Salam Reader's..
Perasaan BENCI aku thadap Thesis kian mmbuak !! Pastu, duk mikir dpt ehek ehem yg mcm Gampang !! Perkataan "Thesis" ni patut dinaik taraf jadi salah satu perkataan paling menakutkan dlm dunia.. Kalau atuk nenek dulu slalu kata "Jgn, ada hantu.. Jgn, ada Ju-On.. Jgn, ada penunggu.." Kali ni, dia kata , "Jangan nakal2!! Kene bwat Thesis nanti !!" Gerenti anak pinak cuak sampai lari btengpiar, balik umah nangis & bertaubat kepada ilahi. Insyaallh. Sekian..-SZ (2012)-
I am a free man.. Lega..akhirnya aku bebas dr cengkaman ko...puas hati aku..aku dah x peduli lagi..janji aku bebas..-HR (2012)-
Tudiaaa.luahan hati budak-budak semester akhir yang sangat seronok buat thesis.....(seronok kew?)hahaha.
Masih ingat lagi semasa di semester lima,selalu sangat dok IM dengan senior dok tanya apa itu thesis.Susah ke tidak,advisor and examiner sporting ke tak.Ah,macam-macam lagi la.Konon nak prepare awal la.Konon jew la yang mampu kan.Padahal keje last minit jugak la yang kau dok kejar.hohoho.Peragai yang tak patut berlaku dan sangat bahaya ye kawan-kawan.
Kini baru ku tahu bahawasanya ‘Thesis’ nie sangat la mencabar aku dari segala segi. Sudahla tajuk kau kene cari sendiri,tu belom kes kene ‘REJECT’ dan cari tajuk yang lain.*(cam tuju kat diri sendiri jew.hahaha.rasakan.)*Tajuk memainkan peranan yang penting okay.Tapi kan, journal lagi penting.Buatnya tajuk kau gile gempak tapi sekali kau belek-belek journal dengan penuh kasih sayang tapi tarak.Satu pown tak kene.Ha,nak tukar tajuk lagi kew???Nampaknya sampai tahun depan la kau tak siap.Pada pandangan aku,nak tak nak paksa rela kau kene jugak baca journal tu.Tajuk tak gempak pown tak pew.Tajuk tu kau bolay tukar-tukar sikit.Journal tu yang penting.Dari situ la kau nak goreng dan gabung-gabung dari kesemua journal yang ko baca.Terus terang cakap,lagi banyak journal yang kau baca,lagi banyak la dia akan membantu kau nanti. Bosan tu tak payah nak cakap la kan.Tapi kene kuatkan semangat jugak la walaupun masa tu kau dipaksa baca bende tu.
Tajuk APPROVE,journal pown da dibelek dengan penuh kasih sayang ,soalan-soalan yang diedarkan telah dikembaikan, tiba pula masa untuk bergurau senda dengan SPSS. Okay,nie lagi satu hal.Tak tahu la sapa yang cipta sistem macam sumpah selalu mintak dimaki. Kesabaran diuji,sampaikan empat lima kali buat bende yang sama. Sampai satu tahap aku sudah give up dan terpaksa mintak tolong orang lain yang buat.*kantoi*.
Akhirnya,SIAPPPPPPPPP!!!!Satu tips,kesabaran sangatla diperlukan dan lebih-lebih lagi jangan berlagak yang kau bolay hidup sorang dengan buat SPSS nie.Melainkan kau memang terer gile bergurau senda dengan data.Bagi budak macam aku yang bukan amik bender yang berkaitan dengan kira-kira nie memang berani cakap aku tak bolay buat sorang-sorang.Memang mati kutu seterusnya bolay dikelaskan dapat sakit jiwa kelas satu.
Seterusnya, siap semua satu tajuk.Sesi berjumpa dengan advisor dan examiner. Penilaian terakhir sebelum kau ditembak bertubi-tubi dengan soalan cepumas.Kalah soalan 1 juta Money Drop!*(ok tipuuu!!)*.Alhamdulillah,advisor lepas.Tapi examiner?Oh,muka scary macam nak telan orang. Cool lah Puan.Viva belom lagi kot.Bagi warm up dulu bolay.haihhhh.Dapat advisor sumpah macam angel,dapat examiner sumpah macam devil!!!!Apakan daya.Hadap jugak la kan.Yew,hidup dan mati aku semester nie semua bergantung kat tangan hangpa berdua.Nak tak nak kene layan kehendak hangpa la.Aku da tak sanggup nak hadap semua nie la.Cukup la sekali.Tobat-tobat.
VIVA LA VIDA!Sesi cabut undi bermula.Agak lucky sebab dapat no 4 dari 6.Lucky la sangat padahal nak habis cepat adelah.Sambil tggu turn sempat lagi mintak tips dr orang sekeliling dengan harapan dapat kurangkan rasa gugup serta cuak dihati.Akhirnya,Syukur....Alhamdulillah,hanya sepuluh minit sahaja merasa berdiri dalam bilik sejuk tu.Soalan cepumas pula berjaya dijawab walaupun ada unsur kekelentongan disitu.Pusing punya pusing jawapan,akhirnya mereka berdua berpuas hati.YAHOOOOOOOOO!Legaaaaaaaa...Selesai sudah azab semester akhir nie.
ALHAMDULILLAH sekali lagi.......
-Hasil Semester Akhir-Legaaaaaaaaaa:)

No comments:
Post a Comment