Saturday, February 12, 2011

'Awak,Saya Minat SANGAT kat Awak La!!'

Awak,saya nak bagitau awak nie sebenarnya saya minat kat awak..Ha,jujur tak saya?*Sambil bercakap didalam hati.Kalau la boley cakap cam nie depan-depan die agaknye cam na la reaksi die kan?.hurrmm..
Mood berchenta menebal dalam diri sejak akhir-akhir ini.Tak tahu kenapa dan mengapa.Lumrah manusia mahu dicintai dan dicintai.Saya juga tidak terkecuali merasainya.Persaan minat kepadanya bermula ketika diakhir semester tiga.Sekarang saya disemester lima..SEE!Lama kan saya pendam rasa minat nie.Bukan apa tak berani mahu mluahkannye.Takut nant digelar perigi mencari timba pula..Tak gituuu??Besela,mulut manusia,lainla kalau mulut tempayan kan.

Okey,kali pertama berjumpa terus tangkap feeling dengannya!Takbleybla kan?Nak dijadikan cerita beliau kawan kepada roomate saya.Jadinya,si roomate menjadi mangsa.Ucapan kirim salam menjadi agenda kami berdua.Maksudnya disini,si roomate menjadi orang tengah untuk menyampaikan salam saya kepadanya dan setiap kali ucapan kirim salam diberikan beliau akan bertanya siapa yang minat kepadanya.Oh!Si roomate tidak mudah terpedaya dgn pjukannya,puas beliau memujuk si roomate tapi tidak berjaya juga.Disebabkan beliau tidak tahu saya meminatinya,jadi saya akan buat-buat slumber pabila terserempak dengan nya.Pandai tak saya cover?Padahal dalam hati,Allah saja yang tahu betapa cuaknya saya..

Kenapa beliau menjadi pilihan saya?Pertama,ianya sedap mata memandang.Hitam manis.Semartttttt..Kacak bergaya??rasanya tak perlu kacak bergaya tapi penuh dengan tipu daya.kan?saya hanya pentingkan budi bahasa serta hormatkan keluarga serta orang tua dan yang paling penting bertanggungjawab dan bijak menguruskan hal agama.Ituu saja sudah cukup bagi saya.Biarla orang nak kata apa tapi saya tau apa pendirian saya.Saya nampak ciri-ciri tersebut dalam diri beliau.Ya,itu perspective saya ketika pertama kali berjumpa dengan nya.Menurut kata roomate serta kawan-kawan yang pernah mengenali beliau,mereka berkata yang baik-baik sahaja tentangnya.Saya cuba juga mendesak mereka untuk memberi komen yang negatif tentangnya tetapi mereka hanya berkata yang positif  saja.Mereka hanya berkata,cuba dulu bkawan dengannya.Rasa hampa..hanya mampu menanggukkan kepala saja.

Perasaan minat sudah tidak dapat dibendung lagi,setelah berbincang bersama roomate tersayang akhirnya si roomate memberi kata putus untuk memberikan nombor saya kepadanya.Nah,dengan ayat nakal si roomate  'Admire kau ngah tunggu kau msg die'!Tak sampai lima minit msg 'Assalamualaikum' menjadi msg pertama beliau kepada saya.Sebagai balasan saya hanya membalas 'Waalaikumsalam' saja.. Ya,malu-malu kucing ketika itu..Orang bagi salam kan,jawab saja sudah.Takkan mahu melebeh-lebeh pula.kan?Aktiviti bersms hanya berlangsung dimalam hari saja kerna disiang hari masing-masing sibuk dengan kuliah dan sebagainya.Tak kisah la,baru kawan kan,bukannye SGF/SBF.So,tak kisah sangat la.*ceh!beria jew ayat tak kisah padahal..teettttttttttttt!:)

Berkongsi cerita menjadi agenda kami berdua,tak perlu nak beromantik segala.Hanya persoalan yang normal saja dibincangkan.Dan sesekali beliau memberi nasihat kepada saya.Terima kasih ya awak.Ekceli saya tidak mengharapkan apa-apa,ada rezeki saya ada .Sebabnya saya tak mahu bila saya terlalu menyayanginya,saya yang merana.Seperti kata-kata di bawah ini:

Bila ku terlalu melampauimu
Pasti mudah terjatuh
Seharusnya tak terlalu tinggi
Bilaku terlalu menyayangimu
Ku takut kau menjauh......


Demi mengelakkan bende ini berlaku,setiap hari saya sentiasa berfikiran positif terhadapnya.Sebab,saya tahu minda yang positif akan mempengaruhi tndakan yang positif.Kepada beliau,ini pesanan saya:-
tak perlu nak gelak kerna seseorang meminati mu, dan sepatutnya perlu rasa bersyukur sebab ada orang yang meminati dan menyenangi tingkah laku mu.Dan orang ituuu adalah SAYA!:)

-Sekian-


P/S:Luahan ikhlas dari hati!
Mengharapkan yang terbaik setiap hari!
Agar tidak menguris sanubari!
Moga mimpi menjadi realiti!:)

-Penyu Hijau yang Chumillll!-


-Learn,Live And Hope-

4 comments:

  1. SAYE HEPI DAPAT TAHU KMU SUDAH ADA SESEORANG YG BUAT HATI KAMU SENANG :)))))))~DOAKAN YG TERBAIK UTK KAMU

    ReplyDelete
  2. Maharani,
    tu luahan hati saja samada dia senang ngn saya itu saya tak pasti..
    Neway,thanx doakan tuk saya!
    ~weeeeeee!~

    ReplyDelete
  3. wow...ni la sllu wat die malu2 . x pernah ku rse yg gamble2 gak tp actually jiwang..hahah..
    jgn mara na....

    ReplyDelete
  4. Sahabat ku syg
    kadang-kadang jiwang tuu perlu ade dalam diri..
    Luaran jew gamble,dalam hati???
    haha...
    p/s:blushing ah!hey laaa....

    ReplyDelete