Saturday, November 20, 2010

-Story of Eidul Adha!-

Salam Eidul Adha Readers!

Gila lambat nak upadate entry raya kali ini

Seperti raya tahun sebelum nya

Masih lagi menyambut perayaan ini di bumi Malaysia bersama keluarga terchinta

Tidak berkesempatan lagi untuk menyambutnya di Makkah bumi yang mulia

Belum rezeki saya lagi nampaknya

Setiap hari berdoa moga dapat pergi ke bumi Allah yang tenang lagi suci itu

Sama-samalah kita berdoa ya

-Amin-

Sering kali manusia berkata-kata tentang pengorbanan pabila datang nya Eidul Adha

Mahu tahu apa pengorbanan saya???

Sudah tentu bukan harta yang berjuta-juta yang saya korbankan

Kalau betul pun, masakan saya mahu mengaku

Haruslah tidak, takut nanti dianggap riak dan takbur pula

Di harapkan pahala, dosa pula yang datang menimpa

Pengorbanan enam bulan yang lepas adalah pengorbanan yang paling menyeksa jiwa dan raga

Hidup tanpa istilah mee segera serta kawan-kawan yang sewaktu dengan nya

Kacau-bilau jadinya, apakan daya terpaksa juga menahan nafsu dunia

Pengorbanan masa juga tidak terkecuali juga

Masa tidur yang tidak tentu hala tatkala malam hampir tiba

Sesudah subuh baru dapat melelapkan mata gara-gara peperiksaan akhir semakin menjelama

Pengorbanan melepaskan si dia juga tidak kurang hebatnya

Inilah pengorbanan yang paling sedih bagi saya

Mungkin tiada jodoh agaknya

Hanya Allah yang Maha berkuasa

Berharap moga jodoh kami dipanjangkan semula

Walaupun tidak seberapa tapi inilah pengorbanan dalam hidup saya

.........................................................................................................



Pagi hari berhari raya

Malam hari bersuka ria



Aktiviti malam hari menceriakan hari saya

Terima kasih kamu semua kerana memenuhi pelawaan saya

Tidak lupa kepada family terchinta

Secret Recipe dan Domina Pizza juga

Saya terharu dengan ini semua

Terima kasih yang tidak terhingga!!!!



-Hari Kejadian!-
-Kakak dan Adik-

 -Jantung Hati-

 -Choclate Indulgence-

 -Suka Ria-

-Si Paris!-

-BFF Forever!-


*(^-^)*



No comments:

Post a Comment