, duit dan segalanya. Tak gitu sis! hehehe.. Lain pula kenduri sis Shela nie, suasana pula berbeza. Ala-ala garden+ modern gituuuu. Sangat sweet!.Pelamin superb!Oppsss!*Sis!!!!I loiiike ur dresss!!!*Malatopppp!!!

*Pink Theme*

*See the dress!*
*I loiiikeee!*
*Both of Them!*

*To Arewin and Sis Shela*
*-Congrat's to both of you*-
*-Hepy Wedding Days!*-
*(^-^)*



Friday, November 26, 2010

-~KERINDUAN!~-

Hi readers!

New hapdate dari saya..

Entry kali ini berkaitan dengan rutin saya satu ketika dulu..

RINDU,RINDU,RINDU dan RINDU lagi!!!!!!!!

Ya, saya rindu untuk memekak di siang hari,memekak di sini bermaksud memberi ‘command’ ya.’Command’ tu apa?command tu arahan.ha,direct translation saya bagi..hehehehe.. Nak details lagi sila google..Pantas,habis cerita.

Cerita bermula ketika saya berada di semesta kedua..Dengan tidak di sangka-sangka saya telah terpilih untuk menjadi Commander bagi Kesatria Negara.. Kesatria Negara adalah matapelajaran wajib bagi pelajar-pelajar baru . Hanya pelajar yang mengikuti PLKN sahaja di kecualikan untuk mengambil matapelajaran ini. Perasaan ketika itu tidak tahu lar nak kata apa..Kadang-kadang bangga pown ada juga..:)

-Plantun saya!-

Setiap hari rabu dan khamis tepat jam 7 pagi aktiviti berkawad bermula,suara saya pasti menjadi halwa telinga mereka. Hendak tak hendak mereka terpaksa mendengar serta mengikuti apa sahaja arahan dari saja..Sory yew adik-adik, kakak terpaksa.hihihi..

Pahit manis mengajar adik-adik junior ketika itu sangat menyeronokkan..Gelagat mereka menceriakan hari-hari saya..Paling tidak boleh lupa ketika hari ujian tiba..Masing-masing membodek saya untuk mendapat markah yang sepatutnya.Tidak kurang hebatnya, mereka sanggup memberikan coklat kepada saya untuk mendapat markah tersebut. BerSMS meminta simpati juga turut menjadi agenda mereka..

Hubungan kami tidak terhenti di situ sahaja, malah saya bertambah akrab dengan mereka..Sampaikan ada di kalangan mereka menjadi adik angkat saya..Aktiviti peta dan kompas juga tidak kurang hebatnya,saya juga turut serta mengikuti mereka. Seharian berada di dalam hutan bersama kompas sudah sebati dengan jiwa saya. Tergelincir, tapak kasut kopak, redah sungai dan gunung ganang serta bergurau senda bersama orang-orang asli sangat mengujakan. Segalanya bersama mereka.

-Selepas aktiviti Peta dan Kompas-

-Masak nasi dalam buluh katanya!-


-Bersama orang-orang asli-

Inilah pengalaman saya, mengendalikan adik-adik junior serta melayan kerenah mereka. Menjaga 30 orang kepala sangat menguji minda saya. Sifat sabar perlu ada. Akibat sayangkan mereka dan tidak mahu mereka gagal, setiap pagi rabu dan khamis aktiviti seperti mengejutkan mereka menjadi rutin tambahan saya. Tidak kesahla, yang penting mereka semua berjaya.Segalanya indah bersama mereka..Rindu kamu semua!!!!



 -Sila cari di mana saya!-




*Sekian*