Wednesday, February 16, 2011

Sape Lagi Hebat??.....Anda Yang Tentukan..

Topik:Versi Peribahasa yang amat menjengkelkan pada abad ini..

1.Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana kuat makan

2.Indah surat khabar dari majalah

3.Bagai ikan pulang ke rumah

4.Biar mati anak,jangan mati bini

5.Guna payung bila hujan dan panas

6.Lembu punya sapi,susu cap tesco yang dapat nama

7.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.Kalau tak hujan lagi bagus,boley aku main hoki

8.Berat mata memandang,berat lagi kayu balak

9.Tak lapuk dek hujan tak lekang dek pulasan

10.Hidup segan mati di tanam

11.Alang-alang mandi biar guna sabun

12.Gajah mati meninggalkan gading,udang harimau mati meninggalkan kulit,manusia mati meninggalkan dunia

13.Secupak tak kan jadi dua puluh cupak

14.Harapkan pagar,pagar pon tak boleh harap

15.Ibarat telur sesangkak,pecah sebiji,beli la lagi..

Ekceli banyak lagi versi peribahasa yang diubahsuai.Jika di beri pilihan,sape lagi hebat?Anak muda masa kini @ Karam Singh Walia?*Nama Karam Singh Walia di gunakan di sini disebabkan beliau sangat expert dalam bab peribahasa nie..Persoalan,sape lagi hebat berperibahasa??....Anda yang tentukan..

*Sekian*




-Learn,Live And Hope-

Sunday, February 13, 2011

♥Lapan Jam Tiga Puluh Minit di USS!!!!!♥

Harap maaf,siaran tergendala seketika.Siaran langsung di Universal Studio Of Singapore kini menjadi tatapan anda semua.Entry kali ini sangat kaya dengan gambar serta aksi kami disana.Berharap segala aksi kami menjadi penggerak anda untuk ke sini.Mari ke sini,nak share sket pasal USS nie.Ekeceli USS nie besar dan banyak part di dalamnya.Antaranya Hollywood,New York,Madagascar,AncientEgypt,Far Far Away,Lost World dan Sci Fi City.Jangan risau,anda tidak akan sesekali rasa menyesal apabila datang ke sini.Malas mahu membebel panjang lebar lagi,lihat saja gelagat kami di USS nie.Mahu info lebey USS nie..Nah,click aje disini! http://www.rwsentosa.com/Attractions/UniversalStudiosSingapore.


-SENTOSA RESORT WORLD-
-Senyum Sampai ke Telinga!*Heksited!*

-Tudiaaaaa!USS!Hoyehhhhh!-

-Kaunter Ticket!-
-Posing bersama ticket dijari!-


-Bukti sudah ke USS!Anda?Bila lagi?heeeee!:)-

-T-Shirts sponsored by Giordano!-Ko ADO??-

Camna ngan gambar/aksi kat atas tuuu?Ader terasa nak gi tak?Tu baru intro beb,belum masuk body lagi.Ha,skarang kita masuk part body plak yew.Disebabkan masa yang diberi sangat lama untuk kami,maka kami telah plan tuk bergerak dalam group yang kecil.Masa diberi dari 1000 pagi hingga 530 petang!Sumpah lama..Boley tawaf banyak kali dibuatnya.Setelah berbincang,akhirnya mereka bersetuju dengan idea saya.Kami mengambil keputusan untuk settlekan bahagian outdoor dahulu dan baru diikuti dengan aktiviti indoor.Akhir sekali barulah aktiviti berposing ke sana ke mari.Ha,baru la tersusun kan...Dari Hollywood kami terus bergerak ke bahagian kiri kami iaitu ke Madagascar dan seterusnya.:)

-Berenam!Kami Sekepala!-

-Welcome to Madagascar!-

-MADAGASCAR!-

-WELCOME TO FAR FAR AWAY!-


-Mereka Semartttt tapi Kami Selebet!!!!arghhhh!-

-Lunch=Grilled Chicken Burger!-
p/s:Superrbbb shedaaap!:)



-Jurassic Park=The Best Outdoor Games!-

-View of AncientEgypt!-

-Group Belang Biru!-Terboiiiiikkkkk-

-Bini Donald Duck!Chumillllll!:)


-Mengucap siap-siap sebelum naik okeyh!-
p/s:tak berkesempatan naik,bulan 6 baru open!

-Oh HERSHEY'S!-
-Buat si kaki coklat,sila la rembat satu dua,harga berpatutan!-

Last but not least!

-Peace:Hollywood!-


Reminder!
Tempat menarik yang anda wajib pergi!Tak pergi anda rugi!
-Far Far Away=Shrek 4D Movie!
-Lights Camera Action
-Rapid Adventure-
-AncientEgypt!-Single Rider Roller Coaster!
-Universal Studios Shop!-


Ini sahaja gambar cool yang ade!Sila jangan muak untuk melihatnya.Akhir kata,USS buat saya menjadi gila buat seketika dan terima kasih juga kerna buat jantung saya berhenti secara tiba-tiba dengan Single Rider Roller Coaster!:)

-Learn,Live And Hope-

Saturday, February 12, 2011

'Awak,Saya Minat SANGAT kat Awak La!!'

Awak,saya nak bagitau awak nie sebenarnya saya minat kat awak..Ha,jujur tak saya?*Sambil bercakap didalam hati.Kalau la boley cakap cam nie depan-depan die agaknye cam na la reaksi die kan?.hurrmm..
Mood berchenta menebal dalam diri sejak akhir-akhir ini.Tak tahu kenapa dan mengapa.Lumrah manusia mahu dicintai dan dicintai.Saya juga tidak terkecuali merasainya.Persaan minat kepadanya bermula ketika diakhir semester tiga.Sekarang saya disemester lima..SEE!Lama kan saya pendam rasa minat nie.Bukan apa tak berani mahu mluahkannye.Takut nant digelar perigi mencari timba pula..Tak gituuu??Besela,mulut manusia,lainla kalau mulut tempayan kan.

Okey,kali pertama berjumpa terus tangkap feeling dengannya!Takbleybla kan?Nak dijadikan cerita beliau kawan kepada roomate saya.Jadinya,si roomate menjadi mangsa.Ucapan kirim salam menjadi agenda kami berdua.Maksudnya disini,si roomate menjadi orang tengah untuk menyampaikan salam saya kepadanya dan setiap kali ucapan kirim salam diberikan beliau akan bertanya siapa yang minat kepadanya.Oh!Si roomate tidak mudah terpedaya dgn pjukannya,puas beliau memujuk si roomate tapi tidak berjaya juga.Disebabkan beliau tidak tahu saya meminatinya,jadi saya akan buat-buat slumber pabila terserempak dengan nya.Pandai tak saya cover?Padahal dalam hati,Allah saja yang tahu betapa cuaknya saya..

Kenapa beliau menjadi pilihan saya?Pertama,ianya sedap mata memandang.Hitam manis.Semartttttt..Kacak bergaya??rasanya tak perlu kacak bergaya tapi penuh dengan tipu daya.kan?saya hanya pentingkan budi bahasa serta hormatkan keluarga serta orang tua dan yang paling penting bertanggungjawab dan bijak menguruskan hal agama.Ituu saja sudah cukup bagi saya.Biarla orang nak kata apa tapi saya tau apa pendirian saya.Saya nampak ciri-ciri tersebut dalam diri beliau.Ya,itu perspective saya ketika pertama kali berjumpa dengan nya.Menurut kata roomate serta kawan-kawan yang pernah mengenali beliau,mereka berkata yang baik-baik sahaja tentangnya.Saya cuba juga mendesak mereka untuk memberi komen yang negatif tentangnya tetapi mereka hanya berkata yang positif  saja.Mereka hanya berkata,cuba dulu bkawan dengannya.Rasa hampa..hanya mampu menanggukkan kepala saja.

Perasaan minat sudah tidak dapat dibendung lagi,setelah berbincang bersama roomate tersayang akhirnya si roomate memberi kata putus untuk memberikan nombor saya kepadanya.Nah,dengan ayat nakal si roomate  'Admire kau ngah tunggu kau msg die'!Tak sampai lima minit msg 'Assalamualaikum' menjadi msg pertama beliau kepada saya.Sebagai balasan saya hanya membalas 'Waalaikumsalam' saja.. Ya,malu-malu kucing ketika itu..Orang bagi salam kan,jawab saja sudah.Takkan mahu melebeh-lebeh pula.kan?Aktiviti bersms hanya berlangsung dimalam hari saja kerna disiang hari masing-masing sibuk dengan kuliah dan sebagainya.Tak kisah la,baru kawan kan,bukannye SGF/SBF.So,tak kisah sangat la.*ceh!beria jew ayat tak kisah padahal..teettttttttttttt!:)

Berkongsi cerita menjadi agenda kami berdua,tak perlu nak beromantik segala.Hanya persoalan yang normal saja dibincangkan.Dan sesekali beliau memberi nasihat kepada saya.Terima kasih ya awak.Ekceli saya tidak mengharapkan apa-apa,ada rezeki saya ada .Sebabnya saya tak mahu bila saya terlalu menyayanginya,saya yang merana.Seperti kata-kata di bawah ini:

Bila ku terlalu melampauimu
Pasti mudah terjatuh
Seharusnya tak terlalu tinggi
Bilaku terlalu menyayangimu
Ku takut kau menjauh......


Demi mengelakkan bende ini berlaku,setiap hari saya sentiasa berfikiran positif terhadapnya.Sebab,saya tahu minda yang positif akan mempengaruhi tndakan yang positif.Kepada beliau,ini pesanan saya:-
tak perlu nak gelak kerna seseorang meminati mu, dan sepatutnya perlu rasa bersyukur sebab ada orang yang meminati dan menyenangi tingkah laku mu.Dan orang ituuu adalah SAYA!:)

-Sekian-


P/S:Luahan ikhlas dari hati!
Mengharapkan yang terbaik setiap hari!
Agar tidak menguris sanubari!
Moga mimpi menjadi realiti!:)

-Penyu Hijau yang Chumillll!-


-Learn,Live And Hope-

Friday, February 11, 2011

♥ SINGAPORE!!!HERE WE COME!!!!♥

SINGAPORE FINE CITY!The best trademark made by Singapore.Nah, memang kene dan sangat sesuai dorang gunakan trademark nie.Dua hari di Singapore sudah jelas,terang dan nyata rakyat dorang memang apply rules yang dibuat oleh krajaan.Mana taknye,bersepah kat jalan raya tu CCTV.Tak ikut rules memang surat cinta la dorang akan dapat.SEE!Kat Malaysia ade tak??Tak der kan.Lagi langgar rules adee.hehe..Ekceli bukan bender nie yang saya nak perkatakan dalam entry nie tapi nak lew share sket hari-hari saya di Singapore nie.

Hari kedua tak macam hari pertama.Aktiviti hari kedua -Research SME company area Orchard Road,National Muzium of Singapore,Sentosa Island(Songs of The Sea) dan Arab Street!Banyak tak?banyak tak?Pack dari pagi smpai malam okeyh.Tapi??chilll sudah,bila lagi nak merayap cam gini kan?Singapore tuuu..Cewah!*ayat bongkak menguasai diri!*

Mari,mulakan pengembaraan Upin dan Ipin!Eh,pew plak Upin Ipin.Ciplak tittle orang pulak kan.Ha,pew kate tukar sket jadi cam nie..Mari mulakan pengembaraan??????errrkk,kering idea!ce korang pk ape yang best..Boley??hehe..Sudah-sudah makin lama makin mengarut plak kan..Straight to da point,disebabkan banyak sangat plan yang dituju,makanye kami terpaksa bertolak awal.Sekitar 8.30 pagi sume kuncu-kuncu saya diarah untuk keluar berkumpul dan kami terus ke Geylang Serai.Ya,Geylang Serai diberi nama.Tempat nie jadi tumpuan oleh orang-orang melayu yang dok kat Singapore tuk cari barang-barang keperluan harian dorang.Pada pendapat saya,tempat nie seolah-olah macam pasar basah di Malaysia.Ada tua tingkat kesemuanya,bahagian bawah dikhaskan tuk barangan dapur manakala di bahagian atas pula tempat mereka tuk melempiaskan nafsu.NAFSU??Ha,mula da la tu pikir bende tak elok kan.Sabar ar beb!Melempiaskan nafsu makan serta bershopping laa..Bukan melempiaskan bende alah yang negatif tu ha.Haisyhh..Dah-dah,meh layan picture yang superb dari cameraman profesional nie..


-Credit To Aaron!I loiike!-

Sejam di Geylang Serai melayan nafsu bershopping.Wa rela tak makan sebab nak bershopping beb!haha.Makan bile-bile boley tapi shopping??Ah,tak boley nak halang nafsu yang satu nie.Kantoi pragai boros disitu.:)DONE bershopping.Sekarang mood memerah otak pula.Oh Orchard Road,saya tak dapat bayang mahu mencari SME company disini.Dalam kepala hanya ade mood bershopping saja.Mana la boley tahan,asal jalan sket nampak label LV la,PRADA la,GUCCI la,dan macam-macam la.Tak larat plak nak sebut satu-satu kan.SME company?Haram jadah la nak nampak,kalau hati tu dah ke lain memang ko cari cam na pown tak kan jumpe.Rasenye perlu amik masa tuk tenangkan diri seketika.Naseb la buat kerja dalam group.Kalau sorang?Nampaknya memang tak jalan la kan..Alhamdulilah,setelah setengah jam memujuk diri akhirnya saya kembali kepangkal jalan.Kesana kemari mencari akhirnya,terjumpa la yang ini!!!!Tadaaaaa...



-SME:AYAM BAKAR OJOLALI!-


Tanpa berfikir panjang sume ahli bersetuju dan  rezeki kami,kami diterima untuk membuat research disini.Sekali lagi,Alhamdulillah..Syukur!pot pet pot pet selama sejam..settle sudah research!!yahoooo!*harap maaf,segala temubual tak dapat disiarkan disini!*sorry*.Tanpa membuang masa,akibat tidak makan di Geylang Serai maka saya agak kebulur dibuatnya.Yey,padan muka.haha..Jam di tangan tepat 12t/hari.Mari,menglunchkan diri disni..Nah,nak tengok kebulur ke tak,tengok kat bwah nie..

-Menu-Menu-


-Mereka yang kebulur!Bukan saya!heee-

-Ayam Bakar Ojolali-Superrbbbb!-
-Tak sampai setengah jam!LICINNNNN!-

-Perut sudah kenyang,apa lagi mau tunggu snap pix laaa!-

Akhir kata terima kasih kak,kerjasama akak amat kami hargai.Tak sabar mahu bentang ini report lah!haha...
..................................................................................................................................

Tamat sudah motif sebenar ke Singapore,mari kita tambah aktiviti yang lain pula.Kali ni ke Muzium pula.Oh,sumpah bosan bagi orang yang tak minat macam saya nie.Pe nak dikata?layankan saja.Tak minat-tak minat tetap menjadi orang yang paling lambat kuar dari Muzium!Takbleybla..Ehem,pix Muzium tak banyak,hanya gambar sipi-sipi saja..Paham-paham sajala..Tak minat katanye..

-National Muzium of Singapore-


-Aktiviti wajib sebelum pulang!-

Aktiviti bosan pergi dengan sendiri,kini menjelma pula aktiviti menghavockan diri!Sentosa-Songs of The Sea.The real show beb!Korang-korang kalau datang kat Singapore tak tengok bende alah nie memang rugi besar la.Bukan mahal pown $13 jew.Sing Dollar yew,harap maklum.Ko jangan nak terhegeh-hegeh nak convert ke RM pule.Sedar diri sikit,kau kat bumi Singa sekarang nie.Kalau asal sikit ko nak convert memang tak kemana la ko.Dok citu jew la.Haisyhh..Sekali sekala,bila lagi nak dapat kan.

Okey fine.Sebelum kita menghavockan diri dengan show sebentar lagi,apa kata kita cuci mata tengok bender kat bawah nie..chilllll laaaa!



-Wajah-wajah kami di Sentosa!-

7.30 malam!Show Song of The Sea bermula.Walaupun ini kali kedua saya menontonnya tetapi perasaan heksited juga tetap ada..Mari,lihat yang bawah ini pula!:)





-Aksi menarik Songs Of The Sea!-

So?tak rugi kan korang bayar $13 tengok bender alah nie,gerenti tak menyesal punyer la..Agak-agak tak percaya apa yang saya cakap ni,try usha full video show nie.Confirm korang akan bodek bapak korang ajak datang cini..Try lew..

Perut yang kenyang kembali lapar.Dinner pula ke mana kita?Di sini arahnye,Arab Street di beri nama..Singapore Zam-Zam nama kedainye..Best Muslim Food in Town!Nie lagi satu tempat tumpuan warga Singapore dan orang asing yang datang ke Singapore.Special kat cini Murtabak dan Nasi Beriyani!Perghhhh..Tak tau nak cakap sedap die..Berbaloi-baloi lah!*ceh,promote la pulak kan*


-Kasi singgah ini kedai naaaa-
-Tudiaaaaa,ayam da serupe helang!Besaqq!-*bak kata kila-


-Sedap sangat!Sampai flash kamera pown tak dilayan!Fine!-

Ini sahaja aktiviti hari kedua,entry agak sarat akibat terlampau banyak bende best yang dibuat..Hari ketiga kami sume menjerit di Universal Studio of Singapore!!!Tungguuuuuuuuuuuu......


-Learn,Live And Hope-

Thursday, February 10, 2011

♥We're Local Going Global!♥

Wazzup My Lovely Reader's!!

First nak tnya,walaupon cuti da lama habis tetap gigih nak tanya jugak.haha..!Cam na ngn semester break korang sume arituuu?Maksudnya disini cuti CNY korang leww..best x?ke suam-suam kuku??ader x cuti korang sebest,segempak,sekecoh,dan sesengal saya???Ader x,ader x???Nah,kali nie entry panasssss dari seberang tambak!ala-ala obersea gituuu.Mari kita tengok sapa yang kene..heeee....

Okay,cerita bermula.Perjalanan dari Bandar Anggerik ke Singapura!Yeah,saya ke Singapura!Terbaikkkk takkk???Korang ader??Ader kew??*cakap gaya ala-ala berlagak!nie baru Singapura,tak lagi Korea!*da belagak kan?manusia-manusia.;)Nak citer disini,kami hanya pergi dengan menaiki bus saja!Nape tak naik flight??Sebabnya TAK DER orang yang bermurah hati menderma tiket flight laaa..Tuu pown nak tanya kew??Kami student kot,melampau sangat nak demand tinggi-tinggi naik flight.Bus sudah,janji dapat masuk Singapura!Tak gituu??Okey,settle di situu..Nie baru satu part settle,lain-lain part tak lagi..

Part nie yang paling havoc nak citer.Terbaikkkk!Sangat terbaikkkk...Meh cini,dok dekat-dekat skit,nak bisik..okey-okey..Jauh sket,dekat sangat plak ko nie ha.Tau la heksited!.haha..Syhhhh!Diam-diam nak cite niee..Ko tau,tak sampai setengah jam perjalanan bus sudah kondem!Tau tak kondem tuu ape??halahalah,rosak la beb..tau rosak tuu ape kan?ha,camtuu laaa...Kondem akibat si pemandu tlupe tuk menurunkan handbreak!terbakar tayar beb!Naseb baek perasan,lau tak mau dengan kami sume terbakar sekali..Fuhhhhhhhh!Selamat..Agak lama jugak la,Si Pemandu amik masa tuk baiki tayar yang terbakar tuu..So dengan peluang serta ruang yang ade di tepi lebuhraya yang angin sepoi-sepoi bahasa makanya aktiviti bergambar pown bermula!Yew laa kan,apa gune ader cameraman yang berkaliber!*Credit to Aaroon!Gua da puji lu beb!Jangan lupe blanje okeyh!:) 
-Di Tepi LebuhRaya!-


Setengah jam kemudian...

Alhamdulillah,selamat smpai di Ayer Keroh!Lambat lagi beb nak sampai Singapura!Jangan nak heksited sangat boley tak?Sabar-sabar,banyak ag nak citer nie..Bagi rehat jab kat Ayer Keroh nie yew..Chilllll!:)


-Gelagat Kanak-Kanak Riang!-

Empat Puluh Lima Minit bersuka ria.


Nah,kali nie korang da boley mula tukar ke mood heksited korang tu.Perjalanan diteruskan hingaa ke Singapura.Kami melalui Jalan ke YongPeng.Lebih dekat rasanya.Di ringkaskan cerita,plus minus 7 jam perjalanan menaiki bus,bukan berjalan kaki yew..Yey!!Singapura!!!Here We Come!!!!:)
Setelah meredah imegresen Malaysia dan Singapura,akhirnya kami tiba di Singapura!

Tiba di Singapura,Kami dibawa meronda tempat menarik disana.Antaranya,Merlion Park,ChinaTown dan Central Squre Mall!Rancangan ke Mustapha Centre terpaksa dibatalkan.Akibat terlalu ramai warga asing aka mamat bangla,nepal serta yang sewaktu dengan.Maka Central Square Mall menjadi mangsa!Relax ar beb!baru hari pertama,sket-sket dulu merondanya..Penat dok dalam bus berejam tak hilang lagi nie..Chill pulak gambar bawah nie yeww..Jangan jeles!:)

-BM2265A gegar Merlion Park!-

-Kami,calon model 2011!Boley??-

-Suka pabila camera terjah ke muka!-

-Melawat ChinaTown dimalam hari!-
Owh,bercakap tentang Centarl Square Mall tetibe t'ingat dua orang dara pingitan nie.Berani mati tak sepanjang jalan wa gelak tak henti-henti akibat mereka berdua nie?Begini,akibat hujan tak henti-henti dengan rasa bangga mereka berdua telah memalukan diri mereka sendiri.Nasib kat Singapura youu olllsss.Kalau Malaysia wa gerenti sumpah malu habissss!Okey,akibat hujan tak henti-henti dan untuk mengelakkan diri dari basah,mereka tanpa segan silu mengambil plastik yang disediakan oleh pihak pengurusan Central Square Mall tuu..Tanpa membaca function tersebut,lalu mereka membukanya.Nah,mereka mnyangka pihak pengurusan menyediakan 'raincoat'!Padahal plastik untuk meletakkan payung yang basah!!!See!Kat Malaysia NON ADOO nak sediakn bende alah cam gini..Ce korang try g Sunway Pyramid ke,Mid Valley kew.Der ke tak dorang sediakan plastik tuk korang letakkkan payung korang yang basah tuu??Setakat nie tak pernah nampak lagi,tak tahu la kalau da ader kan..hee..Dorang ngat kaya sangat laa kan nak bagi 'raincoat' sesuke hati..hahaha..sumpah lawak!Tak di nafikan,saya juga hampir terkene.Naseb baek salah sorang member bagitau..Lau tak,wa pown kene sekali beb!heeee...Bender pelik,tak dapat jumpe kat Malaysia!Moral of da story:Jangan main hambik sesuatu barang tanpa tau tujuan barang tersebut.To dua dara pingitan,kenangan anda sangat berharga bagi saya.Thanx Q and L!!

p/s:next entry lebih menarik dari biasa!stay tuneeeeee..:)


-Learn,Live And Hope-

Saturday, February 5, 2011

♥‿♥Dari Bandar Ke Desa Episode 2♥‿♥


Salam Lovely Reader’s!

Fistly nak say sory dulu la yew coz lambat mengupdate sambungan entry Dari Bandar ke Desa ni.Bukan apa,cuti CNY nie agak bz ngan aktiviti bersama ngan bebudak klaz..Aktiviti baek punye!Ha,cte pasal cuti tuuu bagi saya peram lama sket.Peram lama-lama baru best!Baru ar rasa sesedap ikan pekasam kan!perghhhhhh!meleleh plak air liur niee!Sluruuupppppppp!NIKMAT!!!..:)

Okey.Sambungan entry sebelum nie,hari kedua bermula dengan lancarnya.Tepat jam 7.30pagi semua diwajibkan berkumpul.Macam biasa,janji melayu la kan.Janji 7.30 pagi,padahal 8.00pagi.Normal la,tak payah nak skema sangat nak tunggu awal-awal!Ko kan da besar,pandai-pandai lew pikir sendiri..Tak gitu?

Tepat 8.00 pagi,kami pown bertolak ke destinasi seterusnya.Oh ya,kami diagihkan kepada dua kumpulan.Satu ke UNISEL dan satu lagi ke Sek Keb Bukit Belimbing.Jadinya setiap orang kene pilih mana satu tempat yang nak di pegi.Dan dengan rasa bangga,saya memilih ke Sek Keb Bukit Belimbing.Ekceli kami pown tak tahu menahu motif sebenar ke sana.Ha,pelik kan?Sebabnya aktiviti tersebut dianjurkan oleh satu badan NGO!Kami hanya sertai saja.Setibanya disana.jeng,jeng,jeng!Sangat ramai belia dan orang kampung menyerbu ke sekolah tersebut!KAMI???secara tiba-tiba menjadi cuak tak tentu hala.Mana taknya,kami diberi tahu akan berentap permainan uji minda dengan mereka!Gile ke hape??Kami hanya 15 orang,mereka bawak geng sekampung?Tak kew letih nak berentap?okey-okey,kami cuba untuk cool kan diri dan pikir positif.Hey, ko jangan pikir orang kampung sume bengap-bengap belaka yew.Sila ubah pemikiran anda sekarang.Ko jangan ngat ko pegang tittle U tuuu ko da cukup pandai.Tolong la paham!

Setengah jam kemudian!


 Disebabkan mereka terlalu ramai,pihak penganjur terpaksa mencari alternative lain. Akhirnya kami digabungkan.Fuhhhh,selamat!Jadinya kami berentap bersama-bersama mereka.Tidak la hanya geng-geng mereka sahaja.Kami diberikan empat kumpulan.Merah,Biru,Hijau dan Kuning.Siyes best!Permainan 1 MALAYSIA di beri nama.Apa yang saya dapat dari permainan nie,tahu la serba sedikit pasal 1MALAYSIA nie,kira tak lew malu kalau negara lain tanya pe tu 1 MALAYSIA.Ceh!bangga secara tak langsung..hehe..Dua jam berentap,akhirnya Kumpulan Merah diumumkan sebagai pemenang.

-Pemenang:Kumpulan Merah-


-Warga UiTM DiHatiku-



-Junior Senior-

-Kenangan bersama Pihak Penganjur-

Acara pagi sudah berakhir!Petang pula menanti untuk direncana.Sebelah petang acara yang ditunggu-tunggu oleh semua.Sesi mendengar ceramah bersama Dato Dr Fazillah Kamsah!Kalau selalu dapat tengok kat tv,dgr suara kat radio jew.Kali nie,LIVE beb!Mata bertentang mata katanya!hoyehhhhh!Tajuk ceramah “IBU BAPA SEBAGAI MOTIVATOR!” agak menjurus kearah keibubapaan la jugak tapi sebagai pelajar tak salah kot kalau kau dengar.Sangat sesuai!Ye la,sebagai bekalan korang jadi ibu dan bapa kelak kan. At least ada la jugak ilmu kat dada ko tu kan.Tak lew maen redah jew nak didik anak nanti.Ko ngat senang ke nak didik anak sekarang nie?Lagipun bukan senang nak dapat ilmu dari orang hebat cam Dato nie.Best tak payah nak cakap la kan.Dengan loghat jawa halus nye kuar dari mulut die.Kisah benar kes-kes yang pernah beliau kendalikan dan macam-macam lagi la.Pendek kata,tak boring dan tak kering gusi la.

Tiga jam bersama beliau,banyak input yang saya dapat.Antaranya cara nak melembutkan hati anak-anak yang degil,cara ideal mendidik anak-anak,petua-petua doa dan banyak lagi.Paling saya ingat sampai sekarang dan akan ingat sampai bila-bila.*Insyaallah!* Pesanan beliau ‘Ibu Bapa kene berubah dahulu ,baru anak-anak akan berubah,jangan nak mengharap anak-anak akan berubah tetapi anda tidak!”"Cakap dengan anak-anak gunakan gambaran,jangan hanya berleter tanpa sebarang gambaran!"-Simple statement tapi penuh dengan makna-.Terima Kasih Dato.Ilmu anda sangat tak ternilai harganya.Akan di gunakan dengan sebaik mungkin.


-Idola@Mentor-


Selesai sudah ceramah.Malam pula menjelma.Ini bermakna kira dua tiga jam lagi sisa-sia pengalaman saya bersama keluarga angkat.Acara makan-makan kali terakhir bersama keluarga mengakhiri hari-hari saya bersama meraka.
Terima kasih Ibu Ayah Mama Papa kerana melayan kerenah saya.Berjanji akan datang ke sini lagi.Kenangan bersama kalian tidak mungkin dapat saya lupakan.Buat semua family disana,salam sayang serta jutaan terima kasih yang tak terhingga.Terima kasih juga dengan pemberian ole-ole sebagai kenangan saya disini.*mood sedey menguasai diri!*
♥-Keluarga Baru-♥



-Learn,Live And Hope-