Monday, May 23, 2011

Salam Reader’s!

Entry sedih sebelum nie kita tinggalkan seketika ya..Kali ini isunya lebih serius. Isu HALAL ke HARAM?haaaaa....Sejak akhir-akhir nie ader jew berita sal isu nie kan..Meatball Ikea tu ha tak reda lagi.Da pulak timbul isu yg nie plak..Isu pew? Rajinkan diri korang pegi web JAKIM HALAL Malaysia yew..Lau FB,Youtube boley berjam kau dok layan..Pe kata mik seminit dua masa korang pegi check kat Halal Malaysia nie.Berita yang baru saya ketahui.."Sijil HALAL  Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd. nie da di tarik balik gara-gara penemuaan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan oleh syakirat tersebut."

Pew kene mengena Secret Recipe ngan Syarikat Puratos?Korang mesti tak tahu kan yang Secret Recipe salah satu pengguna brownies and cake concentrate dari syarikat nie.Tak caya? tengok kat bawah nie..

Sila masukkan maklumat carian anda bagi semakan status halal.
Maklumat Carian:   

SENARAI PRODUK 
Produk
Syarikat
TALENTO BROWNIES CONCENTRATESECRET RECIPE 
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011 
PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE 
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011 
PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
*Sumber dari HALAL Malaysia*

So, percaya ke tidak? Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

  1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
  2. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf     ( jika berkaitan )
  3. melakukan proses samak,
  4.  mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Please lah Secret Recipe!Do something!Pelanggan  setia  kau kat luar tu ramai kot.Kesian la kami nie.Tetibe rasa perasaan nie pulak kan “Chocolate Indulgence yang selalu dok beli sebelum nie kira cam na ea?” errrkkk....!*End*

Saturday, May 21, 2011

Kenangan Bersama Kalian

Salam Reader’s!

Saya kembali!Setelah tiga bulan berturut-turut tidak menghapdate sebarang entry. Kebizian menguruskan saki baki di akhir semester menjadi penghalang mau mengarut kat blog nie. Alhamdulillah,segala penat lelah berhempas pulas berperang bersama segala kertas serta buku-buku tebal  bakal berakhir tak lama lagi.Hanya tinggal satu semester sahaja.Oh Praktikal!Kamu pula  bakal menguji kesabaran saya dengan dunia kerjaya yang penuh dengan gaya serta cara yang tersendiri.

Hari-hari terakhir bersama dengan kalian semua.Perasaan sedih tak payah nak cakap la kan.Memang kompom la ade.Hey korang especially bebudak BM 226A!Korang buat ‘Live Degree’ aku penuh dengan pengalaman yang tak tau nak cakap camna. Ingat lagi waktu pertama kali menjejakkan kaki kat Fakulti nie dulu,orang yang 1st saya jumpa –Yana and Ned!Kami sama-sama sesat cari tempat  tuk dengar taklimat.!Start dari situ la perkenalan saya dengan mereka berdua dan segala assignmnet or grouping kami lakukan bersama.And now,da jadi kawan baik.Tak sangka pula yang kami nie sekepala.haha.

-Semester Tiga=BBA(Hons) International Business-

Alhamdulillah sekali lagi,di sebabkan saya dari diploma saya terus lompat di semester tiga.Jimat masa,tenaga dan yang penting haruslahhh umur!hehe.Cerita bermula di semester tiga,semuanya nmpak skema belaka.Yalah,baru masuk takkan nak tunjuk belang.Haruslah bersopan,skema,rajin and sewaktu dengan nya.Masing-masing malu untuk bertegur sapa.Okey,naik semester empat.Masing-masing sudah mula menonjolkan diri.Lagi-lagi sayalah oranya.Rahsia saya menjadi komander telah terbongkar.Apa lagi,kini baru mereka tahu dan saya akan ingat orang yang selalu panggil saya :Healer!:*kau tau sape diri kau!,Jangan risau aku takkan mara kau.And aku tau tu cara kau nak bergurau dengan aku,.Thanx weyh!;)

Okay,semester yang penuh dengan kemesraan serta kesedihan!Last semester kami bersama sebelum masing-masing membawa diri untuk mempraktikkan diri dengan dunia kerjaya.Trip ke Kota Singa secara tak langsung mengeratkan hubungan kami.Di sini lah kami dapat mengenali erti persahabatan yang tak mungkin saya akan lupakan.Tak sangka pula rupanya kami sekelas nie ‘SEKEPALA!’Trip menyiapkan tugasan menjadi trip bersuka ria!Masakan tidak,sesuai dengan tagline IB Gempak,Fabulous BM226A and We’re Local Going Global!.Tugasan dapat disiapkan dalam masa yang singkat lalu masa yang berbaki bebarapa hari kami lalui dengan aktiviti yang meninggalkan kenangan di sanubari.Siyes tak puas melayan kepala korang sume.*Plan next trip after practcal training please!*;)

-Kenangan di Kota Singa dan Homestay Serkam Darat di Melaka-

Kenangan dinner beramai-ramai.Walaupun hanya restoren dan bukan nya hotel mewah. Tapi itu tak penting bukan?Yang penting kenangan terindah kita bersama.Hitam merah putih menjadi tema pada malam tu.Thanx penganjur!Anda berjaya kumpulkan kami semua.Empat jam mencipta kenangan bersama kalian semua.Terserlah perasaan ceria serta kegembiraan di wajah kalian.Entah bila kita akan dapat merasai pengalaman yang berharga nie lagi.;(


-Dinner bersama kalian!-

Akhir kata,berharap agar persahabatan kita semua tidak akan luput dan berhenti di sini saja.Saya sayang kalian semua.Kalian rakan degree terbaik yang saya kenali.Nak sebut nama satu persatu tak larat rasanya.lima puluh enam orang!Kelas paling padat macam sardin!Berani cakap,kami hebat!Kepada yang wat practcal kat oversea,congrat’s korang.Jangan lupa member-member yang kat M’sia!*Rindu korang semua!*Banyak nau kenangan aku ngan korang!Cam kene wat special entry tuk korang semua jew.Mau saja listkan nama dan perangai korang.Tapi larat ke aku!?Lima puluh enam kepala!owh Pengsan!Kene mik masa bernafas dulu.*heee! *End!*



 -Learn,Live and Hope-