Friday, February 17, 2012

Sudah tersurat Jodoh mereka.

Assalamualaikum.

Minggu lepas telah selamat seorang rakan menamatkan zaman bujang.Alhamdulillah,serunya sudah sampai.Moga dia menjadi seorang isteri yang solehah,taat kepada suami,bahagia didunia dan diakhirat.AMIN.
Semalam,dapat pulak SMS dari seorang rakan.Rakan yang menjadi teman gaduh ketika zaman sekolah.Sehari kalau tak bertekak memang tak sah.Ada saja bende yang tak kena dengan kami berdua.Biasala budak-budak kan.Kalau tak bergaduh tak chill la.hehe.Berbalik kepada SMS tu,aku dengan rasa gembira nak meloncat-loncat rasanya bila dapat tahu dia bakal menamatkan zaman bujang.Syukurrrr.*Perlu ke nak meloncat-loncat segala*?Macam kau pulak yang nak kawin kan.hahaha.

Sebenarnya bukan kawan baik nie je yang bakal menamatkan zaman bujang.Tahun lepas masing-masing pakat dok bertunang secara berjemaah.Aku saja yang chill dok mengadap buku-buku tebal.Nak buat cam na,aku sorang saja yang semangat berkobar-kobar study.Yang lain sume pakat lepas SPM terus cari keje.Tak pew-tak pew,aku kan muda lagi.Bagi yang kakak-kakak jalan dulu.....Choppp,umur sebaya kan?da tu perasan yang kau tu muda pulak?.:)

So dengan status aku yang masih mencari,entah bila seru akan sampai maka dengan sukacitanya aku menyibukkan diri dengan bender-bender berfaedah.Soal jodoh aku serahkan kepada yang MAHA ESA.Bukan tidak mahu mencari tetapi belum bersedia sampai ke tahap itu lagi.

Kepada rakan karib yang bakal menamatkan zaman bujang taun ni.Ucapan tahniah aku berikan.Korang memang cool sebab dapat harung zaman bertunang dengan jayanya.Harap korang semua bahagia dengan pasangan masing-masing didunia dan diakhirat!Ingat,korang da tak bolay curang-curang lagi tau!Janji kita...........Kawan Sampai Mati!!!.....


Hari Bahagia Mereka!Kau pula?*Sama-sama la kita berdoa ye.*




 -Alin-
 -Lydia-
-Kak Long!-

p/s:Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh-UAI-:)

Sunday, January 22, 2012

THESISICK!

Salam Reader's..

Perasaan BENCI aku thadap Thesis kian mmbuak !! Pastu, duk mikir dpt ehek ehem yg mcm Gampang !! Perkataan "Thesis" ni patut dinaik taraf jadi salah satu perkataan paling menakutkan dlm dunia.. Kalau atuk nenek dulu slalu kata "Jgn, ada hantu.. Jgn, ada Ju-On.. Jgn, ada penunggu.." Kali ni, dia kata , "Jangan nakal2!! Kene bwat Thesis nanti !!" Gerenti anak pinak cuak sampai lari btengpiar, balik umah nangis & bertaubat kepada ilahi. Insyaallh. Sekian..-SZ (2012)-

I am a free man.. Lega..akhirnya aku bebas dr cengkaman ko...puas hati aku..aku dah x peduli lagi..janji aku bebas..-HR (2012)-
Tudiaaa.luahan hati budak-budak semester akhir yang sangat seronok buat thesis.....(seronok kew?)hahaha.

Masih ingat lagi semasa di semester lima,selalu sangat dok IM dengan senior dok tanya apa itu thesis.Susah ke tidak,advisor and examiner sporting ke tak.Ah,macam-macam lagi la.Konon nak prepare awal la.Konon jew la yang mampu kan.Padahal keje last minit jugak la yang kau dok kejar.hohoho.Peragai yang tak patut berlaku dan sangat bahaya ye kawan-kawan.

Kini baru ku tahu bahawasanya ‘Thesis’ nie sangat la mencabar aku dari segala segi. Sudahla tajuk kau kene cari sendiri,tu belom kes kene ‘REJECT’ dan cari tajuk yang lain.*(cam tuju kat diri sendiri jew.hahaha.rasakan.)*Tajuk memainkan peranan yang penting okay.Tapi kan, journal lagi penting.Buatnya tajuk kau gile gempak tapi sekali kau belek-belek journal dengan penuh kasih sayang tapi tarak.Satu pown tak kene.Ha,nak tukar tajuk lagi kew???Nampaknya sampai tahun depan la kau tak siap.Pada pandangan aku,nak tak nak paksa rela kau kene jugak baca journal tu.Tajuk tak gempak pown tak pew.Tajuk tu kau bolay tukar-tukar sikit.Journal tu yang penting.Dari situ la kau nak goreng dan gabung-gabung dari kesemua journal yang ko baca.Terus terang cakap,lagi banyak journal yang kau baca,lagi banyak la dia akan membantu kau nanti. Bosan tu tak payah nak cakap la kan.Tapi kene kuatkan semangat jugak la walaupun masa tu kau dipaksa baca bende tu.


Tajuk APPROVE,journal pown da dibelek dengan penuh kasih sayang ,soalan-soalan yang diedarkan telah dikembaikan, tiba pula masa untuk bergurau senda dengan SPSS. Okay,nie lagi satu hal.Tak tahu la sapa yang cipta sistem macam sumpah selalu mintak dimaki. Kesabaran diuji,sampaikan empat lima kali buat bende yang sama. Sampai satu tahap aku sudah give up dan terpaksa mintak tolong orang lain yang buat.*kantoi*.
Akhirnya,SIAPPPPPPPPP!!!!Satu tips,kesabaran sangatla diperlukan dan lebih-lebih lagi jangan berlagak yang kau bolay hidup sorang dengan buat SPSS nie.Melainkan kau memang terer gile bergurau senda dengan data.Bagi budak macam aku yang bukan amik bender yang berkaitan dengan kira-kira nie memang berani cakap aku tak bolay buat sorang-sorang.Memang mati kutu seterusnya bolay dikelaskan dapat sakit jiwa kelas satu.

Seterusnya, siap semua satu tajuk.Sesi berjumpa dengan advisor dan examiner. Penilaian terakhir sebelum kau ditembak bertubi-tubi dengan soalan cepumas.Kalah soalan 1 juta Money Drop!*(ok tipuuu!!)*.Alhamdulillah,advisor lepas.Tapi examiner?Oh,muka scary macam nak telan orang. Cool lah Puan.Viva belom lagi kot.Bagi warm up dulu bolay.haihhhh.Dapat advisor sumpah macam angel,dapat examiner sumpah macam devil!!!!Apakan daya.Hadap jugak la kan.Yew,hidup dan mati aku semester nie semua bergantung kat tangan hangpa berdua.Nak tak nak kene layan kehendak hangpa la.Aku da tak sanggup nak hadap semua nie la.Cukup la sekali.Tobat-tobat.



VIVA LA VIDA!Sesi cabut undi bermula.Agak lucky sebab dapat no 4 dari 6.Lucky la sangat padahal nak habis cepat adelah.Sambil tggu turn sempat lagi mintak tips dr orang sekeliling dengan harapan dapat kurangkan rasa gugup serta cuak dihati.Akhirnya,Syukur....Alhamdulillah,hanya sepuluh minit sahaja merasa berdiri dalam bilik sejuk tu.Soalan cepumas pula berjaya dijawab walaupun ada unsur kekelentongan disitu.Pusing punya pusing jawapan,akhirnya mereka berdua berpuas hati.YAHOOOOOOOOO!Legaaaaaaaa...Selesai sudah azab semester akhir nie.
ALHAMDULILLAH sekali lagi.......









-Hasil Semester Akhir-Legaaaaaaaaaa:)



Wednesday, January 4, 2012

Monday, January 2, 2012

BACKPACKING –VIETNAM

#Entryniediperamsampaidajadijerukmempelam!#
 
Salam.Akibat bermanja dengan journal serta SPSS maka hari nie baru dapat mengupdate entry yang gojes lagi fabulous!Makan angin,cuci mata,cuci tangan yang gatal pantang tengok bende cantik serta bermesra dengan warga vietnam yang kecik molek pinggang macam kerengga.Oh jeles!.Malas nak cerita banyak.Cantik, Menarik,Tertarik,VIETNAM memang kebabommmmmmm!:)

 -Sebelum terbang.Air Asia!*Now Everyone Can Fly*#katanya-

-Selamat sampai-Three of Us!-


#Gojes Friends# Dari Kiri ke Kanan-Syafa,Aliya,Liza,saya,Fariza-

 -Helmet paling cool-janji pakai-

-Lunch Tyme-Such a great experience with them!-

-Done backpacking-Next trip?Kemana kita?heeee:)

Walaupun hanya ke Vietnam dan semestinya bukan ke Europe.Tiada kata seindah Syukur Alhamdulillah.Sangat berbangga menjadi rakyat MALAYSIA.Kadang-kadang melawat ke negara yang baru nak membangun nie lebih banyak mengajar kita betapa bertuahnya menjadi anak MALAYSIA!!!!!.


p/s:Selamat Tahun Baru 2012!pahit manis suka duka 2011 akan tersemat di lubuk sanubari.Belajar dari pengalaman lagi bagus dari tak belajar apa-apa.daaaaaa.