Wednesday, June 23, 2010

BIG W-D.A.Y

Kahwin,Kahwin & Kahwin...
3 hari 2 malam..
Meraikan hari bersejarah anda berdua..
Dari akad nikah,majlis berinai dan majlis resepsi..
Sila lihat photo-photo di bawah..
Tak larat mau manaip lagi..

Let's Enjoy!

-Akad nikah-



-Aku terima nikahnya-


-Sah sebagai suami & isteri-


-Amik berkat-

-Pak ucu yg sempoi-


-Selamat Pengantin Baru Ayu & Faiz-



Oppssssss!

-Sempat berposing-


-Selamat Pengantin Baru Ayu & Faiz-
-Moga bahagia hingga ke akhir hayat-
:~(*^*)~:

SUNSHINE

Anda semua menceriakan hari saya.
Walaupon kadang-kadang menguji jiwa dan raga...
Tapi saya bersyukur dengan apa yang ada..
Terima kasih kerna memberi sinar kegembiraan kepada saya..
Sangat bertuah menjadi makcik kepada anda semua..
Melayan kerenah anda adalah perkara wajib bagi saya..
Tidak mengapa,sekurang-kurang nya anda melatih saya menjadi manusia yang lebih sabar..
NorJuma Najihah, Mohd Iz'zaim Najmi,Nur Naily Batrisya, Nur Nisa Batrisya dan Nur Nazifah Batrisya..
Saya SAAAAAYYYYAAANNGGGG anda semuaaaaaaa!!!!!
Lihatlah wajah-wajah mereka di bawah nie:)


:Juma & Zaim:

 


:Naily & Nisa:


::Chumil::



::Puteri-Puteri:


::L.O.V.E::




Saturday, June 19, 2010

FENOMENA






LBS..
Mencetuskan fenomena...
Ramai yang memberi respon positif terhadap cerita ini..
Pada mulanya saya kurang percaya..
Tetapi setelah menontonnya..
Saya akui,jalan ceritanya sangat meruntun jiwa...
Terasa tidak puas menonton nya...
Saya pasti ada sambungan dari kisah ini...
Kepada pengarah..
Anda perlu, dan patut tahu bahawa..
Saya tidak sabar untuk mengetahui pengakhiran cerita ini..

Para pelakon tidak kurang hebatnya..
Farid Kamil
Lisa Surihari
Que Haidar
Fazura
Raja Farah
Dan ramai lagi...


Kepada sesiapa yang belum menonton filem ini...
Masih belum terlambat untuk menonton nya...
:)




Friday, June 18, 2010

1 M.O.N.T.H

Alhamdulillah...
Pengembaraan selama sebulan sudah berakhir..
Penat lelah mendaki bukit juga berakhir...
Kini,saya wajib bersedia dengan persiapan yang terakhir...
Tapi saya tidak pasti samada saya sudah bersedia atau tidak.
Meminjam kata Zizan Raja Lawak..
Bersedia atau tidak bolos saja dinding itu...
Saya cuba dengan sebaik mungkin untuk membolosi dinding itu...
Berjaya atau tidak sekurang-kurangnya saya mencuba..

Berkaitan tajuk entry di atas...
1 month...
Berhempas pulas pergi ke kuliah...
Terpaksa melupakan masa untuk bersenang-lenang di rumah...
4 hari seminggu, 3 jam sehari...
Memerah otak untuk Managerial Economic tersayang...

21/6/2010..
Hari paling mendebarkan..
Berdebar atau tidak...
Saya wajib membolosinya dengan kepakaran yang ada...
Berdoa padamu Ya Allah...
Kuatkan lar hambamu ini..
Sihatkan lar tubuh badan ku ini..
Moga di permudahkan segalanya..
Amin Ya Rabbal Alamin...

Tuesday, June 15, 2010

REALITI HIDUP

Di mana boleh cari ramai melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malan dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom heboh orang melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, Pusat Pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumda haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh, duit rasuah depa pun sapu
Di Pusat Serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam Kemerdekaan dan malam Tahun Baru
Terkinja-kinja best giler menari macan hantu
Apa hobi orang melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Melepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang depa nak tau
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor SATU
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau amik kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu??
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja-raja dulu
Ayat lazim di mulut ialah MELAYU malas selalu
Nak harapkan KERAJAAN saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan senget atau siapa jadi penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu-mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa MELAYU jadi bangsa yang maju
BOLEH! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata NABI ikutlah QURAN dan SUNNAH ku
AL QURAN di turunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu
Cuma bacabila nak halau hantu...



              :SEKIAN:

Monday, June 14, 2010

M.O.O.D


S.A.D


Kini saya sedang mengalami perasaan seperti di atas..
Akibat "result" yang sangat teruk...
Teramat malu dengan diri sendiri & rakan-rakan..
Bukan saya tidak belajar bersunguh-sungguh...
Tapi belum rezeki saya agaknya(ayat sedapkan hati sndiri)..
Terpikir juga mahu berhenti belajar...
Saya tidak kuat untuk hadapi dugaan ini..
Ya Allah,Kuatkanlah Hati Hambamu ini..


Berterimakasih kepada sahabat tersayang..
Nurul Ain....
Anda banyak memberi nasihat & semangat...
Kata-katamu akan saya jadikan pegangan...
Nurul Hidayu...
Anak sedara tersayang...
Anda juga banyak menasihati saya.
Beliau berkata..
Perjalanan masih jauh,
Jangan mudah patah semangat,
Berusaha lagi,
Rezeki itu ada,
Allah mahu menduga anda,
Jangan berhenti belajar...

Saya terharu....
Berjanji mahu tebus kesilapan itu..
Moga kali ini..
Allah memihak kepada saya...
Amin...







Friday, June 4, 2010

::Lawak Antarabangsa::

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni, dan Suri.Suatu hari mereka berpakat untuk kahwinkan anak-anak mereka secara serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, keempat-empat anak itu pun bercadang untuk pergi berbulan madu(honeymoon). Siti pergi berbulan madu di Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri pula ke Pulau Pangkor. Sebelum mereka pergi, Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana berbulan madu korang.Tak payah tulis panjang-panjang, guna kod iklan saje da cukup. Ringkas,Padat dan Cepat." Panjang lebar Mak Minah berbicara.

Seminggu selepas itu, mereka terima surat dari Siti yang tertera "Standard Chartard". Tercari-carilah kedua suami isteri nie iklan tersebut dan pabila terjumpa tersenyum lebar kedua-duanya, "Besar,Teguh dan Peramah".Bahagialah Si Siti rupanya....

Keesokkan harinya, mereka terima surat dari Seri  yang tertera "Nescafe". Mereka mencari iklan tersebut "Nikmatnya Hingga Titisan Yang Terakhir".  Bahagialah Si Seri rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat dari Murni yang tertera "KFC". Seperti biasa, mereka mencari iklan tersebut dan tertera "Hingga Menjilat Jari"..Bahagialah Si Murni rupanya..

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat semakin risau dengan anaknya itu.. Minggu kedua juga tiada...Masuk miggu ketiga, barulah mereka terima surat dari Suri dan isi kandungan surat tersebut tertera "AIR ASIA".. Bergegas Mak Minah dan Pak Mat  mencari iklan tersebut kerana tidak sabar hendak tahu apa yang terjadi dengan anak bongsu nya ini..Akhirnya mereka berdua berasa lega setelah membaca motto iklan tersebut iaitu "7 kali Seminggu, 3 Jam Sekali Tanpa Henti"!!....


p/s: Entry ini hanyalah rekaan semata-mata,sila abaikan bahasa yg digunakan::D