Monday, August 22, 2011

Timur Tengah Punye Style


Salam Reader’s

Sesi mencari makanan diteruskan lagi.Kali ini restoren ala-ala arab pula yang menarik perhatian kami.Tetibe anak  tekak gatal merenyam  mahu mencuba makanan dari Negara  timur tengah.Risik punye risik,google punye google terjumpa la nama restoren nie.

-Restoran Zam-Zam-


-Secocok!En Sudu dan Puan Garfu-

Tertarik dengan lokasi dan suasana dekorasi restoran nir.Terasa diri berada kat timur tengah pulak.Tak caya?Terai lew. Lagi satu hal,tak sangka pula Restoran Zam-Zam  nie ada kat sini.Baru tau ada okay.Ye la sebelum ni dok try kat Singapura punye version saja.Tak pasti samaada tua punye restoran nie sama atau tidak dengan Singapura tu.Nama dan konsep makanan hampir sama.

Bercerita pasal makanan.Nauzubillah! Berbaloi-baloi bak kata akak cun kedai Celcom!.Harga die boley la tahan dengan portion hidangan.Nasib baik order  nasi satu jew.Kalau tidak jenuh Mak nak habiskan Nyah.
 -Ayam Mandi aka Chicken Mandy-

-Limpahan keju mencurah-curah ke dalam mulut.Oh!cheese roll!-

-Chomel kan?Jangan Lupe order okay.Turkish Coffee-



Ha,menarik tak menarik tak?Apa tunggu lagi,sekali sekala ubah citarasa masakan dari timur tengah tak salah kan.Kami sudah,Anda bila lagi?


-Peneman Setia!Tengkiuuuuuu-


Nah,tengok.harga tiga orang makan.Ehem!Sekali sekala melayan nafsu tekak!Tak tau kat mana kedai nie?Tengok kat bawah entry nie.Selamat Mencuba!;)


 -Bahan Bukti-



Restoran Zam Zam,
Oasis 9,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F,
40 000, Shah Alam, Selangor.
Masa beroperasi: setiap hari 10am-2am









Wednesday, August 17, 2011

Breaking Fast-Angry Birds!

Salam Ramadhan Reader's

Seperti biasa,bulan ramadhan  nie la time nak gathering sana sini.Contact punye contact akhirnya semua bersetuju nak together-gather berbuka buat kali kedua.Walaupun kedai tepi jalan dan bukan restoren mahal yang menjadi pilihan, kami tetap berselera makan dengan jayanya.Manakan tidak,harganya murah di tambah pula makannya sedap-sedap belaka.Habis licin kesemuanya.Yeah!kami memang kuat makan.Antara menu yang di pilih,Nasi Putih,Siakap Tiga Rasa,Siakap Sweet n Sour,Udang dan Sotong Goreng Tepung,Tom Yam Campur,Kailan Ikan Masin,Kangkung Goreng,Daging Paprik,Sup Ekor,Air Tembikai Laici dan Orange Juice!Jumlah kesemuanya hanya RM156.00!Mampu?Lapan orang punya makan.Kira ok la kan.



 :Siakap Tiga Rasa plus Sweet n Sour:
:Kailan  Ikan Masin:
:Daging Paprik:

:Gelak Tawa memeriahkan Suasana:

:Sahabat Selamanya,Sayang Korang Semua!:

:Aksi Terakhir Sebelum Pulang:

Kawan-Kawan yang disayangi.Terima Kasih luangkan masa korang sume berbuka bersama.Opps!Sudah sepakat akhirnya semua bersetuju menamakan group kami- "Angry Birds!-"Meh nak hug n kissess korang sikit!Muuuahh!Love always!


Last But Not Least!


:Sebagai Kenangan!:




Learn,Live,Hope





















Saturday, August 6, 2011

Genap Sebulan

Salam Reader's.

Alhamdulillah Syukur!Pejam celik pejam celik sudah sebulan bergelar orang bekerjaya.Bekerjaya maksudya disini berpraktikal ya.Yeah!baru sebulan da bangga kan.Harussslaaa.Sebelum nie puas la dok pikir,mana lagi penat.Belajar ke Bekerja?Sampai satu tahap siap tanya setiap abang-abang serta akak-akak hampir setiap hari.Al-Maklumla orang tak penah bekerja.Part time?Memang tak la.Cuti sem hanya top-up tido,makan serta tengok tv.Itu jew la kejenye pown.Istilah Part Time memang tak masuk dalam list la.Penyakit malas agak menebal dalam diri.Seminggu sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan sangat heksited rasanya.Ya,agak jakun disitu.

Berbalik kepada cerita asal,Mana lagi penat?Belajar atau Bekerja.Ternyata Kerja lagi penat!Kerja tak pernah habis.Rasanya itu istilah yang paling sesuai.Manakan tidak,gigih datang awal dengan harapan kertas-kertas serta fail-fail yang serupa  gunung tu dapat disiapkan pada hari itu juga.Siap mindset pikir yang positif saya boley siapkan punye.Alih-alih,harapan tinggal harapan la der.Kau bukan robot dapat siapkan dalam masa satu hari.Kan?Mana tak penat,pagi-pagi da kena bangun.Pukul 8 sudah masuk keje.Lambat kang dapat kaler merah pulak kat kad tu.Setakat nie,tak der lagi kaler merah nak melekat kat kad saya tu.Kira boley dapat award la sebab Cemerlang,Gemilang lagi Terbilang datang awal kan.Baru sebulan,ko tengok lagi duatigaempat bulan camna.Cemerlang,Gemilang lagi Terbilang ke tidak.Nak kata best memang la best.Akak-akak,abang-abang serta bos besar sangat la mulia.Terima kasih la sebab kerana anda semua telah berjaya membesarkan saya.Oh Terharunya!Siapa kata kerja kerajaan tak banyak keje.Kau ingat boley duduk relaks macam kau ada share kat syarikat tu kew?Tidak mungkin sama sekali.Walaupun saya hanya budak praktikal tetapi saya bekerja sama saja seperti mereka.Bukan mahu membuli tetapi itulah realitinya.Kau tak boley nak suka-suka demand tak tentu hala.Tak mau buat itu dan ini.Penat tak payah nak cerita.Hari pertama jew kau boley cuci mata pandang sini sana.Hari berikut dan seterusnya memang tak ada masa nak melayan kerenah nafsu kau tu semua.Pew yang penting,kerja kerja dan kerja.Cukup pukul 5  tutup semua kerja pulang dengan jayanya.Esok pagi buat aktiviti yang sama.Istilah nak skip keje, nanti buat memang merana la jiwa.Penat otak melayan kerenah manusia.Oh.itu agak janggal bagi saya tapi sekarang sudah boley menerima nya.Apakan daya,hanya mampu bersabar sahaja.


Tapi bila Belajar lain pula kisahnya.Misal kata,due date assignment lagi sehari.Time tu boley lagi dok gatal kaki jejak JJ Bukit Raja,Sunway Pyramid,Lepak-lepak Mamak sampai ke pagi.Assignment tolak tepi,tak pikir sikit pown due date lagi sehari.Apa da hal,assignment jew pown.Sehari punye keje pon boley siap.Ye dak?Tapi hasilnya tak la gempak mana.Keje last minute la katakan.Tapi memang selalu buat macamtu pown.Kadang-kadang keje last minute nie berhasil jugak.Tapi tak disarankan la.Risiko tinggi.Buatnya printer tak nak bagi kerjasama kat kau.Tak kew parah,nak pulak kau nie pemalas nak jejak CC.Memang bahaya. Time belajar boley demand lebey-lebey.Paling best boley siap nego ngan lect.Macam beli barang kat pasar lambak tu la.Kita tengok siapa yang kalah.Assignment diberi,dengan senang hati bertanya bila due date nya.lect pown berkata lagi seminggu submit.Seminggu?Mana sempat Puan,kami banyak test,quiz lagi camna nak buat assignmnet nie.Tak der masa la Puan.Apa kata hanta before final?Before final terus.Kalau hantar sebulan selepas tu kira ok la kan.Ah,time tu tak terpikir camtu pown.Janji lepas diri sendiri.Perasaan lect tolak tepi.Sekarang sudah bekerja,tak dapat nak demand lebey-lebey.Bos bagi keje sampai tak cukup meja, senyum tak perlu kata apa-apa.Harapan nak bernego memang tipis.

Ha,nie yang paling best.Majoriti semua orang pernah buat termaksukla saya.Tipu kalau korang tak penah buat.Aktiviti melepak dimalam hari sampai terskip kelas.Normal la.Agak-agak malas nak dengar lect membebel, dengan suka hati tak mau datang kelas.Da tu pulak  siap text member yang lain suruh signkan kehadiran korang tu.Da la kau tak datang suka-suka tanpa sebab dan tanpa rasa segan silu kau suruh member signkan kehadiran.Style sungguh.Penah buat kan?Tak payah la nak jadi budak baik sangat.Rugi rasanya kalau tak tolong backup member kan.Padahal dengan kerja kau yang berisiko nie boley memakan diri kau sendiri.Tapi masa kerja?Tak boley nak terskip-skip!Mau kene skip balik dengan boss kang.Istilah nak tolong member tak wujud sama sekali.Melainkan korang sama tempat kerja.Rasanya boley diteruskan aktiviti camtu.Tak salah tolong menolong backup membackup kan.Janji kene pada tempatnya.

*Sekian*

p/s: Tak mau keje nak belajar sampai bila-bila.Kalau la boley,alangkah bagusnya!
     :Sumpah rindu nak pegi kelas lepak-lepak kat kedai abang mat makan nasi lemak sambil bergossip! 

Wednesday, July 20, 2011

Salam Reader's!

Mari cuci mata ke Singapura!Nah,cukup syarat tiga kali ke sini.Kalau boleh tak mau lagi pergi  tempat yang sama.Tiga kali kot.Gile Bosan,tapi demi murtabak Singapura mungkin akan jejak ke sini lagi.haha. Percutian singkat selama dua hari.Oh,pada mulanya saya nama saya tidak tersenarai tuk join trip kali ini tapi disebabkan ada seorang kakak nie tarik diri makanya saya diajak untuk sertai sekali.Apatah lagi saya ditaja oleh mereka.Kira siap sedia duet belanja saja lain-lain tak perlu buat apa-apa.*Syiokkk bukan.

Seperti biasa,kalau da ke Singapura ni tak layan murtabak dia memang tak sah la.Sampai saja ke Arab Street terus saja cari Kedai Pak Arab yang sedappp tu.Istilah penuh tu tak payah nak cakap la kan.Siap ada pelanggan yang blah sebab tak tahan menunggu lama.Tapi kami tetap pendirian,demi murtabak rela berdiri lama.haha.
-Nie diaaa Murtabak!-
-Murtabak Ayam Minyak Ron 95!-
*Ramai orang punye pasal,cincai murtabak yang kami dapat*


Sebelum menjamu nafsu makan,sempat juga beli sehelai dua baju sebagai ole-ole.Tak tahu nak bagi apa tuk orang yang sedang menunggu ole-ole dari Singapura nie.Yang pastinya barangan tersebut tak da kat Malaysia.Apa lagi kalau bukan T-Shirt I LOVE SG!tetibe LOVE SG plak an.Konon dok feeling-feeling jadi orang Singapura la tu.Padahal.MALAYSIA kot.Ah,itu jew yg orang akan selalu beli dan bagi sebagai ole-ole.So.Layankan jew la.


 -Masjid Tertua di Singapura-
-Masjid Sultan-

-Ole-ole buat orang Malaysia-



-Gambar nampak lebih gempak dengan aksi sebegini-
-Tak gitu?-:)


-Kraftangan Singapura-


-No PHOTO!-
-Sapa suruh letak beruk comel kat luar kedai kau.-
-Tak bagi tangkap gambar letak kat dalam kedai la weyh!-



-Lelong!Lelong!-
-Murah!Murah!-


*SEBELUM*
-Muka bengang menahan perut lapar-
-Senyum sikit la bro!-


*SELEPAS*
-Senyum terus bila murtabak da de depan mata!-
-Siap snap gambar lagi kan-


Perut sudah kenyang,duit pula sudah dilaburkan,ole-ole pown sudah dapat.Apa tunggu lagi,mari kita serbu tempat lain.Banyak lagi tempat yang menarik.OH SENTOSA!Seperi bese,acara THE SONG OF THE SEA.Mari tengok lagi dan lagi.Ulang tayang bender yang sama sebanyak tiga kali.Naik hafal da cerita dan dialong cerita tersebut.Opps!jangan lupa singgah sebentar ke I-FLY ye.Berani jamin terhibur punye.Manakan tidak,pelbagai ragam pabila menonton aksi-aksi mereka terbang di udara.Seronok!Ehem,Anda juga mahu cuba?Tak mahal dan tak murah.Hanya $59 jew!Mampu?Kalau mampu cuba lew.

-Replika of SENTOSA-

-Di celah gigi Casino!-


-Tarikan terbaru!-
-I-FLY!-


-Mau cuba serta info selanjutnya-
-Gigihkan jari jemari anda jenguk website kat atas nie ya-



-Sentosa Punye Hard Rock!-

Hari Kedua hanya menghabiskan masa di Universal Studio saja.Kali ini baru terasa puas disebabkan USS da buka sepenuhnya.Dari Holloywood ke Madagascar,Far-Far Away,Jurassic Park,Ancient Egypt,Sci Fi City dan yang terakhir New York City.Madagascar tak kurang hebatnya.Walaupun part budak-budak punya kartun tapi yang beraturnya lebih ramai bapak-bapak dan mak budak.Seyes terhibur punye la.


-Muka heksited masuk USS!-

-SEE!-
-Bukan takat bapak-bapak & mak budak,apek pun teringin jugak-


-Sampan-
-Sampan ke Bot!?-
-Ah,biarla.Suka hati la nak panggil bender alah nie apa-
-Tarikan utama Madagascar!-

-Tengok!-
-Full Seat okay.Siap ada yang sanggup berdiri-
-Salah satu tarikan utama Lost World!-

-Hero dan Heroin bersama Pelakon Extra!-
-Tolongla percaya!-
-;)-
--Wajib amik gambar dengan abang seksi!-
-Seksi siap berpeluh-peluh badan dia dok tahan panas!-
-Style-



Menjadi tourist guide kepada abang dan kakak ipar memang sudah dijangka.Boleh dikatakan gambar mereka lagi banyak dari tuan punye camera.Tak kisahla.Nasib saya da pernah pegi sebelum ini.Kalau tidak jangan harap la.Bo layan!Oh!roller coaster merah biru!Nak bangga sket,target pada mulanya memang naik naik bende alah nie.Siap belagak cakap kat mereka yang saya tak takut.Sekali,da sampai depan pintu masuk roller coaster kepala punye la gatal dok dongak ke atas.Nah!amik kau,tak pasal-pasal kene psiko dengan orang yang dok jerit-jerit dari atas.Muka da cuak,tangan da berpeluh.Apa tunggu lagi,terus cakap dengan mereka nak jaga beg sajala.Tak mau naik.TAKUT!Ha,gelak free saya dapat dari mereka.Belagak sangat kan.So,kempunan la nak naik bende alah tu.Tak pew,next two years saya janji saya akan naik jugak!Maybe time nie tahap keyakinan agak tinggi.hihi.
-Last Pose-
-Hard Rock-

Apa-apa pun,terima kasih la angah!Peluang kedua dapat masuk USS!Dapat pulak beli bende yang tak dapat beli waktu pertama kali datang ke sini.Terima kasih juga sebab bagi hadiah itu ya.

*OH!saya TERHARU*.

 

















Monday, July 11, 2011

Malam Gala Yang Awesome!

Salam Reader's!

Sebelum memulakan cerita.Meh tengok Iklan kat bawah nie..


:Iklan yang menarik perhatian saya!:

Oh! Dato Siti akan datang ke UiTM dengan tiga orang artis yang boley tahan hotnya.Itu ungkapan kali pertama apabila melihat iklan tersebut.Secara pantas teringat seorang member sedang berpraktikal di Simply Siti!Apa di tunggu lagi,terus saja hello si dia untuk kepastian.Mana tau tetibe khabar angin pulak kan. Dato CT datang UiTM buat konsert?Sebelum nie mana la ada.Harga tiket tak payah nak cakap la kan..Murah sangat kot!Kalau tengok kat luar mau capai ratus-ratus..Tapi harga tiket yang di tawarkan hanyalah RM38!haaa..murah tak?Tapi kalau nak dapatkan free tiket pown boley.Beli produk Simply Siti ha dapat la tiket free..Nak totally free?Memang Tak Dapat la!Mau bangkrup bisness die..kan?

Okay,saat yang di tunggu-tunggu.Konsert!!!Nasib saya baik kali ini.Dapat duduk di bahagian bawah aka first level.Thanx fwen!sebab tiket tuuuu..huhu..Terharu..Totally konsert malam tu sangat awesome lah!Walaupun pada mulanya keadaan agak kelam kabut gara-gara mencari tempat yang tak jumpa-jumpa.Persembahan pembukaan oleh pemenang Battle of The Band!VOLARIS!Owh!Superbb sedap.Memang layak la korang menang.

Dato CT mana?Mana?Ha,nie lagi terbaik!Skuad motor berkuasa tinggi jenama KAWASAKI mungkin,dengan jayanya membuat gimik!yeah!Dato CT naik motor besar bersama  suami tersayang DATO K!sampai masuk dalam dewan kot.agak-agak ko MAMPU tak nak wat gimik cam gituuu?:)Sampai saja dalam dewan terus mula dengan persembahan pertama!Owh.Sedappp suara die.Memang sejibik,eh silapppp..sebijik macam dalam album.

Persembahan seterusnya di ambil alih oleh Anna Raffali,Aizat dan Amy Search!Masing-masing hanya nyanyi dua buah lagu sahaja.Aizat terlebih satu kot.Tapi tak la lebih mana kan.Duet dengan Dato CT jew pown.Dato CT?harusslah lebih dari artis-artis yang lain..Da kata konsert die kan."Falling In Love".New song!Besttt sangat.Siap goyang-goyang badan lagi kot!*kantoi*.Secara keseluruhannya,Awesome habis lah!Sesuai dengan tagline Diva Malaysia tu.Rasanya-rasanya boley buat lagi kat UiTM nie.Ingat tau..UiTM Di Hatiku..Kalau DATC tu tak muat Padang Kawad pown boley.Tak der hal lah!;)



-Photo Photo!Snap Snap!-


-KCT 1-

-Gold Tickets- 

 -Winner of Battle of The Band-

-Tolong Ingatkan Aku Anna Raffali-

 -Sungai Lui-Aizat-

 -Isabella vs Kerja Gila-Amy Search-

-Superb Performance- 

 -Diva Malaysia-

-Duet-Dato CT & Aizat-*Our Song!*-

-Hujan belon Black & Gold!-

-Three of Us!-




p/s:keadaan kelam kabut di awal acara telah menutup segala kecacatan tersebut tatkala persembahan bermula.hanya satu yang tak berapa nak best!Pengacara:Kasi praktis bagi hebat dulu okey.Jangan malukan fakulti anda sendiri..Tak Kreatif Langsung.(Luahan dari hati)



Wednesday, July 6, 2011

:Sabah Borneo;Antara yang Menarik!:

Salam Reader's

Pengalaman menjejakkan kaki ke Sabah membuatkan jiwa tenang tatkala melihat pantai yang luas terbentang,permukaan air yang hijau kebiruan serta pohon-pohon yang menghijau.Oh,nikmat dunia yang di kurniakan olehnya.Okay,selama berada di Sabah sempat juga saya dan sedara mara meluangkan masa melawat pulau yang menjadi sebutan serta kunjungan para pelancong serata dunia.Mana lagi kalau bukan Pulau Sapi,Pulau Manukan serta Pulau Gaya.

Tak terkata bila melihat keindahan ketiga-tiga pulau tersebut.Terpesona dibuatnya.Hilang stress seketika.Tanpa membuang masa..Nah!lihatkan keindahan pulau-pulau ini.Segala-galanya ada di Malaysia.




-Pulau Manukan-
*terbaik!



-Pulau Sapi-
*Syiokkkkkk!


-Seafood-
*Besar-besar belaka!

 
-Pasar Filipina-



Jelajah Sabah tamat di sini yew..Hanya ini saja yang dapat dikongsi ..!Now Anyone Can Fly kan..so pew tunggu lagi?Book Tiket!!!Sabah okey..Bukan Langkawi!*Asyukkkkk!*
Singapura dilanggar todak tuk entry seterusnya..;)