Saturday, August 28, 2010

-SEBULAN-

SEBULAN
Di semester baru
Tujuh subjek keseluruhannya
Terlalu banyak benda sudah dipelajari
Tapi saya berada di mana??

Let's Cikedaout!

Dari tujuh hanya enam sahaja saya berada di situ
Cross Culture Managemant
International Banking & Investment
Basic English Language
Personal Development
Fiqh Muamalat
International Economies

Satu lagi??
Ini jawapannya

-HUBUNGAN ETNIK-

Sungguh saya tidak minat
Motif utama ke kuliah hanyalah untuk mendengar cerita sampingan serta bergelak ketawa sahaja
Sangat sempoi bukan

Hendak di jadikan cerita
Minggu depan sudah test
Mau keras otak dibuatnya
Haram jadah saya boley buat
Dalam kuliah aktiviti seprti tido dan melayan MP3 sudah menjadi kewajiban

HOMAIIIGOOOODDD!!!!
Apa nak jadi pon tak tau lar...

Hanya satu cara sahaja yang saya ada
Kawan-kawan tersayang!!!!
Sila ringankan tulang-tulang anda untuk membantu saya!!
Kamu semua saja yang saya harapkan
Moga Allah saja dapat membalas jasa baik anda semua
Berharap moga misi ini berjaya

P/S: sila berkerjasama bersama saya!!










Tuesday, August 24, 2010

:Putera Ayu:

Berbuka selera besar
Putera Ayu menjadi sasaran
Lokasi hanya di Lembah Klang


Di mulakan cerita
Jam sudah ke angka 4
Masing-masing malas mahu memasak
Penat belajar katenya
Alasan tak ley pakai kot
Macam la berkebun kat kelas tu
Dah malas cakap jew la malas
KAN??


Lalu...

Senior memberi cadangan
Mari bazirkan duit hari ini
Tanpa segan silu
Semua menanggukan kepala tanda setuju

Menu pulak menjadi masalah
Senior sekali lagi menggunakan kuasa yang ada
Nasi putih
Siakap masam manis
Cendawan goreng
Katanya
Sebagai pelengkap
Junior hanya bersuara
Tom Yam campur
Telur Bungkus
DEAL!!


Sekali sekala berselera besar tak salah kan
Lagi-lagi waktu berbuka
Meraikan hari kemenangan kita berpuasa
Menahan lapar dan dahaga
Opssss..
Air juga tak kurang hebatnya
Bandung cincau
Tembikai Laici
Milo Ais
Mango Juice
Epal Juice
Menjadi pilihan

Jumlah kesemuanya
Tak perlu cakap lar kan
Kira-kira RM80++
Tapi di kongsi 5 orang
Murah bukan

Let's cikedout!



: KAMI:


:Siakap Masam Manis:


:Senior:

Mahu menyelit juga..
:D

:Saya:
(sila abaikan mamat dibelakang)


-Sekian-







Friday, August 20, 2010

-Ujian Darinya-

Ujian 1

Dua  minggu berpuasa sudah banyak ujian darinya..
Ujian paling hebat misi mencari 1K dalam masa seminggu...
Mana mau mencari wang sebanyak itu???
Adakah saya perlu merompak di bank???
Menjadi penggoda di jalanan???
Atau

Mencari sugar daddy??

OH TIDAK!!

Sangat serabut di buatnya..
walaupun misi mencari seramai 8 orang tetapi mana mungkin kami akan mendapat wang sebanyak itu..
Berusaha keras,mencapap muka di library,menyusun kata-kata yang indah untuk mencapai misi tersebut..

Alhamdulillah..
Berkat usaha kami dan keprihatinan mereka di fakulti..
Akhirnya RM 3++ berjaya d kumpulkan..
RM6++ lagi perlu di cari..
Moga ada insan-insan yang pemurah di luar sana sudi memberikan derma kepada kami..

Berharap misi ini tercapai..


misi: derma anak yatim dan kanak-kanak di HUKM.



Ujian 2

Bermula 23-26/8/2010..
Tiada angin tiada ribut mahupun taufan.
Hari-hari saya bakal menjadi huru-hara..
Menjadi pendiam tidak semena-mena..
Bercakap sorang diri bagaikan orang gila..



semuanya kerna DIA..


1. Permulaan hari test Fiqh Muamalat pembuka bicara
2. Di ikuti pula Presentation Cross Culture Mgt 
3. Test International Economics juga tidak mahu ketinggalan mahu masuk carta juga.
4. Majlis penutupan pu;a di akhiri dengan Presentation Fiqh Muamalat..

Di sebabkan bende-bende di atas..
Saya terpaksa melupakan hari bersuka ria
Kawan-kawanku tersayang xpecially Akmal dan Ain
Kamu jangan cuba-cuba menghasut saya pergi ke sana ke mari yew..
Silap-silap bom atom akan keluar dari mulut saya nanti.
Si dia tersayang, kamu juga tidak ketinggalan
 Sila jangan gatal tangan,dan mulut mencari pasal dengan saya juga..


Kepada lecturer-lecturer tersayang.
Adakah kamu semua sudah berpakat mahu buat bende-bnde di atas bersama-sama???


Jawapan tergantung di situ...



-Kepadamu Ya Allah,kuatkanlah hambamu ini-
-Moga dengan limpah kurnianya saya dapat menempuh ujian tersebut-
-AMIN-


Saturday, August 7, 2010

-Mulianya Kamu-

Kamu paling mulia di antara yang lain...
Kamu juga mendidik umat islam di dunia ini..
Erti sabar,merendah diri,tidak membazir dan lain-lain lagi..
Seluruh pelusuk dunia yang bernama umat islam pasti akan menyambut kehadiran mu..
Tapi apakan daya,kamu juga sering menjadi bahan penghinaan...
Seolah-olah mereka akan mati bila bertemu dengan kamu..
Istilah tidak makan dan minum pada siang hari,menjaga hawa nafsu,tingkah laku dan sewaktu dengan nya menjadi beban kepada mereka...
Tapi pernahkah mereka terfikir apa istimewanya kamu berbanding kawan-kawan kamu yang lain???

Di sini saya mahu berkongsi sepotong hadis..
Saya bukan nya arif dalam bab-bab agama..
Tapi sebagai umat manusia rasanya tidak salah jika saya mahu berkongsi kan..

Sabda Rasulullah:

"Apabila datangnya bulan Ramadhan dibukankan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"..

Sabda Rasulullah:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya di ampunkan segala dosa-dosanya yang lalu"...

Di sini sudah jelas,terang dan nyata kamu sangatlah istimewa..
Sya tidak pasti kenapa umat islam masih mempersoalkan tentang kekurangan kamu..
Moga Ramadhan kali ini di berkati olehnya..

Berpesan kepada diri sendiri...
Menjadi yang lebih baik dari sedia kala...
Moga amalan kita semua di berkati oleh nya...




p/s: Entry paling skema dari saya::


Thursday, August 5, 2010

KL PAC

Lokasi: KL PAC
Time:8.30 malam
Date: 30/7/2010
Teater:LOVE JOURNEY

Setelah bermatian-matian, akhirnya KL PAC menjadi pilihan..
Taniah KL PAC kerna mendapat rangking tertinggi...(Yeah!sila tepuk tangan beramai-ramai)
Clap,clap,clap..
Sangat excited owh,1st tyme na nengok teater..
Walaupun pada mulanya hentak-hentak kaki tak mahu pergi..
Tp apakan daya,redha saja.
Actually kami ke sana mahu menyiapkan assignment cross culture management..
Kenapa KAMI???
Yelar,takkan saya sorang pergi ke sana sorang diri kot..
Mau mati keras kat sana nanti ha..

Konvoi beramai-ramai sangat menyeronokkan..
Perjalan smapi ke destinasi..
OMG!!!
Sangat lawa okey.
Sungguh tak tipu punyer..
Teruja beruk saya di buatnya...

Berlagak ala-ala model sudah menjadi agenda wajib yea....
Tengok saja mereka di bawah nie...

:Sayangggggg kamoooo sumeeeee::!!!!


::Tiket ouh Tiket:



::ALEX YONG::



::blurrrrrrrr::




p/s:

KL PAC sangat hebat
Love Journey teater terhangat
Jiwa lara sudah terpikat
Moga kasih bertambah erat
Hingga ke akhir hayat..

:)




 

Monday, August 2, 2010

♥ S A F 2 0 1 0 ( F P P)♥

Dua hari berkampung di Jalan Duta..
Berjuang untuk fakulti tersayang...

Alhamdullillah..
Hari pertama semuanya berjalan lancar..
Team girlz FPP ke suku akhir..
Team boyz pula ke separuh akhir...

Ingatkan hujan sampai ke petang,rupa-rupanya panas di tengah hari
Team girlz FPP terpaksa akur untuk menentang musuh ketatnya..
Fakulti Sukan & Rekreasi...
Kami semua redha dengan ketentuan tersebut..


Hari kedua bermula...
Siap sedia menghadapi musuh..
Kami tetap berfikiran positif..
Alhamdulillah..
Walaupun kami kalah tetapi kami tetap puas...
Bukan senang mahu kutip pengalaman dari mereka...
Credit card to goal keepeer aka LIZA..
Anda sangat hebat..

Kepada team boyz..
Tahniah..
Biarpun sekadar tempat ke 3...
Ianya sudah cukup tuk membanggakan fakulti..

Suasana berkampung selama 2 hari..


-team girlz-



-Team boyz-


-Hentaman dari pihak lawan-



-Bubble Bee FPP-


-FPP HOCKEY TEAM!!!-





-Sekian-