New hapdate dari saya..
Entry kali ini berkaitan dengan rutin saya satu ketika dulu..
RINDU,RINDU,RINDU dan RINDU lagi!!!!!!!!
Ya, saya rindu untuk memekak di siang hari,memekak di sini bermaksud memberi ‘command’ ya.’Command’ tu apa?command tu arahan.ha,direct translation saya bagi..hehehehe.. Nak details lagi sila google..Pantas,habis cerita.
Cerita bermula ketika saya berada di semesta kedua..Dengan tidak di sangka-sangka saya telah terpilih untuk menjadi Commander bagi Kesatria Negara.. Kesatria Negara adalah matapelajaran wajib bagi pelajar-pelajar baru . Hanya pelajar yang mengikuti PLKN sahaja di kecualikan untuk mengambil matapelajaran ini. Perasaan ketika itu tidak tahu lar nak kata apa..Kadang-kadang bangga pown ada juga..:)
-Plantun saya!-
Setiap hari rabu dan khamis tepat jam 7 pagi aktiviti berkawad bermula,suara saya pasti menjadi halwa telinga mereka. Hendak tak hendak mereka terpaksa mendengar serta mengikuti apa sahaja arahan dari saja..Sory yew adik-adik, kakak terpaksa.hihihi..
Pahit manis mengajar adik-adik junior ketika itu sangat menyeronokkan..Gelagat mereka menceriakan hari-hari saya..Paling tidak boleh lupa ketika hari ujian tiba..Masing-masing membodek saya untuk mendapat markah yang sepatutnya.Tidak kurang hebatnya, mereka sanggup memberikan coklat kepada saya untuk mendapat markah tersebut. BerSMS meminta simpati juga turut menjadi agenda mereka..
Hubungan kami tidak terhenti di situ sahaja, malah saya bertambah akrab dengan mereka..Sampaikan ada di kalangan mereka menjadi adik angkat saya..Aktiviti peta dan kompas juga tidak kurang hebatnya,saya juga turut serta mengikuti mereka. Seharian berada di dalam hutan bersama kompas sudah sebati dengan jiwa saya. Tergelincir, tapak kasut kopak, redah sungai dan gunung ganang serta bergurau senda bersama orang-orang asli sangat mengujakan. Segalanya bersama mereka.
-Selepas aktiviti Peta dan Kompas-
-Masak nasi dalam buluh katanya!-
-Bersama orang-orang asli-
Inilah pengalaman saya, mengendalikan adik-adik junior serta melayan kerenah mereka. Menjaga 30 orang kepala sangat menguji minda saya. Sifat sabar perlu ada. Akibat sayangkan mereka dan tidak mahu mereka gagal, setiap pagi rabu dan khamis aktiviti seperti mengejutkan mereka menjadi rutin tambahan saya. Tidak kesahla, yang penting mereka semua berjaya.Segalanya indah bersama mereka..Rindu kamu semua!!!!
-Sila cari di mana saya!-
*Sekian*


No comments:
Post a Comment