Tuesday, September 28, 2010

!BARAAN!

Baraan taun ini lebih meriah dr taun sebelumnya..
Bermula bersama geng bus sekolah dan di ikuti pula bersama five starz tersayang..
Baraan bersama geng bus sekolah sangat berbeza bersama five starz tersayang!
Saya menjadi kecil ketika bersama geng bus sekolah..
Manakan tidak,otak saya di set supaya tidak becerita tentang hal-hal berkaitan pelajaran..
Harus di paksa begitu kerna hanya saya dan sorang lagi rakan yang gigih menjadi budak sekolah!
Topik perbualan tidak lain tidak bukan..
"Kau keje mana skarang??"
"errrrkkkk!blaja lagi!"..
"blaja???tak habis2 kau kan.."
(Hanya mampu tersenyum!)
-Serious malu weyh!-
Sadis sungguh!
Tetapi bersama five starz tersayang saya tidak begitu...
Kebanyakan kami menjadi budak sekolah! 
Topik berkaitan pelajaran sangatlah sesuai!
YEAH!i loooooiiikeeeeeeeeee!!!!!
-Gembira seketika!-

Macam-macam ragam di buatnya...
Mahu berkongsi cerita..
Baraan bersama geng bus sekolah..
Peragai tidak pernah di buat oleh diri saya..
Tanpa segan silu meminta tuan rumah membungkuskan makanan..
Pada mulanya saya hanya bergurau semata-mata.. 
Tetapi telah di ambil serius oleh tuan rumah..
Bukan nak kata apalah kan..
Saya pantang tengok kuah kacang dicampur bersama ayam!
Tak tahan tekak rasanya...
Nasib da biasa dengan tuan rumah..
Kira perkataan malu tu tolak tepi sikit lew...
 Neway,credit to ayang's mom! 
Mom kamu berjaya buat saya bertindak sedemikian rupa!
...(^-^)...

p/s:bukan kuah kacang sahaja yang di bungkus!ciap ade xtra baulu darikedah lagi!besh!!!













 

Friday, September 17, 2010

♥Kaizhaijie 2010♥


::Salam Lebaran kepada keluarga,sedara-mara,sahabat handai,cikgu-cikgu SKKP,SMK(P) RZ dan tak lupa juga kepada lecturer-lecturer UITM sekalian..Maaf jika ada terkasar bahasa,terlebih mana-mana yew!!::(copy paste ayt FB saja!senang bukan!)


Alhamdulillah,di panjangkan umur merasai nikmat raya tahun ini..
Perasaan hari pertama raya berlainan dari tahun sebelum nya..
Sangat bosan okeh..
Tetapi tidaklah berlarutan sampai ke akhirnya..
Hari keempat barulah teratak 31 meriah menyambut raya..
Manakan tidak, gelagat si kecil memeriahkan suasana...
Lebih meriah aktiviti rumah terbuka pada keesokkan hari nya..
Rumah terbuka kecil-kecilan saja yew..
Tidaklah sampai menjemput Dato-Dato,Datin-Datin segala...
Hanya rakan-rakan terdekat dan sedara-mara sahaja..

-Antara mereka yang hadir-

:Rakan-Rakan::


::Laki-laki::


::Sepupu-Sepapat::

:Si Kecil::


::BBQ!!!(WAJIB!!)::

Menu tahun ini berbeza dari tahun-tahun lepas.
Satay tidak lagi menjadi rangking teratas..
Kali ini menu seperti spagethi,ayam,daging,udang dan ikan bakar menjadi pilihan..
Tidak lupa juga kepada roti jala berkuah durian dan kari..
Kek Coklat kukus pula mahu turut sama menduduki carta kali ini..
Oh...
Lontong berkuah lodeh serta rendang kupang juga mahu turut sama..
Lengkap sudah menu rumah terbuka..
Kepada yang hadir..
Ucapan terima kasihhhh tidakkk terhinngggaaaa...
Kepada yang tidak hadirrrrr...
Tahun depan jangan lupaaa yewww...
Yang pasti menu nya berbeza....
Tunggguuuuuuu!!!

Sekian sahaja entry kali ini...
Baraan sudah bermula...
Nantikan entry seterusnya...
-(*~*)-

Wednesday, September 8, 2010

:: Break Fast with 'GBS!'::


Pertama kali menyambut ramadhan di perantauan
Terlalu banyak kenangan manis dapat dirasakan
Dari seorang pompuan yang pemalas untuk memasak
Hingga menjadi rajin untuk memasak
Dari seorang yang pemalas mengemas rumah
Hingga menjadi rajin untuk mengemas rumah
Bukan hendak membanggakan diri
Tetapi itulah diri saya

Di perantauanlah menjadikan diri saya lebih berdikari
Sudah menjadi lumrah sebagai seorang pelajar
Tidak selalu kami akan memasak di rumah
Berbuka beramai-ramai sudah menjadi aktiviti harian bagi kami

Sebelum ramadhan kali ini melabuhkan tirainya
Sekali lagi aktiviti berbuka di luar menjadi pilihan
Kalau entry sebelumnya bersama kawan-kawan degree tersayang
Kini bersama "Geng Bas Sekolah" pula

Sangat seronok di buatnya
Manakan tidak sudah lama kami tidak berjumpa
Pelbagai cerita dikongsi bersama
Terasa indah semuanya
Sayang korang sume!

Sila lihat di bawah:-


:Kami,"GENG BAS SEKOLAH"!::


*END*







Saturday, September 4, 2010

Ramadhan 2010

Lokasi: Padang Dataran Bluewave
Time:Petang-Malam
Leader: Prof S!

 Satu hari
Prof S memberi cadangan
Mahu satu kelas berbuka puasa bersama
Tidak memaksa katanya
Cadangan diterima
Kebanyakkan mereka  bersetuju

Lalu lokasi di atas menjadi pilihan
Selain suasana santai
Pohon-pohon menghijau
Sejuk mata memandang
Tanbahan pula hanya lokasi di atas menjadi tumpuan warga kota

Tidak dinafikan
Ini bukan kali pertama saya ke sini
Sangat seronok berbuka di sini dari hotel lima bintang
Selain dapat menghirup udara segar
Bergelak ketawa tanpa segan silu
Bersembang sepenuh hati
Owh,sangat teruja

Berbalik kepada cerita asal
Geng kami tiba dahulu di lokasi
Tepat jam 7 petang
Semua sudah berada di lokasi
Credit to Prof S!
Dengan idea kamu kita dapat berkumpul bersama
Tak lupa juga
Credit to Mr A!
Anda sangat best
Sponser sebotol air naga, pinggan, cawan, papper n air batu
Opps
Mrs P!
Kuih raya itu sangat meletop
Saya suka!!!!

-To all of you!-
-Thanx a lot coz join this gathering!-
-Love all of youuu!-
-Fwen 4 eve kayh!-

-Photo-


-Sweet Gathering IB 4A-


-Candid Time-


-KAMI-


-Mereka-

-LOVE-

*END*

Saturday, August 28, 2010

-SEBULAN-

SEBULAN
Di semester baru
Tujuh subjek keseluruhannya
Terlalu banyak benda sudah dipelajari
Tapi saya berada di mana??

Let's Cikedaout!

Dari tujuh hanya enam sahaja saya berada di situ
Cross Culture Managemant
International Banking & Investment
Basic English Language
Personal Development
Fiqh Muamalat
International Economies

Satu lagi??
Ini jawapannya

-HUBUNGAN ETNIK-

Sungguh saya tidak minat
Motif utama ke kuliah hanyalah untuk mendengar cerita sampingan serta bergelak ketawa sahaja
Sangat sempoi bukan

Hendak di jadikan cerita
Minggu depan sudah test
Mau keras otak dibuatnya
Haram jadah saya boley buat
Dalam kuliah aktiviti seprti tido dan melayan MP3 sudah menjadi kewajiban

HOMAIIIGOOOODDD!!!!
Apa nak jadi pon tak tau lar...

Hanya satu cara sahaja yang saya ada
Kawan-kawan tersayang!!!!
Sila ringankan tulang-tulang anda untuk membantu saya!!
Kamu semua saja yang saya harapkan
Moga Allah saja dapat membalas jasa baik anda semua
Berharap moga misi ini berjaya

P/S: sila berkerjasama bersama saya!!










Tuesday, August 24, 2010

:Putera Ayu:

Berbuka selera besar
Putera Ayu menjadi sasaran
Lokasi hanya di Lembah Klang


Di mulakan cerita
Jam sudah ke angka 4
Masing-masing malas mahu memasak
Penat belajar katenya
Alasan tak ley pakai kot
Macam la berkebun kat kelas tu
Dah malas cakap jew la malas
KAN??


Lalu...

Senior memberi cadangan
Mari bazirkan duit hari ini
Tanpa segan silu
Semua menanggukan kepala tanda setuju

Menu pulak menjadi masalah
Senior sekali lagi menggunakan kuasa yang ada
Nasi putih
Siakap masam manis
Cendawan goreng
Katanya
Sebagai pelengkap
Junior hanya bersuara
Tom Yam campur
Telur Bungkus
DEAL!!


Sekali sekala berselera besar tak salah kan
Lagi-lagi waktu berbuka
Meraikan hari kemenangan kita berpuasa
Menahan lapar dan dahaga
Opssss..
Air juga tak kurang hebatnya
Bandung cincau
Tembikai Laici
Milo Ais
Mango Juice
Epal Juice
Menjadi pilihan

Jumlah kesemuanya
Tak perlu cakap lar kan
Kira-kira RM80++
Tapi di kongsi 5 orang
Murah bukan

Let's cikedout!



: KAMI:


:Siakap Masam Manis:


:Senior:

Mahu menyelit juga..
:D

:Saya:
(sila abaikan mamat dibelakang)


-Sekian-







Friday, August 20, 2010

-Ujian Darinya-

Ujian 1

Dua  minggu berpuasa sudah banyak ujian darinya..
Ujian paling hebat misi mencari 1K dalam masa seminggu...
Mana mau mencari wang sebanyak itu???
Adakah saya perlu merompak di bank???
Menjadi penggoda di jalanan???
Atau

Mencari sugar daddy??

OH TIDAK!!

Sangat serabut di buatnya..
walaupun misi mencari seramai 8 orang tetapi mana mungkin kami akan mendapat wang sebanyak itu..
Berusaha keras,mencapap muka di library,menyusun kata-kata yang indah untuk mencapai misi tersebut..

Alhamdulillah..
Berkat usaha kami dan keprihatinan mereka di fakulti..
Akhirnya RM 3++ berjaya d kumpulkan..
RM6++ lagi perlu di cari..
Moga ada insan-insan yang pemurah di luar sana sudi memberikan derma kepada kami..

Berharap misi ini tercapai..


misi: derma anak yatim dan kanak-kanak di HUKM.



Ujian 2

Bermula 23-26/8/2010..
Tiada angin tiada ribut mahupun taufan.
Hari-hari saya bakal menjadi huru-hara..
Menjadi pendiam tidak semena-mena..
Bercakap sorang diri bagaikan orang gila..



semuanya kerna DIA..


1. Permulaan hari test Fiqh Muamalat pembuka bicara
2. Di ikuti pula Presentation Cross Culture Mgt 
3. Test International Economics juga tidak mahu ketinggalan mahu masuk carta juga.
4. Majlis penutupan pu;a di akhiri dengan Presentation Fiqh Muamalat..

Di sebabkan bende-bende di atas..
Saya terpaksa melupakan hari bersuka ria
Kawan-kawanku tersayang xpecially Akmal dan Ain
Kamu jangan cuba-cuba menghasut saya pergi ke sana ke mari yew..
Silap-silap bom atom akan keluar dari mulut saya nanti.
Si dia tersayang, kamu juga tidak ketinggalan
 Sila jangan gatal tangan,dan mulut mencari pasal dengan saya juga..


Kepada lecturer-lecturer tersayang.
Adakah kamu semua sudah berpakat mahu buat bende-bnde di atas bersama-sama???


Jawapan tergantung di situ...



-Kepadamu Ya Allah,kuatkanlah hambamu ini-
-Moga dengan limpah kurnianya saya dapat menempuh ujian tersebut-
-AMIN-