Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni, dan Suri.Suatu hari mereka berpakat untuk kahwinkan anak-anak mereka secara serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, keempat-empat anak itu pun bercadang untuk pergi berbulan madu(honeymoon). Siti pergi berbulan madu di Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri pula ke Pulau Pangkor. Sebelum mereka pergi, Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana berbulan madu korang.Tak payah tulis panjang-panjang, guna kod iklan saje da cukup. Ringkas,Padat dan Cepat." Panjang lebar Mak Minah berbicara.
Seminggu selepas itu, mereka terima surat dari Siti yang tertera "Standard Chartard". Tercari-carilah kedua suami isteri nie iklan tersebut dan pabila terjumpa tersenyum lebar kedua-duanya, "Besar,Teguh dan Peramah".Bahagialah Si Siti rupanya....
Keesokkan harinya, mereka terima surat dari Seri yang tertera "Nescafe". Mereka mencari iklan tersebut "Nikmatnya Hingga Titisan Yang Terakhir". Bahagialah Si Seri rupanya.
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat dari Murni yang tertera "KFC". Seperti biasa, mereka mencari iklan tersebut dan tertera "Hingga Menjilat Jari"..Bahagialah Si Murni rupanya..
Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat semakin risau dengan anaknya itu.. Minggu kedua juga tiada...Masuk miggu ketiga, barulah mereka terima surat dari Suri dan isi kandungan surat tersebut tertera "AIR ASIA".. Bergegas Mak Minah dan Pak Mat mencari iklan tersebut kerana tidak sabar hendak tahu apa yang terjadi dengan anak bongsu nya ini..Akhirnya mereka berdua berasa lega setelah membaca motto iklan tersebut iaitu "7 kali Seminggu, 3 Jam Sekali Tanpa Henti"!!....
p/s: Entry ini hanyalah rekaan semata-mata,sila abaikan bahasa yg digunakan::D
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
6 years ago

No comments:
Post a Comment