Thursday, November 18, 2010

:Second Part:

Lagi sekali berkarok dengan suka hati tanpa henti secara free

Selain dapat menjimatkan duit, malah dapat menghilangkan segala tekanan yang ada di dalam diri

Oh!

Sungguh menyeronokkan

Nasib menyebelahi saya kali ini

Jika minggu lepas si Mamat MENTOR berjaya membuat bibir saya menggeletar

Kali ini muka saya pula menjadi perhatian

Diriku dan senior- senior berjaya untuk mencapap muka yang cun ini di tv

..........................Hahahahaha...................................

Muka kami berjaya mencacap di tv ketika si hitam manis aka Black membuat persembahan

Sofea Jean! Sudah tentu mudah untuk kami semua menghafal lirik lagu tersebut

Maka nya dengan kekuatan yang ada kami bernyanyi bersama dengan nya

Nah,masa ini lah si abg hensem aka camera man mencuri gelagat kami

Pada mulanya kami menjangka gelagat kami di rakam dan bukan untuk siaran langsung

Ternyata anggapan kami semua silap belaka

Habis sahaja si hitam manis membuat persembahan, handphone kesayangan tidak henti-henti menjerit minta di jawab

Pesanan ringkas pula tertubi-tubi masuk tanpa rasa segan silu

Ayat mereka kebanyakan nya sama sahaja

Ash berkata:;Alang-alang naik aja atas pentas tuuuuuu

Si Nurse pula berkata: Hoi, pergi tak ajak,masuk tv derrrrrr

Zack berkaca mata: Tadi g PAS ea???Tak agak dok depan stage

BFF tersayang: Yunk, serius muka masuk tv,semangat menyanyi yew..;)

Apa nak di kata

Hanya gelak sahajalah

 Black,MUH, Stacy,Adira,Aizat dan Anna Raffali

Taniah!

-Layan!-











-Bergaya bersama topi si mamat Black!-
 
-(*^*)-

Wednesday, November 17, 2010

:Utara Punya Cerita!

Pejam celik pejam celik,sudah setahun di alam degree..

Kini,cuti semesta kembali lagi

Saat yang dinantikan,merehatkan minda yang serabut serta menghabiskan segala piti yang sedia ada

........................................................................

Kali ini utara tanah air menjadi pilihan utama

Oleh kerana mahu menjimatkan piti yang ada

Saya memilih untuk menaiki bus sahaja ke sana

Perjalanan mengambil masa 7jam disebabkan pemandu sangat skema ketika memandu..

Cayalah Pak Cik..

Salute!

 Menumpang di rumah sahabat lama

Makanya bil sewa hotel dan makanan terselamat dari budget saya

Hari pertama saya hanya melawat Bandar Sg Petani sahaja

Hari kedua si sahabat membawa saya ke Kota Kuala Muda

Pantai Merdeka!!!!!!!

Hati melonjak riang akibat sudah lama tidak bermain bersama pasir-pasir di pantai

Melihat matahari terbenam sangat mengujakan!

Hari ketiga mengembara di negeri jiran pula

PENANG!!!!

Owh Feri!!

Owh Penang Bridge!

Owh Padang Kota Lama!

Owh Pasemboq!

Owh Queensbay!

Kami ke sana hanya menaiki kereta sahaja

Kami memilih untuk memulakan pengembaraan dengan menggunakan jalan darat dahulu

Ini bermakna kami perlu menggunakan Penang Bridge untuk ke sana

Queensbay menjadi tempat pertama kami

Saat menghabiskan piti!!!

Shopping !!!!!!

Gurllllllllzzzzz u olllssssss, haruslah suka bab-bab menghabiskan duit nie kan

Tak gitu?????

Sempat juga saya grab satu dua barang di sana

(Caya kew 1 2 barang saja???yew kan ajew larrr yew!!!)

Penat sudah melayan nafsu serakah bershopping

Kini melayan nafsu perut,mulut dan tekak pula

Pasemboq Padang Kota Lama

Sila try ,terbaik dari ladang

Sure tak menyesal punyalah

Kuah dia,perggghhhhhhhhhh!!!!!

Mantoppppppppppp!!!!

Perut sudah kenyang hati melonjak riang kini mahu pulang

Penutup pengembaraan, kami memilih untuk menaiki feri pula

Seperti biasa kenderaan seperti motor dan kereta perlu beratur sebelum di arah masuk ke dalam feri

Sampai sahaja di atas feri kendaraan wajib mematikan enjin kenderaan masing-masing

Nah!
-Lihatlah Dunia-





Kembali pulang setelah penat menyelongkar utara tanah air

Alhamdulillah, saya selamat sampai di Shah Alam kira-kira 7:30 malam

Sampai sahaja di rumah, terus bersiap-siap pula ke Sri Pentas!

Oh Muzik-Muzik!!!


 
-Sekian-







p/s: The best travel-To Miss MJ and Family:-Thanx for everythings! Luv!

Selatan tanah air,tunggu kedatangan saya yew...;)























Wednesday, November 10, 2010

::Gara-gara International Economics!::

Setelah berhempas pulas menjadi pakar ekonomi di siang hari, mengarang ayat yang merapu sambil teringat muka prof yang separuh usia itu membuatkan saya bertambah stress!
Sorry Prof, soalan anda tersangat senang untuk di jawab sampai otak saya ligat berpusing 360 darjah! 
Sebagai student yang bukan pakar dalam bidang ekonomi makanya saya hanya menjawab ikut teori logik sajalah..
Kesimpulannya, saya hanya berserah sahaja..
Punah harapan saya...
 
......................................................................................................................................

Kebetulan,hendak di jadikan cerita malam nya saya dapat berita gembira
Yeah, tiket free!!
Muzik-muzik sahaja okeyh!
Tak kisah la, rembat sahaja..
Sesuai sangat dengan keadaan saya yang stress di pagi hari..
At least boleh melalak sekali di situ..
Save budget mau berkarok...
Tak gitu???

Artis malam tu tak payah nak cakap la kan..
Nah,
Nak tunjuk sket muka Mohd, Shahir dan faizal tahir!
Lain-lain artis sila tengok di fb yew...
 


 
Siyes tangkap leleh sama mamat yang berkot hitam tu..
Boleh dia dengan slumber menyanyi depan saya..
Ini semua angakara jejaka dari TEKA mahu menolong saya..
Niat saya hanya mahu snap picture mamat berkot hitam itu sahaja..
Kirenya mahu shot dekat-dekat la..
Camera sony kecik sahaja yang ada,.
So nak focus dari jarak jauh tak dapat la kan..
Mamat berkot hitam tu pown melakukan aksi seperti di atas depan saya..
Hambik kaw,nak sangat snap picture kan...
Alih-alih perasaan mau snap picture dia tiba-tiba tidak menjadi akibat terlalu focus memandang tepat kat muka si mamat tu ha....
Bibir mengeletar,sudah nya hanya picture di atas sahaja yang mampu ..
Jatuh cinta sama lagu dia boleh???
(ayat cover disitu!)
hahahahaha...
Sampai di rumah kene perli.
Ok FINE!!
Tau korang semua jeles kan???
Si mamat tu tak nyanyi depan-depan mata korang...
KAN????
:)
 
 
 
 
Mahu menyelit di sini!
p/s:Thanx mohd!nice song!
Credit to my trio senior!
Luv all of u lah!
:)








 


 


Monday, November 8, 2010

:Kisah Dato N dan Datin FE!!:


Dato N dan Datin FE??
Siapakah??

Ini dia gerangan orannya!
Dato N-Nescafe! 
Datin FE-Final Exam!

Dengan bangganya saya mengisytiharkan kamu berdua menjadi kapel saya pada bulan ini...
...hahahahaha......
Seperti biasa untuk kekal berjaga seperti burung hantu yang cergas dan terang kedua belah mata makanya Nescafe menjadi mangsa.
Bukan saya sahaja yang menghidap syndrome ini, tapi roommate dan housemate juga bersikap sedemikian..


Dato Nescafe! 
Kamu sangat hebat!
Tapi sehebat mana kamu boleh bertahan untuk membantu saya??


Wahai Dato Nescafe, 
Kali pertama saya mengunakan khidmat anda ternyata ianya sangatlah berkesan. Anda berjaya membuatkan diri saya tidak tidur selama 2 hari.. 
Tetapi hari ini anda sudah tidak boleh di percayai lagi. 
Tidak sampai 4 jam menggunakan khidmat anda, saya berjaya tidur dengan jayanya..

Mungkin kah anda sudah sebati dengan diri saya???

Tidak dinafikan saya mula mengunakan anda sejak dari diploma lagi. Dari seorang yang anti Nescafe menjadi seorang penagih tegar akibat penangan anda.
Asal tiba musim final exam sudah pasti anda menjadi stok terbesar dalam peti makanan saya..

Nah!
Betapa penting nya anda dalam hidup saya..

Wahai Dato Nescafe
Tolonglah bertahan untuk sehari lagi
Demi Datin FE!
-Sekian-



Saturday, October 30, 2010

:Double 2:

30/10/198*
Beliau dilahirkan
Lebih mengembirakan beliau menjadi satu-satu nya puteri dalam keluarga
Gelaran anak manja sudah menjadi lumrah dalam hidupnya
Meskipun ianya benar tetapi beliau tetap menafikannya

Apa sahaja yang beliau minta pasti akan ditunaikan
Tidak kira lambat atau cepat
Menjadi kebiasaan
Raja-raja dalam keluarga sudah pasti akan mengamuk sakan dengannya

Sampai ke hari ini
Keadaan ini tetap sama
Ianya tidak berubah
Dan tak mungkin berubah

Sikap beliau yang laser berkata-kata
Kadangkala mencabar kesabaran si raja
Tapi apakan daya si raja hanya mampu berdiam sahaja
Tidak pernah naik tangan mahupun membalas dengan kata-kata 

Hari ini
Si puteri telah meningkat dewasa
Tetapi sikap puteri tetap sama
Tidak mudah mengalah itulah dia
Sudah sebati dalam hidupnya

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Allah
Kerna mengurniakan semua ini
Kepada si puteri

'Happy 22nd Bufday!'
Hope all ur dreamz come true!
:))))))


Best Wishes 2010 
BFF forever!
-Yunk!hepy bufday,moga panjang umur& murah rezeki fwen forever,muuahhhhxx!-
Trio:Yana,Pooja and Sis aifa
- Bdk kecik!hepy bufday!-
Hanan Razak
-Hepy bufday komander!- 
Bunga-bunga kekwa
-Hepy bufday gurlz!-
Prof S!
-Bertumbuk dengan banking td yew...Hepy bufday!-

-Thanx everyone!-


-Credit to sis lily and nadya-
-Puas sangat berjalan tadi-
-Sis lily!Thanx a lot!-


p/s:bufday paling bosan!miz da diploma tyme...
sangat terasa hati..
Hate u lah Mr F!
:(






Wednesday, October 20, 2010

:EMPAT Macam-Macam!::

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging



2. memakai haruman



3. kerap mandi



4. berpakaian dari kapas





Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)



2. selalu cemas



3. banyak minum air ketika makan



4. banyak makan bahan yang masam





Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat



2. bercelak sebelum tidur



3. memandang yang hijau



4. berpakaian bersih





Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis



2. melihat orang dibunuh



3. melihat kemaluan



4. membelakangi kiblat





Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong



2. rajin bersugi (gosok gigi)



3. bercakap dengan orang soleh



4. bergaul dengan para ulama





Empat cara tidur
1. TIDUR PARA NABI-Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.



2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH-M'iring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.



3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA-M'iring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.



4. TIDUR SYAITAN-Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka


-Petua Dari Imam Shafie-
-Renung-renungkan dan selamat beramal!-
-:))-

Sunday, October 17, 2010

F.I.N.A.L!

Alhamdulillah
Setelah di tambah tolak di darab dan di bahagi
Akhirnya
Masa yang di tunggu telah pun tiba

STUDY WEEK!

Sangat teruja di buatnya


TAPI!
Ada satu perjuangan yang belum selesai


OH FINAL EXAM!

Kali kedua di alam yang berbeza
Jika 3 tahun dahulu di alam diploma
Sekarang di alam degree pula

Pengalaman pertama berjuang di alam degree sangat berbeza
Persaan takut menghantui diri
Berharap kali ini saya tidak takut lagi
Mahu tempat tiket naik pentas kali ini

Mahu lakukan yang terbaik
Moga angan-angan menjadi kenyataan!

-AMIN!-

:)